Rancangan Menyeluruh Kawal Keselamatan Sabah Menteri Kanan Pertahanan


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

KUALA LUMPUR - Kerajaan mempunyai perancangan menyeluruh dalam mengekal serta menambah kawalan keselamatan khususnya di Sabah, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, langkah itu antaranya melibatkan pembinaan Kem 5 Briged baharu selain pemantauan bersama ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan dikenal pasti berisiko menerima ancaman keselamatan.


"Kem tentera baharu di Felda Sahabat, Kem 5 Briged di Kota Belud yang bakal dibina akan bertindak sebagai in-depth element yang sentiasa bersiap sedia membantu forward element di persempadanan sekiranya diperlukan dalam mempertahankan Sabah daripada ancaman.

"Pengawasan keselamatan di Sabah khususnya di kawasan pantai timurnya diperkukuh dengan pemantauan ketiga-tiga cabang perkhidmtan ATM di Kem Kukusan Tawau," katanya pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Hishammuddin memberitahu, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditempatkan di Markas Pemerintahan Armada Timur di Kota Kinabalu bagi memerintah pangkalan laut di Sabah dan Sarawak.


"Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) ditempatkan di Sandakan bagi memantau pantai timur Sabah sementara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menempatkan Markas Udara di Labuan serta pusat bantuan operasi udara di Tawau bagi tujuan memantau keselamatan ruang udara negeri itu," katanya.

Beliau memberitahu, bagi memperkukuhkan lagi keselamatan, Kementerian Pertahanan sedang membangunkan Pangkalan TLDM Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) di Sarawak khususnya di Bintulu.

"Ini semua dalam perancangan kami dan ia dibuat secara berperingkat, apa yang saya bentangkan difahamkan mencukupi untuk menjamin keselamatan Sabah buat masa ini.


"Tapi pada masa akan datang sekiranya cukup peruntukan anggota dan aset untuk diberi tumpuan akan turut tertumpu di kawasan lain ni negeri itu," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) TLDM yang dimulakan pada tahun 2010 dan diluluskan pada 23 Mac 2011 menerusi RMK10 dan RMK11 kini mencapai 57.05 peratus berbanding jadual perancangan kerja asal iaitu 95.94 peratus.

“Sehingga 15 September lalu, itu yang dicapai dan secara keseluruhan perolehan ini mengalami kelewatan 38.89 peratus justeru di atas kelewatan ini kerajaan kenakan denda lewat kira-kira RM80.6 juta.

Beliau berkata demikian menjawab celahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang mempersoalkan perolehan tender telus berhubung projek perolehan LCS. - Bernama

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/rancangan-menyeluruh-kawal-keselamatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mkma63 Bincang Lebih Mendalam Isu Keselamatan Di Sabah Sarawak

Mkma63 Bincang Lebih Mendalam Isu Keselamatan Di Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 358 hits
Maximus Ongkili dan Hamzah Zainudin menyertai mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan di Kuala Lumpur hari ini KOTA KINABALU Menteri di Jabatan Perdana Menteri Maximus Ongkili berkata isu keselamatan di Sabah dan Sarawak akan dibincangkan ...
Ada Menteri Timbalan Menteri Tapi Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin Soal Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Ada Menteri Timbalan Menteri Tapi Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin Soal Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 550 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin persoal 8 daerah di Sabah termiskin di Malaysia Dia turut memuat naik gambar salah satu halaman dalam buku laporan Rancangan Malaysia ke 12 yang menunjukkan senarai daerah termiskin di negara ini 8...
Okay Dah Boleh Kemas Baju Menteri Kanan Bagitahu Bila Kerajaan Umum Boleh Rentas Negeri

Okay Dah Boleh Kemas Baju Menteri Kanan Bagitahu Bila Kerajaan Umum Boleh Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 465 hits
Insya Allah sabar Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri
Menteri Pertahanan Mengelak Tanya Lain Jawab Lain

Menteri Pertahanan Mengelak Tanya Lain Jawab Lain

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 271 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussien berkali kali dicelah oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi petang perbahasan Dewan Rakyat semalam apabila enggan menjawab soalan berkaitan perolehan as...
Hala Tuju Normal Baharu Pendidikan Dr Radzi Jidin Menteri Kanan Pendidikan

Hala Tuju Normal Baharu Pendidikan Dr Radzi Jidin Menteri Kanan Pendidikan

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 472 hits
HALA TUJU NORMAL BAHARU PENDIDIKAN DR RADZI JIDIN MENTERI KANAN PENDIDIKAN Konteks KPM ttg persediaan apa yang perlu dilaksanakan berkaitan covid telah laksanakan perbincangan dgn pelbagai pihak perlu ada pendekatan yang kemas supaya tidak ...
Tertarik Kesungguhan Menteri Pendidikan

Tertarik Kesungguhan Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 407 hits
SAYA tertarik dengan jaminan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka ke arah memperkasakan bahasa Melayu Pendekatan tersebut amat wajar dibuat supaya kerajaan tidak meletakkan semua tanggung...
Mgnews Kalau Menteri Beri Jawapan Bodoh Bodohlah Menteri Itu Khalid

Mgnews Kalau Menteri Beri Jawapan Bodoh Bodohlah Menteri Itu Khalid

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 290 hits
Kalau Menteri Itu Bodoh Beri Jawapan Bodoh Bodohlah Menteri itu Khalid Samad Semak imbang yang berkesan speker mesti menentukan dan ditegur dan dalam soal tambahan 45 billion itu perlu disemak dan ditentukan dengan telus
Anwar Terima Surat Naik Pangkat Bertaraf Menteri

Anwar Terima Surat Naik Pangkat Bertaraf Menteri

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 308 hits
Anwar terima surat naik pangkat bertaraf menteri Anwar Ibrahim hari ini menerima surat kenaikan pangkat yang mengesahkan pejabat Ketua Pembangkang itu menikmati kemudahan setara pejabat menteri seperti dipersetujui dalam Memorandum Persefah...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee