Ramainya Orang Di Hari Cuti


 Assalamualaikum wbt
SEMALAM, masa sedang menikmati bufet tengahari dari kelas Penyediaan Makanan Tahap 3, Fidah bertanya, jika Sk berjalan ke mana-mana esok (hari ini). Sk jawab, tak jalan kot.. duduk rumah aje. Tiber terdengar suara Aida mencelah, "Ialah tu.. dok umahhh..," Terus Sk tergelak campur pelik. Sebabnya, Sk dan Aida ni bukan rakan fb atau ig, tahulah pulak dia yang kita ni jenis tak lekat di rumah bila cuti 🤔

Memang tak lekat di rumah pun. Saja buat-buat tanya Pak Inche, nak masak ke? Belum sempat dijawab, beritahu, Iman ajak mengopi di Puteri Habour. Jadi, rancangnya nak keluar pukul 2. Sekali hujan daaaa.. jadi, tukar haluan. Pak Inche ajak ke Kafe Nyonya di Midvalley. Aisehmannn.. tiap minggu pergi MV 😆
Sk beritahu, hari ni mesti ramai orang di MV, cuti, kan. Pak Inche kata, bukan kita nak jumpa-jumpa orang.. hurmm. Dalam perjalanan tu, eh.. berubah-ubah pulak plannya. Nak makan Nasi Daun Pisang Ashoka, pulak. Sk pulak, teringat Nasi Rawon di Warung Boyan. Tapi, akhirnya kami ikut rancangan asal ke MV. Masuk jer 'parking'.. dah boleh bayang sesaknya kat dalam tu

Masing-masing datang lima enam beranak. Ialah, cuti ni la dapat jalan-jalan dengan family. Tu takpa, berdiri tengah laluan sampai menghalang orang nak berjalan. Kalau jalan pulak beriring empat lima orang melintang jalan. Dah satu hal pulak kita kena mengelak dia. Si Iman sampai terpaksa buat pusingan u. Iman kata, dah macam main game pulak, kena elak-elak orang 😅. Bila Pak Inche komplen, ramai orang, teruslah Sk pulang paku buah keras. Kan dia jugak yang cakap, tak apa orang ramai, bukan kita nak jumpa-jumpa orang. Haaa.. ni dah kena jalan ngelak-ngelak orang. Orang pulak, macam la kita ni halimunan.. macam nak langgar kita yang sebesar tidak ni 😂 terpaksalah kita pulak yang mengelak

Tu takpa, sampai depan kafe yang dituju, keliling tutup dengan plywood. Ada renovasi atas nama kafe lain pulak. Thai Ekspress, Chicken Rice Shop, Oriental Kopi, semua beratur panjang. Kiosk-kiosk pun sama.. Auntie Ann, Ilao Ilao, Harizuku Croissant... semuaaaa penuh orang. Pak Inche kata, gi Old Town (White Coffee) jer la. Sk teringat Secret Recipe. Sampai SR, macam penuh. Patah balik ke Old Town. Datang staf dia beritahu, kena tunggu makanan dan minuman 45 minit. Aik! Pergi pulak SR, maaf, makanan lambat, sebab hari ni orang ramai. Pergi pulak SDS Cafe. Tak ada! SDS Cafe tak ada, hilang!. Lepas tu, Iman teringat, plywood yang kat Kafe Nyonya tu, ada tulis SDS. Oh, pindah situlah nanti


Masa nak tuju ke Cafe SDS tu, Sk teringat nak telefon Restoran Senoko. Setahu Sk, Senoko buka kedai pukul 4.30. Bila Sk telefon tanya, betul, buka 4.30. Tengok jam baru pukul 4 lebih sikit. Terus cakap dengan Pak Inche, kalau SDS pun tak dapat makan, kita keluar la dari MV, terus makan kat Senoko, adeh

Iman minta air gelas besar. Dahhh.. tiga-tiga dapat air gelas besar. Jenuh nak menghabiskan. Jus nenas untuk Sk dan Ais Limau untuk Pak Inche. Iman minum jus carrot susu, nak terangkan mata 😍

Lapar sangat la tu. Tak sempat tangkap gambar, dia dah capai dulu mangkuk Sup Ekor. Power betul Sup Ekor dia

Kali ni konon nak order Tomyam aje. Dah siap sebut semua menu, Pak Inche nak juga Sup Ekor


Tomyam Seafood. Selalu udang dua ekor jer, kali ni tiga ekor. Besar-besar pulak tu udangnya. Selain udang, ada sotong dan ayam jugak. Tomyamnya pun sedap hari ni. Pesan jugak telur dadar, baby kailan dan sotong goreng tepung serta ikan siakap stim limau. Kiranya kali ni ambil lauk yang basic aje


Siakap Stim Limau yang tersangatlah sedapnya. Sampai jer siakap ni, terus simpan kamera. Jadi, hidangan yang sampai seterusnya tu, tak adalah gambarnya. Rasa berbaloi jugaklah tak dapat makan kat MV tadi bila dijamu dengan hidangan yang enak begini 😆

Paling enak, tak perlu nak masak dan kemas dapur.. yabadabadooooo


Pak Inche kata, malam nak makan simple jer sebab ada siaran langsung perlawanan bola sepak persahabatan di tv, Malaysia vs Singapore. Asalnya tadi, lepas makan di MV nak tapau Ayam Goreng Texas. Tapi dah tak jadi makan kat sana, malas la pulak nak beratur kat Texas tu. Suruh Iman pilih nak KFC atau McD, Iman pilih McD. Jadi, kita drive thru aje la... belum berapa panjang barisannya kalau petang-petang. Jangan tunggu malam... jenuhhhh nak sampai kat kotak pesanan tu.. 😅😅😅
Aaaa.. rasa menyesal pulak tak mohon cuti esokkkk 😭






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/03/ramainya-orang-di-hari-cuti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Lemak Telur Rebus Di Hari Cuti

Nasi Lemak Telur Rebus Di Hari Cuti

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 180 hits
Assalamualaikum wbtWARGA JDT bercuti hari ini sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Pagi pagi Pak Inche dah keluar cari suratkhabar untuk semak semula iklan iklan dari klien sempena hari kepute...
Hiburan Cuti Bersalin Kini Dilanjut Kepada 98 Hari Cuti Paterniti Suami 7 Hari Parlimen

Hiburan Cuti Bersalin Kini Dilanjut Kepada 98 Hari Cuti Paterniti Suami 7 Hari Parlimen

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 193 hits
Menerusi laporan Rang Undang Undang Kerja 2021 telah diluluskan di Dewan Rakyat yang menyentuh soal tempoh cuti bersalin buat kaum ibu dan juga suami RUU tersebut telah mencapai kata persetujuan di mana kelulusan perlaksanaan perlanjutan cu...
Cuti Bersalin 98 Hari Perubahan Diperjuangkan Kerajaan Ph Lulus Di Parlimen

Cuti Bersalin 98 Hari Perubahan Diperjuangkan Kerajaan Ph Lulus Di Parlimen

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 164 hits
Cuti bersalin 98 hari dan cuti 7 hari bagi suami untuk menguruskan anak dan isteri merupakan perjuangan Pakatan Harapan sejak sebelum dan selepas menjadi kerajaan pada Mei 2018 Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin lulusnya pindaan und...
Hari Ini Hari Pinkish

Hari Ini Hari Pinkish

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 227 hits
sebenarnya cita cita aku dulu nak jadi pelakon sebab aku suka bab2 famous ni ramai orang akan kenal kita tetapi bila fikir balik apa kata abah bila dia tahu cita cita aku ni yea hahaha memang tak la kalau cita cita ni aku bagi tahu abah tak...
Shakilla Dan Fizi Bersikap Profesional Sambut Hari Lahir Anak Bersama Sama

Shakilla Dan Fizi Bersikap Profesional Sambut Hari Lahir Anak Bersama Sama

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 178 hits
Shakilla dan Fizi bersikap profesional menyambut hari lahir anak anak mereka Ameena Sofea bersama sama Pelakon Shakilla Khoriri dan penyampai radio Fizi Ali mengenepikan ego demi memastikan anak kesayangan gembira menyambut ulang tahun kela...
Had Jawatan Perdana Menteri Akta Pembiayaan Politik Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Had Jawatan Perdana Menteri Akta Pembiayaan Politik Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 150 hits
KUALA LUMPUR Sesi pertanyaan pertanyaan bagi jawab lisan Dewan Rakyat hari ini dijangka tertumpu kepada isu sama ada kerajaan akan membentangkan Rang Undang Undang mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal dalam mas...
Drama 30 Hari Sebelum Raya Lakonan Kazar Saisi Fahrin Ahmad

Drama 30 Hari Sebelum Raya Lakonan Kazar Saisi Fahrin Ahmad

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 367 hits
Tonton Drama bersiri komedi 30 Hari Sebelum Raya Full Episod terbitan Tanah Beris Film Production diarahkan oleh Shuhaimi Lua bakal menemui penonton pada bulan ramadan nanti di TV9 JUDUL 30 Hari Sebelum Raya 30harisebelumrayaTonton Full Epi...
Selamat Hari Lahir Ke 18

Selamat Hari Lahir Ke 18

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 136 hits
Assalamualaikum wbtNEW YORK Cheese Cake dari Secret Recipe menjadi pilihan sempena hari lahir emak kami tahun ini Balik dari Senai selepas sarapan Nasi Lemak Berhias Sk terus ke Secret Recipe Aeon Taman U tapi agaknya masih awal lagi kek be...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini