Ramai Yang Tidak Ambil Berat Tentang Penjagaan Rantai Motorsikal



Assalamualaikum semua dan Salam Ramadhan.

Setelah hampir tiga (3) tahun ulang alik dari rumah ke tempat kerja sejauh 1000km seminggu, banyak yang aku belajar daripada bagaimana untuk mengekalkan hayat motorsikal dan juga menjimatkan kos selenggara komponen motorsikal.

Sebagai seorang penunggang motorsikal yang menempuh perjalanan sejauh itu, bukan hanya minyak enjin perlu ditukar, tekanan angin tayar perlu dijaga malah rantai juga adalah salah satu komponen motorsikal yang perlu diambil berat untuk diselenggara.

Banyak kejadian yang aku lihat di lebuh raya dimana ada sesetengah pengguna motorsikal terpaksa berhenti di tepi jalan akibat dari rantai yang putus akibat kendur. Aku juga pernah mengalaminya apabila rantai putus semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Puncanya ialah rantai terlalu kendur.

Jenis Rantai - Rantai Biasa, Rantai O-Ring dan Rantai X-RingRantai motorsikal yang terdapat dipasaran ada beberapa jenis. Biasanya bagi para "kaki motor" ada tiga jenis utama rantai iaitu rantai biasa, rantai O-Ring, dan rantai X-Ring. Kebiasaanya yang digunakan pada motorsikal ialah rantai biasa. Harganya lebih murah berbanding dengan rantai O-Ring dan X-Ring.

Rantai biasa ni jangka hayat penggunaannya agak terhad. Jika korang travel jauh macam aku tidak digalakkan untuk guna. Kenapa? Kerana rantai biasa ini akan cepat kendur setelah beberapa ratus kilometer penggunaan.

Melihat pada situasi aku dulu, selepas sahaja 500km perjalanan ditempuh, aku perlu mengetatkan kembali rantai. Selepas itu, setiap minggu perkara yang sama perlu dilakukan.

Setelah mengikuti nasihat mekanik bengkel, mereka menyarankan aku untuk tukar kepada rantai 'heavy duty' iaitu rantai O-Ring. Satu rantai sahaja kosnya dalam lingkungan RM 120 dan ke atas. Bergantung pada saiz rantai (415, 428 dlln) dan juga brand rantai.


Setelah hampir 40,000km perjalanan, rantai O-Ring yang aku gunakannya pada Julai 2018 sehingga kini masih lagi dalam keadaan yang baik. Ajaibnya, aku tidak perlu risau rantai kendur dan tidak perlu lagi mengetatkan rantai setiap minggu.

Bagaimana nak tahu rantai itu elok atau tidak, lihat saja pada keadaan rantai dan bunyi yang dikeluarkan. Pin pada rantai akan keras dan mengeluarkan bunyi "krik...krik...krikk". Dah dengar bunyi macam tu, silalah ke kedai berdekatan untuk tukar.

Sebelum ini dengan rantai biasa, setiap dua (2) bulan rantai perlu aku tukar. Bayangkan kos nya lagi. Bukan sahaja rantai, sprocket depan dan belakang juga perlu ditukar.

Tips Penjagaan Rantai MotorsikalKalau beli rantai mahal-mahal kalau tak dijaga pun tak guna juga. Rantai perlu dicuci dan dibasahkan dengan minyak rantai.

Setiap rantai akan dibekalkan dengan arahan dikotak seperti gambar dibawah. Sebagai contoh, rantain O-Ring yang aku guna sekarang perlu dicuci setiap 500km perjalanan. Aduh leceh juga nak kira jarak perjalanan ni. Kalau meter digital senang juga nak tengok.


Jangan risau. Kalau korang rasa-rasa rantai dah terlalu kotor dan ada pasir yang melekat cepat-cepatlah cuci bagi bersih. Nak basuh pakai sabun pun boleh nak pakai 'degreaser' khas untuk rantai pun boleh. Korang cari je dekat Lazada or Shoppe atau pun dimana-mana kedai motor yang terdekat. Banyak dah sekarang dijual di pasaran.


Dah setel sental kotoran pada rantai dan sprocket. Jangan lupa pula gunakan 'chain lube' yang dikhaskan untuk rantai. Chain lube ni berupaya untuk mengekalkan jangkat hayat rantai motorsikal korang.


Untuk maklumat lanjut berkenaan tentang jenis rantai dan cara penjagaannya, korang boleh rujuk video dibawah hasil perkongsian motor vlogger Malaysia iaitu Roka Roki.

Akhirnya sekali, jagalah rantai motorsikal korang untuk dapat lebih kilometer dan memanjangkan hayat rantai motorsikal korang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ariazir.blogspot.com/2019/05/ramai-yang-tidak-ambil-berat-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Hakam Tentang Puasa

Hukum Hakam Tentang Puasa

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 712 hits
Kalau masih ragu ragu jom baca perkongsian ini semuga bermanafaat
Akhirnya Apa Yang Tmj Katakan Tentang Statut Rom Ternyata Benar

Akhirnya Apa Yang Tmj Katakan Tentang Statut Rom Ternyata Benar

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 829 hits
Dato Lokman Noor bin Adam Hari ini Tun Mahathir mengelar TMJ sebagai budak kecil yang bodoh dan tidak tahu apa apa Sebaliknya hakikat dan realitinya TMJ lah satu satunya anggota kerabat diraja yang berani bangkit menyanggah Perdana Menteri ...
Ragu Tentang Hukum Hakam Ketika Berpuasa Meh Baca Perkongsian Ni

Ragu Tentang Hukum Hakam Ketika Berpuasa Meh Baca Perkongsian Ni

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 796 hits
Insyaallah sekiranya diberi berkesempatan bertemu Ramadhan berpuasalah kita ya Puasa isyaallah semua tahu selepas niat tahanlah diri kita dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari Dengan berpuasa Allah...
Apa Yang Blogger Kata Tentang Sibu Sarawak

Apa Yang Blogger Kata Tentang Sibu Sarawak

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1210 hits
Beberapa hari kebelakangan ini budak google tentang blog mereka yang melancong ke Sibu Sarawak buat kali pertama Budak banyak kali baca apa pandangan mereka tentang Sibu Takut terlepas sesuatu Biar budak ulas secara umum Daripada apa yang b...
Kpk Nilai Pergub Jateng Tentang Pendidikan Antikorupsi Untuk Jaga Integritas

Kpk Nilai Pergub Jateng Tentang Pendidikan Antikorupsi Untuk Jaga Integritas

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 277 hits
Saud menyebut pendidikan karakter dan pendidikan antikorupsi yang diterapkan di sekolah bertujuan untuk menumbuhkan integritas diri anak bangsa Integritas saat ini merupakan hal penting karena menjadi modal dasar dalam pemberantasan korupsi
Tiada Hadis Sahih Yang Bicarakan Tentang Malam Nisfu Syaaban

Tiada Hadis Sahih Yang Bicarakan Tentang Malam Nisfu Syaaban

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 455 hits
SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat
4924 Perkongsian Tentang Hak Hak Pengguna Di Kuwait Finance House Ppim 7 5 19

4924 Perkongsian Tentang Hak Hak Pengguna Di Kuwait Finance House Ppim 7 5 19

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 313 hits
Ketua Aktivis PPIM toqqi dijemput hadir bagi memberikan sedikit perkongsian tentang hak hak pengguna kepada kakitangan Kuwait Finance House Kuala Lumpur
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Cacar Monyet Monkey Pox

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Cacar Monyet Monkey Pox

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 463 hits
Seorang warga Nigeria 38tahun dikesan positif menghidapi jangkitan cacar monyet di Singapura Ini disahkan Kementerian Kesihatan pada Khamis sebagai yang pertama dilaporkan di Singapura Pesakit yang disyaki mendapat jangkitan setelah makan d...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What Exactly Is A Jet2 Holiday And Why Are People Talking About It

Saya Minta Maaf Tular Lee Junyoung Salah Dengar Naik Pentas Untuk Terima Anugerah Milik Lee Junhyuk

Lepas Anwar Tumbang 26 Nanti Ini Lah Sosok Nak Ganti

Perbincangan Rentas Parti Menantu Lari Tak Balik Balik Pas Pi Mana

Beli Ayam Gunting Di Pasar Petang Khamis

Saya Tak Akan Maafkan Pelajar Tingkatan Satu Maut Jatuh Asrama