Anwar Tak Mampu Tadbir Negara Di Saat Krisis Kata Dr M




Ketika pentadbiran PH, Dr Mahathir yang ketika itu perdana menteri berkata akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim tetapi membayangkan - di belakang tabir - tidak akan membantu meraih sokongan secukupnya kepada presiden PKR itu.
Dalam usaha pembangkang untuk kembali mendapat kuasa di peringkat persekutuan, kedua-duanya juga tidak mencapai kata sepakat dalam soal calon perdana menteri.
Kini, Mahathir secara terbuka berkata Anwar tidak layak memegang jawatan itu.
Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight yang diterbitkan hari ini, Mahathir berkata bekas timbalannya itu tidak mampu mengemudi negara jika berlakunya krisis kewangan, dengan menyorot krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.
“Kita telah uji kebolehan beliau semasa saya jadi perdana menteri. Saya telah bercuti selama dua bulan (antara Mei dan Julai 1997) dan Anwar dilantik sebagai perdana menteri pada masa itu.
“Terpulanglah kepada kita untuk menilai sama ada dia mempunyai keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik.
“Saya tidak tahu penilaian yang akan dibuat oleh rakyat tetapi yang jelasnya dalam krisis kewangan 1997/98 dia tidak berkeupayaan,” katanya dalam wawancara itu.
Anwar kemudian dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan setahun kemudian. Dia melancarkan gerakan Reformasi untuk melawan Mahathir dan kemudian dijatuhkan hukuman penjara.
Berbaik sebelum kembali keruh
Bagaimanapun, kedua-duanya berdamai buat sementara waktu menjelan PRU14 untuk menentang Najib Razak yang merupakan perdana menteri ketika itu.
Kerjasama itu membawa kepada gabungan PH, yang terdiri daripada Bersatu di bawah pimpinan Mahathir, PKR, Amanah dan DAP.
PH berjaya menewaskan BN dan Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ketujuh dengan kesepakatan jawatan itu akan diserahkan kepada Anwar kemudian.
Bagaimanapun, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu daripada PH pada akhir Februari, membentuk kerajaan baru - Perikatan Nasional (PN).
Susulan daripada kejatuhan kerajaan PH, hubungan antara Anwar dan Mahathir kembali keruh.
Dalam wawancara itu, Mahathir mempersoalkan penilaian Anwar dalam menangani krisis kewangan Asia 1997 yang menurutnya mahu mengikut langkah yang disarankan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“Saya pernah berkata kepadanya kalau kita ikut mereka, negara mungkin tidak akan ada dana yang cukup untuk membayar gaji, tetapi dia masih terus dengan pendiriannya menyokong IMF dan Bank Dunia.
“Sebab itu saya terpaksa ambil alih kerajaan daripada menteri kewangan dan merancangkan pendekatan untuk memulih semula negara kita,” katanya lagi seperti dipetik.
Mahathir mengambil beberapa langkah tidak konvensional semasa krisis kewangan Asia, termasuk menambat ringgit pada kadar 3.80 bagi setiap dolar AS.
Langkah itu dikritik secara meluas oleh masyarakat antarabangsa tetapi diperakui oleh IMF sebagai tepat selepas Malaysia menjadi antara negara yang cepat pulih daripada krisis tersebut.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/anwar-tak-mampu-tadbir-negara-di-saat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Belanjawan Perpaduan Berjaya Atasi Krisis Dalam Negara Kata Dap

Hanya Belanjawan Perpaduan Berjaya Atasi Krisis Dalam Negara Kata Dap

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 387 hits
November 8 2020 Kerajaan terlepas peluang untuk Belanjawan Perpaduan dengan belanjawan yang tidak memenuhi enam cadangan utama Pakatan Harapan dan unjuran yang tidak realistik demikian menurut DAP Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata langk...
Siapa Kata Anwar Tak Layak Jadi Pm Masa Krisis Ekonomi

Siapa Kata Anwar Tak Layak Jadi Pm Masa Krisis Ekonomi

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 309 hits
Datuk Sri Anwar Ibrahim merupakan mantan Menteri Kewangan terbaik yang Malaysia pernah ada Berikut merupakan fakta Dan rekod Datuk Sri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Anwar Ibrahim adalah mantan Menteri Kewangan terbaik...
Kerajaan Perpaduan Hanya Muslihat Mahathir Halang Anwar Jadi Pm Kata Penganalisis

Kerajaan Perpaduan Hanya Muslihat Mahathir Halang Anwar Jadi Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 385 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis melihat sokongan berterusan Dr Mahathir Mohamad untuk kerajaan perpaduan hanya muslihat bagi menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania ...
Ulang Konspirasi Khianat Tak Bolehlah Kata Anwar

Ulang Konspirasi Khianat Tak Bolehlah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 231 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 9 15 amPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia sedia bekerjasama Dr Mahathir Mohamad pada 2016 dan melupakan perselisihan lama dengan bekas perdana menteri itu Bagaimanapun kata Anwar dia terpaksa sekali ...
Nanti Sahih Kata Anwar Agen Amerika Tapi Sahihnya Kita Dah Ada Agen Cia

Nanti Sahih Kata Anwar Agen Amerika Tapi Sahihnya Kita Dah Ada Agen Cia

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 273 hits
MAN TOBAAgak agak la Bidin kenal ke Muhyiddin Nak kata ni edit Cek sini der
Belanjawan2021 Tidak Mampu Pulihkan Ekonomi Bela Yang Miskin Anwar Ibrahim

Belanjawan2021 Tidak Mampu Pulihkan Ekonomi Bela Yang Miskin Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 348 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyelar kerajaan kerana gagal membentangkan belanjawan yang mampu membela golongan miskin atau berupaya memulihkan ekonomi negara Beliau berkata usul menghulur bayaran sekali beri RM500 kepada golongan terte...
Menyelamatkan Negara Dari Tangan Anwar Dan Dap

Menyelamatkan Negara Dari Tangan Anwar Dan Dap

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 292 hits
Langkah Sheraton sudah dirancang mendahului perletakan jawatan Negarawan Tun Dr Mahathir Itu sebab sesuai disebut pengkhianatan ke atas PH atau boleh juga disebut Menyelamatkan Negara daripada jatuh kepada Anwar dan DAP Mahathir boleh pilih...
Rakyat Pilih Muhyiddin Tadbir Negara Bukan Mahathir

Rakyat Pilih Muhyiddin Tadbir Negara Bukan Mahathir

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 300 hits
SHAH ALAM Peratusan rakyat memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pemimpin pilihan rakyat untuk terajui negara lebih tinggi berbanding dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Berdasarkan penyelidikan dijalankan badan pemikir ...
Kepakaran Anwar Diperlukan Pulih Ekonomi Negara

Kepakaran Anwar Diperlukan Pulih Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 330 hits
Anwar diperlukan pulih ekonomi tarik pelaburan asing Abdullah Sani Kajian agensi penyelidikan Nusantara Academy For Strategic Research bahawa 89 responden mahukan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Pedana Menteri Ma...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025