Ramai Wartwan Tak Berhenti Call Tye Pasal Perkahwinan Nabila Sampai Sharnaaz Terpaksa Buat Satu Video
BERITA perkahwinan kakak kepada pengacara Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan usahawan Engku Emran pada pagi Jumaat mengejutkan ramai pihak.
Rata-rata peminat dan kenalan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan supaya ikatan perkahwinan mereka itu berkekalan.
Ini termasuklah bekas suami kepada Noor Nabila iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut menitipkan ucapan istimewa untuk pasangan tersebut.
“Selamat pengantin baru Nabila dan Emran.. semoga berbahagia ke anak cucu.
“Jaga Jebat elok-elok na,” katanya menerusi laman Instagram sejurus perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran berlangsung.
Noor Nabila, 36, selamat bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan oleh adik Noor Nabila iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandung mereka kira-kira pukul 10 pagi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Noor Nabila dan Engku Emran bersama anak mereka Engku Aleesya dan Jebat Jayden.
Sementara itu, menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut turut mendoakan agar Sharnaaz dipertemukan jodoh dengan segera.
“Semoga Allah mempermudahkan kehidupan mamu (Sharnaaz) mendapatkan pendamping hidup yang setia menemani.
“Mulianya hati seorang bapa… teruskan perjuangan anak seni, InsyaAllah awak pun ada jodoh selepas ini.
“Aku pula yang sebak apabila baca ucapan macam ni… sedih tapi lu strong brother, ” antara komen netizen.
Perkongsian Sharnaaz di Instagram.
Video untuk semua media.. senang nah kot.. terima kasih buat semua yg mendoakan aku dan jugak nabila..
Media boleh pakai video ni.
Salam Jumaat semua
Menurut Sharnaaz lagi, untuk menjawab segala persoalan dari wartawan dari pagi call tadi tak berhenti,dia merasakan nabila berhak untuk mendaptakan kebahagian sendiri
Di akhir video juga, Sharnaaz sekali lagi mengigatkan Nabila supaya menjaga anak mereka Jebat
Menerusi laporan mStar pada Khamis, Sharnaaz berkata dia sentiasa menyokong dan mendoakan apa jua keputusan yang terbaik Noor Nabila.
“Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… semoga dia bahagia.
“Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” katanya.
Sharnaaz masih menjaga hubungan baik dengan Noor Nabila.
Sharnaaz berkahwin dengan Nabila pada 30 Mac 2017 dan mereka disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu secara hakam.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun setengah.
Engku Emran pula berpisah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 11 tahun.
Berikut video penuh penjelasan Sharnaaz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://kisahbena.com/
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2021/03/ramai-wartwan-tak-berhenti-call-tye.html