Ramai Tak Tahu Ini Salah Satu Kawasan Takungan Air Tertua Di Malaysia


Ramai Tak Tahu, Ini Salah Satu Kawasan Takungan Air Tertua Di Malaysia
Tidak dinafikan, setiap kawasan di negara kita ini mempunyai pelbagai daya tarikannya yang tersendiri. Baik dari segi sejarah, keunikan, makanan, budaya dan sebagainya.
Namun begitu, masih ada sejarah yang sudah hampir dilupakan oleh generasi-generasi kini. Malah, jika ditanya, ada yang tidak mengetahui tentang sejarah di sebalik sesuatu kawasan.
Baru-baru ini, Persatuan Kartografi Malaysia telah berkesempatan menjejaki kawasan takungan air (reservoir)  tertua di Malaysia yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.
Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dari Encik Kartografi atau Shahrul Azzim Abd Aziz di bawah ini.
Kawasan takungan air (reservoir) tertua di Malaysia Encik Kartografi sekali lagi berkesempatan menjejaki kawasan takungan air (Reservoir) antara yang tertua di Malaysia yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.
Kawasan takungan air yang kini dikenali sebagai Tasik Ayer Keroh merupakan salah satu tinggalan bersejarah yang masih wujud sehingga hari ini dan kini merupakan sebagai kawasan rekreasi air yang dikunjungi ramai pengunjung terutamanya pada waktu hujung minggu.

Namun tidak ramai yang mengetahui tentang sejarah kolam takungan air ini.
Berdasarkan beberapa maklumat yang merujuk kepada beberapa akhbar lama, kolam takungan air tersebut telah dirasmikan sekitar 132 tahun yang lalu laitu pada tahun 1893 oleh Sir Cecil Clementi Smith, Gabenor Negeri-Negeri Selat.
Merujuk kepada petikan di dalam akhbar Daily Advertiser yang diterbitkan pada 23 Mei 1893, majlis pembukaan rasmi fasiliti ini telah disertai oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat pada waktu itu, Sir Cecil Clementi Smith dan turut dihadiri lady Clementi dan pegawai kolonial.
BACA: Tercatat Dalam Peta Lama, Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Pulau Terus Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan projek bekalan air ini dalam meningkatkan taraf kesihatan awam serta mencegah wahak penyakit yang sering menimpa penduduk Melaka pada ketika itu.
Beliau juga memuji dedikasi jurutera yang bertanggungjawab terhadap kejayaan projek ini dan mencadangkan agar nama “Ayer Keroh yang bermaksud air keruh digantikan dengan nama yang lebih sesuai iaitu Ayer Sala (Ayer Salak) kerana airnya yang jernih dan bersih.
Seterusnya, menurut akhbar The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser yang juga diterbitkan pada 23 Mei 1893, pembukaan rasmi kolam takungan air ini telah disempurnakan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.
Beliau telah tiba dengan kapal Sea Belle bersama rombongan yang turut disertai oleh Lady Clementi, Residen Kaunselor, D. F. A. I Hervey, Mejar McCallum dan beberapa pegawai kolonial lain.
Ketibaan mereka disambut oleh Jurutera Kolonial dan Penyelia Kerja Raya sebelum beliau diberi penerangan tentang pelan takungan dan sistem pengaliran air.
Sebagai simbolik pembukaan rasmi, Sir Cecil Clementi Smith membuka injap utama yang membolehkan air mula mengalir ke daları saluran takungan. Selepas itu, beliau meninjau sekitar kawasan kolam takungan dan menaiki bukit berhampiran untuk melihat pemandangan keseluruhan kawasan.
Bekalan dari air kolam takungan disalurkan ke Bandar Melaka Pada waktu tersebut, bekalan air dari kolam takungan tersebut disalurkan ke Bandar Melaka melalui paip besi sejauh 7.5 batu dan bersambungan dengan sebuah takungan perkhidmatan yang terletak di Bukit St. Paul (Bukit Melaka).
Kemudian dari takungan perkhidmatan ini, bekalan air diagihkan ke seluruh kawasan bandar dan pelabuhan Melaka.
Berdasarkan buku bertajuk The Singapore and Straits Directory for 1899; Containing Also Directories of The Federated Malay States: Perak, Selangor, Negri Sembilan, and Pahang, Johore, Labuan, British North Borneo, Sarawak, Deli (Sumatra) and Adjoining Provinces, Saigon, Western (Dutch) Borneo, Riouw and Dependencies, and Siam with an Appendix Comprising a large Amount of Useful Information, kolam takungan ini telah tersenarai antara tempat menarik untuk dilihat
Daripada aspek kartografi, kedudukan lokasi kolam takungan ini juga dapat dilihat di dalam naskah kartografi lama yang bertajuk Map of the Malacca Territory yang diterbitkan pada tahun 1916.

Di dalam naskah kartografi berusia 109 tahun, kolam takungan ini dilabelkan sebagai Ayer Salak Reservoir dan dinyatakan terdapat empat anak sungai yang menjadi sumber air kepada fasiliti ini iaitu Anak Air Batu, Anak Air Kayu Arah, Anak Air Keroh dan Anak Air Salak.
Jika kita melihat di sekitar kawasan kolam takungan, kelihatan sebahagian struktur asal yang masih wujud sehingga ke hari ini antaranya ialah tembok kolam takungan, telaga limpah (Tumbling well) dan menara injap (Valve tower).
Struktur binaan tersebut dibina dengan menggunakan blok batu laterit dan juga batu-bata lama yang bersaiz nipis. Selain daripada menjadi kawasan rekreasi yang kini menjadi lokasi tumpuan pengunjung, sejarah pembinaan dan kewujudan kolam takungan air ini yang kini dikenali sebagai Tasik Ayer Keroh seharusnya dapat diketengahkan.
Selain daripada itu, struktur-struktur lama yang masih wujud di sini seharusnya dapat dipulihara agar tidak terus dimamah usia.
Tasik Ayer Keroh yang kini merupakan sebagai kawasan pelancongan rekreasi air dapat juga digabungkan kepelbagaian pelancongan dengan menjadikan ia sebagai kawasan pelancongan bersejarah.
BACA: Perjuangan Rakyat Kesultanan Melayu Melaka & Palestin, Dua Zaman Satu Persamaan Sumber: Encik Kartografi
The post Ramai Tak Tahu, Ini Salah Satu Kawasan Takungan Air Tertua Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/12/ramai-tak-tahu-ini-salah-satu-kawasan-takungan-air-tertua-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecantikan Dan Keunikan Gua Cosquer Warisan Salah Satu Seni Pra Sejarah Di Perancis

Kecantikan Dan Keunikan Gua Cosquer Warisan Salah Satu Seni Pra Sejarah Di Perancis

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 235 hits
Gua Cosquer merupakan gua yang dihiasi dengan lukisan prasejarah terletak di Perancis yang mengandungi pelbagai gambar gua yang bertarikh sehingga 27 000 tahun yang lalu Gua ini memiliki lebih dari 200 figura parietal dan merupakan satu sat...
Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 338 hits
Showcase Jiwa Malaysia 2025 Malam Penuh Warna Irama Jiwa Anak Malaysia Assalamualaikum semua Pada 1 November 2025 lalu malam yang betul betul menyatukan jiwa muzik Malaysia Sis sempat ke Showcase Jiwa Malaysia 2025 di Dewan Sri Putra Bukit ...
Jabatan Imigresen Malaysia Pahang Tahan 57 Pendatang Asing Tanpa Izin Dalam Satu Operasi Bersepadu Di Kuantan Hari Ini

Jabatan Imigresen Malaysia Pahang Tahan 57 Pendatang Asing Tanpa Izin Dalam Satu Operasi Bersepadu Di Kuantan Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 262 hits
KUANTAN Jabatan Imigresen Malaysia Pahang menahan 57 pendatang tanpa izin dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sekitar Kuantan hari ini JIM menerusi hantaran di memaklumkan dalam operasi tersebut seramai 25...
Syarat Pekerja Asing Malaysia Cetuskan Rasuah Di Nepal

Syarat Pekerja Asing Malaysia Cetuskan Rasuah Di Nepal

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 273 hits
B Nantha KumarTindakan Malaysia mengetatkan kelayakan agensi pembekal pekerja asing ke negara ini mencetuskan rasuah di Nepal yang terkenal sebagai negara pembekal anggota keselamatan Sumber dari Nepal memberitahu Malaysiakini tindakan Mala...
Laporan Media Thailand Menyebut Bahawa Duit Pelaburan Lebih Banyak Mengalir Ke Malaysia

Laporan Media Thailand Menyebut Bahawa Duit Pelaburan Lebih Banyak Mengalir Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 172 hits
Alif JamilLaporan media Thailand menyebut bahawa duit pelaburan lebih banyak mengalir ke Malaysia Ia adalah refleksi nyata perubahan struktur dalam ekonomi serantau ASEAN Mudah kata ini suatu tanda pemulihan keyakinan pasaran antarabangsa t...
Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ketiga Dunia

Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ketiga Dunia

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 260 hits
Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ketiga Dunia KUALA LUMPUR 5 Nov Pasport Malaysia kini menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025 satu penanda aras global bagi kedudukan pasport Jabatan Imigresen Malaysia dalam hantaran d...
Malaysia Us Trade Deal Like Insurance Against Reckless Driver

Malaysia Us Trade Deal Like Insurance Against Reckless Driver

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 323 hits
There was strong resistance in Malaysia against the 12 member Trans Pacific Partnership which included the US during the negotiating period between 2010 and 2015 When its successor the Comprehensive and Progressive Agreement for Trans Pacif...
Malaysia Now Ranks 3rd In Global Passport Index

Malaysia Now Ranks 3rd In Global Passport Index

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 257 hits
Immigration department says the achievement reflects international trust and recognition of the security features of Malaysia s travel document the United Arab Emirates passport tops the Passport Power Rank followed by Singapore and Spain i...
Penyanyi Tabola Bale Disambut Meriah Di Malaysia Lagu Diputar Kuat Di Stesen Minyak

Penyanyi Tabola Bale Disambut Meriah Di Malaysia Lagu Diputar Kuat Di Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Menerusi perkongsian yang tular di media sosial seorang pengguna dikenali sebagai RAE berkongsi detik menarik apabila lagu popular Tabola Bale tiba tiba diputarkan kuat di sebuah stesen minyak Petronas tepat ketika penyanyinya ...
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu