Ramai Tak Sabar Menunggu Anwar Jadi Pm


 
Susulan pemakluman Anwar Ibrahim pada minggu lalu bahawa beliau telah mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan untuk mengambil alih kerajaan, keghairahan orangramai untuk melihat ia menjadi kenyataan turut meningkat.
Di mana-mana, apabila saja ada perbualan mengenai politik negara, soalan yang tidak terlepas daripada pertanyaan ialah bila Anwar akan mengangkat sumpah?
Lebih daripada itu, ramai kawan-kawan dan saudara mara juga turut bertanyalan soalan yang sama.
Makin hari berlalu, soalan yang sama terus ditanya dan kedengaran di mana-mana, meskipun rata-ratanya faham bahawa Agong belum dapat menerima Anwar untuk mengadap berikutan masalah kesihatan yang dihadapi baginda.
Ini memperlihatkan keghairahan rakyat Malaysia untuk melihat Anwar mengambil alih kerajaan amat tinggi, sama tinggi dengan bimbangnya penyokong Muhyiddin Yassin terhadap kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional.
Realitinya, selagi Anwar belum dapat mengadap Agong, maka selagi itulah soalan “bila Anwar akan mengangkat sumpah?” terus tiada jawapan.
Anwar sudah memaklumkan sebelum ini bahawa jumlah bilangan Ahli Parlimen yang menyokongnya hanya akan dipersembahkan kepada Agong terlebih dahulu, selepas itu jika ada keperluan, barulah akan didedahkan kepada umum.
Maka, selagi Agong tidak sihat dan Anwar tidak dapat mengadap, tiada siapa tahu berapa jumlah Ahli Parlimen yang sudah menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu mengambil alih kerajaan.
Juga tidak akan diketahui bila tarikh angkat sumpah akan dilangsungkan.
Sebelum ini, Anwar sudah pun mendapat tarikh untuk mengadap Agong iaitu pada 11 pagi Selasa, 22 September bagi mempersembahkan jumlah sokongan yang telah diperolehinya dan selepas itu suatu sidang akhbar akan diadakan.
Tetapi, berikutan keadaan kesihatan Agong yang tidak mengizinkan, majlis mengadap telah ditangguhkan ke suatu tarikh lain yang belum ditentukan.
Untuk itu, Anwar telah mengadakan sidang media pada 23 September memaklumkan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan itu dengan hakikat sokongan yang dimilikinya adalah kukuh dan meyakinkan.
Dalam hal ini, Anwar terpaksa mengadakan sidang akhbar, walaupun belum mengadap Agong kerana bimbang rancangannya itu bocor kepada pengetahuan umum terlebih dahulu.
Yang penting di sini, dengan Anwar telah memohon untuk mengadap Agong, malah malah disahkan oleh Istana Negara dan sudah diberikan tarikh dan masa untuk pertemuan, bermakna beliau tidak berbohong dan bukan main-main dengan jumlah sokongan yang telah diperolehinya serta usahanya untuk mengambil alih kerajaan.
Ia kemudian diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang tiada halangan jika Ahli-Ahli Parlimen BN mahu memberi sokongan, sambil beliau juga dimaklumkan bahawa sudah ramai daripada kalangan mereka itu telah pun menyokong Anwar.
Selain itu, bekas Perdana Menteri, Najib Razak juga agak berteka-teki mengenai perkara itu – tidak mengiya dan tidak pula menafikan.
Dengan sokongan yang dimiiliki Muhyiddin hanya antara satu atau dua undi saja di Dewan Rakyat, menjatuhkannya bukan masalah besar sebenarnya jika dilihat kepada semakin membesarnya perasaan tidak puas hati di pihak UMNO terhadap kepimpinan Perdana Menteri sejak kebelakangan ini.
Pokok pangkalnya, bertukar atau tidak kerajaan dalam waktu terdekat ini hanya boleh diketahui selepas Anwar dibenarkan mengadap Agong dalam waktu yang terdekat ini.
Setelah Anwar mengadap Agong dan mempersembahkan sokongan yang dimilikinya, selepas itu Agong tentu saja akan memanggil Muhyiddin pula untuk mengadap baginda.
Seterusnya, jika terbukti Anwar memiliki sokongan yang mencukupi, Muhyiddin ada dua pilihan – meletak jawatan dan menyerahkan kepada Anwar untuk mengambil alih kerajaan atau membubarkan Parlimen bagi diadakan pilihanraya.
Kuncinya di sini ialah sementara Anwar mungkin tidak sabar menunggu tarikh untuk mengadap Agong yang turut disertakan doa agar baginda segera sihat seperti sediakala, rakyat Malaysia secara umumnya pula turut tidak sabar untuk melihat bila majlis angkat sumpah Perdana Menteri baru akan dilangsungkan. (Shahbudindotcom 01/10/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/ramai-tak-sabar-menunggu-anwar-jadi-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengadap Dymm Ydpa Anwar Masih Menunggu

Mengadap Dymm Ydpa Anwar Masih Menunggu

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 335 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim kini sedang menunggu tarikh baru untuk mengadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung usahanya untuk menubuhkan kerajaan baru kata sumber dari parti itu Kalau nak j...
Where Can Anwar Draw His Numbers From For His Takeover Bid

Where Can Anwar Draw His Numbers From For His Takeover Bid

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 298 hits
PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim speaks during a press conference in Kuala Lumpur September 23 2020 Picture by Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR Sept 24 PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim s claim to have the majority to form a new gover...
Bagaimana Anwar Akan Jadi Pm Jika Kes Lembanga Pengampunannya Kalah

Bagaimana Anwar Akan Jadi Pm Jika Kes Lembanga Pengampunannya Kalah

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 332 hits
Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun tempohnya tidak lama kerana beliau akan berdepan dengan keputusan mahkamah berhubung kes Lembaga Pengampunan Itu dinyatakan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang memfailka...
Bukan Mahathir Aje Kit Siang Pun Terkejut Anwar Mahu Kerjasama Dengan Umno

Bukan Mahathir Aje Kit Siang Pun Terkejut Anwar Mahu Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 254 hits
KENINGAU Penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui beliau terkejut dengan pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendakwa telah memperolehi sokongan hampir dua pertiga ahli Parlimen sekali gus untuk membe...
Jangan Lupa Kita Calon Jenazah Anak Zahid Sindir Anwar

Jangan Lupa Kita Calon Jenazah Anak Zahid Sindir Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR 24 Sept Anak sulung presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar parlimen dibubarkan selepas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan mahu membentuk kerajaan baru Datuk Nurulhidayah Zahid berka...
Yoursay The Anwar Move Not A Done Deal Yet

Yoursay The Anwar Move Not A Done Deal Yet

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 289 hits
YOURSAY That is until and unless the Agong gives him the approval to form a new govt Malaysia Bharu If PKR president Anwar Ibrahim has the majority no one would be happier than Pakatan Harapan supporters provided it is not another backdoor ...
Expect Political Manoeuvres After Anwar S Claim Say Analysts

Expect Political Manoeuvres After Anwar S Claim Say Analysts

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 214 hits
Anwar Ibrahim announcing that he has a convincing majority to form a new government yesterday PETALING JAYA Analysts expect a flurry of political manoeuvres to follow Anwar Ibrahim s claim that he has the numbers to form a new government Az...
Zahid Wise And Correct To Allow Mps To Back Anwar Says Bn Man

Zahid Wise And Correct To Allow Mps To Back Anwar Says Bn Man

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 260 hits
Isham Jalil says Ahmad Zahid Hamidi s decision does not mean the Umno chief or his party supports Anwar Ibrahim s move PETALING JAYA A Barisan Nasional leader has hailed Umno president Ahmad Zahid Hamidi s decision against stopping the part...
Umno Stands To Win Big If Anwar Achieves Plan Say Ph Insiders Analysts

Umno Stands To Win Big If Anwar Achieves Plan Say Ph Insiders Analysts

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 195 hits
Twelve to 15 Umno MPs are said to support Anwar Ibrahim in his bid to form a new government PETALING JAYA Umno stands to win the most if opposition leader Anwar Ibrahim gets to form the next government say Pakatan Harapan insiders and analy...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia