Ramai Sangka Suami Tak Tukar Agama Sharifah Sakinah Tunjuk Bukti Kad Perakuan Pelvk Islam Mais
SELEPAS mengumumkan sudah berkahwin dengan jejaka mat saleh bernama Michael Hansen, pelakon Sharifah Sakinah diminta pula menunjukkan bukti bahawa suaminya kini beragama Islam.
Menurut Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, bukti menunjukkan pertukaran agama suaminya itu boleh merosakkan hubungan keluarga mentua.
Tegas pelakon berusia 32 tahun itu, sepatutnya tiada pihak yang mempersoalkan status suaminya selepas dia mended4hkan mereka sudah berkahwin.
Sakinah kemudian memadam perkongsiannya di Instagram.
“Kami tak post bukti sebab tak nak mengharu-birukan keluarga mentua ya. Cuba anak awak tiba-tiba kena convert Hindu, mahu mak awak melenting tak?
“Nak sangat bukti swipe la. Terima kasih la sebab mengharu-birukan keadaan. Kalau dah cakap, dah la, dah la tak payah burvk sangka.
“Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk, nak jaga hati keluarga sana,” kata Sakinah.
Adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah itu turut memuat naik foto memaparkan kad suaminya yang memelvk agama Islam.
Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu bagaimanapun memadam perkongsian tersebut daripada Instagram miliknya beberapa jam kemudian.
Terima kasih la sebab mengharu-birukan keadaan.SHARIFAH SAKINAHPELAKONBerdasarkan perkongsian berkenaan, kad perakuan tersebut dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Pada Jumaat lalu, Sakinah mengumumkan dia sudah berkahwin dengan Michael atau nama Islamnya Mikael Hansen dan terpaksa merahsiakannya atas faktor peribadi.
Sharifah Shahira ini bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan jejaka berasal dari Sweden itu.
Dalam pada itu, Sakinah turut berkongsi komen netizen yang mengatakan fitn4h tersebut timbul disebabkan kehidupan mereka tidak menggambarkan seorang muslim.
“Mana taknya jadi fitn4h bila dilihat dengan mata kasar, kehidupan sebagai muslim itu tak ada… maaf cakap,” tulis individu tersebut.
Sakinah mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan sebelum ini.
Membalas semula komen tersebut, Sakinah menegaskan individu tersebut tidak sepatutnya memburvk sangka terhadapnya.
“Sebab itu pentingnya kena sangka baik ya kak,” balas Sakinah.
Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas bercer4i pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/02/ramai-sangka-suami-tak-tukar-agama.html