Ramai Salman Rushdie Sejak Ph Perintah Ajk Pas Pusat


MALAYSIAKINI

   
PRK SEMENYIH | Anggota jawatankuasa PAS pusat, Dr Zuhdi Marzuki mendakwa sejak Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, semakin ramai golongan yang berani menghina Nabi Muhammad SAW secara terang-terangan

Beliau menggambarkan situasi itu sebagai “kemunculan ramai Salman Rushdie di Malaysia”.

“Kita tak pernah gambarkan dalam kehidupan kita, dulu Salman Rushdie pada tahun 1989 menulis satu buku The Satanic Verses, seluruh dunia marah pada waktu itu.

“Sama ada Syiah, Ayatollah Khomeini atau pun Sunni, semua bangun menentang Salman Rushdie sehingga dia tak berani keluar rumah.

“Kita rasa hairan sekarang ini apabila PH memerintah, tiba-tiba ramai Salman Rushdie dalam Malaysia rupanya. Ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sembang Santai di Pangsapuri Seri Dahlia, pusat daerah mengundi (PDM) Bukit Mahkota 2 malam tadi.

Undang kemarahan umat Islam
Zuhdi merujuk kepada kejadian beberapa orang yang tular kerana menulis kenyataan yang dianggap mempersendakan Nabi Muhammad SAW di media sosial baru-baru ini.

Salman Rushde ialah penulis yang menghasilkan novel kontroversi ‘The Satanic Verses’ pada tahun 1988.

Kontroversi berkaitan novel itu timbul bermula daripada judulnya yang merujuk kepada kejadian penarikan semula sepotong ayat al-Quran dalam surah Al-Najm yang didakwa sesetengah pihak pernah berlaku kerana Nabi Muhammad terkeliru bisikan syaitan dengan wahyu Tuhan.

Untuk rekod, kejadian tersebut tidak direkod dalam mana-mana hadis sahih. Kejadian tersebut boleh ditemukan dalam kitab Al-Tabbari yang mengaku hanya merekod semua maklumat yang disampaikan kepadanya sementara kredibiliti maklumat itu disandarkan kepada penyampainya.

Novel tersebut telah mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia sehingga fatwa bunuh terhadap Salman dikeluarkan oleh pemimpin Iran Ayatollah Ruhollah Khomeini pada 1989.

Justeru Zuhdi menggesa tindakan segera diambil bagi mendakwa dan menghukum golongan tersebut.


Selain daripada itu, Zuhdi turut melahirkan kerisauannya apabila DAP didakwanya menguasai beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ‘kementerian-kementerian kanan’ di peringkat kerajaan pusat.

“DAP dapat kementerian penerangan. Internet, jalur lebar, itu belum lagi media elektronik dan media cetak (semuanya) bawah kementerian penerangan.

“Hadirin kena ingat, internet boleh ditutup pada bila-bila masa jika ada arahan. Kalau dia nak tutup internet, boleh. Kalau nak sekat telekomunikasi (seperti) Celcom, Digi, dia boleh buat bila-bila masa.

“Ini antara kuasa bawah kementerian penerangan,” katanya lagi.

Biarpun tidak menyebut nama, dia dipercayai merujuk pada Gobind Singh Deo yang mengetuai Kementerian Komunikasi dan Multimedia, iaitu tempat bernaungnya Jabatan Penerangan Malaysia.

Satu kapal cirit-birit
Dalam nada sinis, beliau turut memerli Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sebagai menteri yang hanya minat memasak, sedangkan keputusan kementerian banyak diurus oleh timbalan menteri daripada DAP.

“Dia pergi naik kapal perang [...] nak masak tu pun, ada protokol dia, ada prosedur dia, SOP dia, bukan semua orang boleh masak. Bantainya kalau kita masak satu kapal tentera laut itu cirit-birit, macam mana?

“Nasib baik dia naik Sukhoi tu tak ada dapur, kalau tak dekat situ pun dia masak.

“Ketika dia fikirkan tentang perkara ini (memasak), perkara-perkara strategik berkaitan pertahanan dirancang dan diuruskan oleh timbalannya, Liew Ching Tong,” tambah Zuhhdi lagi.

Antara lain yang dipetik Zuhdi ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Cie Ching, penasihat menteri kewangan Tony Pua dan Ong Kian Ming (juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/ramai-salman-rushdie-sejak-ph-perintah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Man Cites Salman Rushdie Amanah Man Ropes In Taliban

Pas Man Cites Salman Rushdie Amanah Man Ropes In Taliban

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 325 hits
PAS and Umno have repeatedly accused the Pakatan Harapan government of failing to be stern with regard to issues concerning Islam The issue cropped up again last night during a talk on the campaign trail for the by election where PAS centra...
Ajk Pusat Mic Umno Perlu Berhenti Pergunakan Pas Bn

Ajk Pusat Mic Umno Perlu Berhenti Pergunakan Pas Bn

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 411 hits
AJK Pusat MIC Umno perlu berhenti pergunakan PAS BN Sebaliknya kata P Punithan BN dan PAS perlu menubuhkan gabungan baru yang lebih jelas
Kenyataan Media Pas Pusat Kunjungan Hormat Kepada Yab Perdan Menteri

Kenyataan Media Pas Pusat Kunjungan Hormat Kepada Yab Perdan Menteri

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 348 hits
Setelah mendapat penjelasan daripada YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bersidang pada 17 Februari 2019 di Marang maka saya dengan ini ingin memaklumkan bahawa 1 P...
Mesyuarat Pas Pusat Luluskan 6 225 Orang Ahli Baharu Pas Februari 2019

Mesyuarat Pas Pusat Luluskan 6 225 Orang Ahli Baharu Pas Februari 2019

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 335 hits
Alhamdulillah Mesyuarat PAS Pusat Kali Ke 21 sesi 2017 2019 hari ini telah meluluskan sebanyak 6 225 orang permohonan Ahli Baharu PAS untuk bulan Februari 2019 Setiap bulan PAS Pusat meluluskan ribuan Ahli Baharu Untuk rekod keahlian baharu...
Kes Sarawak Report Penyelesaian Tanpa Perintah Kos Su Pas

Kes Sarawak Report Penyelesaian Tanpa Perintah Kos Su Pas

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 400 hits
ANWAR Saya nak tanya apakah ada bayaran yang diberikan kepada Clare daripada Pas Gambar failSAYA terpanggil untuk menjelaskan kenyataan yang mengelirukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR tentang penyelesaian luar mahkamah kes melib...
Fokus Pada Dinding Gambar Presiden Pas Dah Boleh Letak Kot

Fokus Pada Dinding Gambar Presiden Pas Dah Boleh Letak Kot

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 357 hits
Bekerjasama pun dah bergabung jer belum Tak lama lagi ada la tu gambar tuan presiden pas kan Selepas PRU14 Sebelum PRU14
Tun M Silap Tafsir Takkiyuddin Menafikan Pas Tidak Akan Bantu Umno

Tun M Silap Tafsir Takkiyuddin Menafikan Pas Tidak Akan Bantu Umno

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 367 hits
Takkiyuddin Menafikan Pas Tidak Akan Bantu UMNO dalam PRK Semenyih Kenyataan Tun Dr Mahathir Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pimpinan PAS memaklumkan mereka tidak akan menyokong UMNO pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyi...
Mat Sabu Pas Parti Berbohong Jejas Imej Perjuangan Islam

Mat Sabu Pas Parti Berbohong Jejas Imej Perjuangan Islam

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 522 hits
PASIR MAS Amanah percaya pendekatan bohong yang diamalkan pemimpin PAS akan menyebabkan parti pembangkang itu kehilangan kepercayaan anggotanya kata Presiden Amanah Mohamad Sabu Katanya beliau menyifatkan PAS sebagai parti yang tidak boleh ...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan