Ramai Penyangak Dalam Bn Tun Kata Betoika



LANGKAWI: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan parti itu untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak yang tidak terlibat dengan rasuah adalah sebagai langkah terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurutnya, keputusan Pejuang untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan parti itu memiliki banyak 'penyangak'.
Selain itu, keputusan menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) disebabkan ramai orang Melayu yang tidak menyukai parti komponen di dalamnya iaitu DAP.
Dalam pada itu, beliau berkata Pejuang juga tidak suka untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) disebabkan kebanyakan individu di dalamnya terutama pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak ikhlas bekerja untuk negara.
"Kita ada sekarang ini gabungan BN, gabungan PH, tetapi kita nak bersama dengan mereka tidak boleh. Dengan BN adalah kerana terlalu banyak penyangak-penyangak di situ, manakala PH pula, orang Melayu tak suka dengan DAP.
"Apabila kita dengan PH, kita akan hilang sokongan daripada orang Melayu, jadi kita berpendapat bahawa eloklah kalau kita tidak menyertai PH atau pun BN.
"Untuk bersama dengan PN (pula sukar), parti (itu juga) dengan sendiri tak boleh (memerintah negara disebabkan) tak cukup orang (ahli Parlimen). Mereka tidak boleh, cakap saja, tetapi mereka asalnya Bersatu dan Bersatu ini pecah dua, enam ikut saya, enam ikut dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin),
"Jadi yang lain, semua masuk dengan Bersatu, adalah pasal dapat duit, dapat jadi menteri, dapat gaji besar, itu sebab utama mereka, bukan sebab ada minat nak berkhidmat untuk negara, (itu saya lihat) tiada (dalam diri mereka)," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas perjumpaan bersama pengusaha-pengusaha bot pelancong di Jeti Tanjung Rhu, Langkawi pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau berkata kerjasama Pejuang bersama NGO dan beberapa pihak lain akan membolehkan gabungan berkenaan bertanding di sekurang-kurangnya 120 kerusi Parlimen pada PRU15 dan diterima majoriti rakyat Malaysia.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat jangkaan berlaku pertandingan empat penjuru dalam PRU15 dengan kemunculan satu lagi gagasan baharu diketuai Dr Mahathir.
Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali berkata, Dr Mahathir telah mengumumkan penubuhan blok keempat sebagai gagasan baharu memperjuangkan agenda Melayu dan Islam.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, keputusan akhir dan muktamad berhubung teka-teki beliau akan bertanding ataupun tidak hanya akan dibuat menjelang tarikh PRU15 lapor AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/07/ramai-penyangak-dalam-bn-tun-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dia Kata Saya Takut Besi Individu Dakwa Jumpa Wanita Mirip Zalina Azman Dalam Keadaan Ketakutan

Hiburan Dia Kata Saya Takut Besi Individu Dakwa Jumpa Wanita Mirip Zalina Azman Dalam Keadaan Ketakutan

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 286 hits
Baru baru ini digemparkan dengan satu berita mengenai bekas personaliti TV3 Zalina Azman hilang sejak November tahun lalu dan sehingga kini keluarga serta pihak berkuasa masih belum menemuinya lagi Setelah sekian lama pihak polis akhirnya m...
Tiada Mou 2 0 Akan Disambung Kata Umno Kepada Ph Yang Terhegeh Hegeh

Tiada Mou 2 0 Akan Disambung Kata Umno Kepada Ph Yang Terhegeh Hegeh

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 173 hits
agendaily com20 07 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan UMNO memberi kata dua kepada blok pembangkang Pakatan Harapan yang kemaruk mahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyambung memorandum persefahaman Transform...
Bekalan Melebihi Permintaan Malaysia Perlu Eksport Semula Ayam Ke Luar Negara Kata Ngo

Bekalan Melebihi Permintaan Malaysia Perlu Eksport Semula Ayam Ke Luar Negara Kata Ngo

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 246 hits
Penafian Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan Kerajaan digesa untuk membenarkan semula eksport ayam ke luar negara memandangkan bekalan sudah pulih di pasaran selain pengeluaran melebihi permintaan Jurucakap sebuah
Kalau Dah Tiada Hati Berterus Terang Saja Kata Nad Zainal

Kalau Dah Tiada Hati Berterus Terang Saja Kata Nad Zainal

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 160 hits
Saya cakap pada suami kalau dah tiada hati berterus terang saja kepada saya dan jangan menipu Saya tidak mahu mengetahuinya daripada orang lain kerana itu lebih saakit Demikian kata pelakon Nad Zainal ketika ditanya apa tindakan dibuat sek
Jabatan Hutan Pun Tak Tau Nak Kata Apa Tapi Persoalan Tetap Ada

Jabatan Hutan Pun Tak Tau Nak Kata Apa Tapi Persoalan Tetap Ada

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 215 hits
Pernah ke orang tanam pokok durian dicelah pokok balak dalam hutan kat atas bukit Jabatan hutan Krik krik krik 2 Bukan ke kena tebang semua pokok dulu sblm mula menanam Jabatan hutan Krik krik krik 3 Adakah kelulusan kerajaan negeri dibuat ...
Hiburan Dia Tak Heran Pun Title Kaya Tu Pengurus Bersuara Kata Puteri Sarah Pandai Berdikari

Hiburan Dia Tak Heran Pun Title Kaya Tu Pengurus Bersuara Kata Puteri Sarah Pandai Berdikari

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 182 hits
Sedia maklum kisah rumah tangga pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah di ganggu oleh orang ketiga sehingga kini menjadi topik bualan orang ramai Disebabkan hal ini menjadi tumpuan rumai pengurus kepada Puteri Sarah menyuarakan pandangan m...
Sukan Asia 2022 Ditunda Ke September 2023 Kata Majlis Olimpik Asia

Sukan Asia 2022 Ditunda Ke September 2023 Kata Majlis Olimpik Asia

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 389 hits
Sukan Asia 2022 ditunda ke September 2023 kata Majlis Olimpik Asia Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Jul 2022
Ahli Parlimen Perlu Faham Ruu Antigangguan Seksual Bukan Sekadar Bahas Kata Nurul Izzah

Ahli Parlimen Perlu Faham Ruu Antigangguan Seksual Bukan Sekadar Bahas Kata Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 327 hits
Nurul Izzah Anwar berkata RUU Antigangguan Seksual sepatutnya mencetuskan kesedaran termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen KUALA LUMPUR Isu gangguan seksual bukan hanya perlu dilihat sebagai satu pindaan undang undang untuk dibahas tetapi ju...
Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Meneroka Peluang Di Malaysia Mencari Kerjaya Sebagai Jurutera Oil Gas

Mitski Washing Machine Heart Chord

Malaysia Leads With New Suicide Reporting Guidelines

Oppo Ai Features Revolutionizing The Mobile Experience In Mexico

Malu Pmx Diperintah Bayar Rm20k Kes Yusoff Rawther Vs Anwar Ibrahim Diteruskan Hakim Mahkamah

Perak Needs Further Study On Use Of Vapes E Cigarettes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

Apa Sebenarnya Festival Perahu Naga Sejarah Lokasi Maksudnya

Mb Gangjeong Chicken Kini Di Marrybrown Dengan Rasa Korea Yang Pedas Menggoda

Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

Kembali

Amalan Sunnah Hari Arafah