Salam20k Missing Person Dimana Wan Paisal Banjir Teruk Di Kedah Ad



Usikan ‘Salam 20k’ merujuk pada majoriti 20,648 undi diperoleh BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota kelmarin dilihat terus menghujani Perikatan Nasional (PN). Komentar tersebut turut dilihat ‘singgah’ di media sosial milik Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad yang sehingga kini masih membisu untuk mengulas keputusan PRK yang mengejutkan blok pembangkang itu. Semakan mendapati Wan Fayhsal yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sehingga ini tidak berkongsi sebarang ulasannya berkenaan PRK DUN Mahkota di media sosial miliknya. Kali terakhir bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu menyentuh tentang PRK DUN Mahkota adalah pada petang hari pengundian, 27 September lalu. Katanya ketika itu, PN adalah benteng semak dan imbang segala kebobrokan kerajaan campuran PH-BN. “Kalau PN lemah maka hancurlah politik yang membela golongan terbanyak dan terpaling susah dalam negara! “Ayuh Mahkota kita zahirkan protes demi ABATA (Agama, Bangsa, Tanahair)!” kata Wan Ahmad Fayhsal di platform X. Sebaliknya, dalam perkongsian Wan Fayhsal semalam, dia memuat naik gambar dua naskhah buku berserta secawan kopi. Wan Fayhsal menganggap dua karya itu dapat membantu untuk memahami keruntuhan Timur Tengah masa lalu dan perkembangan semasa terutamanya selepas Ismail Haniyeh dan Hassan Nasrallah syahid dalam serangan pengganas Israel. “Jom baca dulu sambil ngopi,” katanya di platform X yang kemudian mengundang sindiran netizen termasuk bertanyakan sambungan kepada cerita ‘pager’ meletup yang dicanang Wan Fayhsal semasa ceramah kempen PRK DUN Mahkota lalu. Ada kalangan warganet juga secara sinis menasihati PN agar meneruskan politik keji dengan memperalat sentimen kaum dan agama supaya rakyat terus menolak blok pembangkang yang dianggotai Pas dan Bersatu itu. Rata-rata berpendapat serangan peluru PN sepanjang kempen PRK DUN Mahkota lalu termasuk isu BlackRock dan luar tabii yang turut kerap disebut Wan Fayhsal sebagai melampau. Malah, PN yang mempertaruhkan bekas jurulatih bola sepak daerah Kluang, Mohamad Haizan Jaafar, 61, dengan hanya mendapat 7,347 undi nyaris hilang wang deposit.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/salam20k-missing-person-dimana-wan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Umum Bantuan Banjir Rm10 Juta Buat Kedah

Pm Umum Bantuan Banjir Rm10 Juta Buat Kedah

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 359 hits
bharian com myOleh September 21 2024 12 31pmPekerja kedai makan menyediakan makanan percuma kepada penduduk terjejas banjir di sekitar Kampung Suka Menanti Alor Setar hari ini FOTO BERNAMAALOR SETAR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peru...
Di Mana Sanusi Mb Lato Lato Kedah Pmx Turun Kedah Bantu Mangsa Banjir

Di Mana Sanusi Mb Lato Lato Kedah Pmx Turun Kedah Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 489 hits
Banjir semakin buruk di Kedah ketika Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berada di Jepun dengan jumlah mangsa semakin bertambah di 42 pusat pemindahan sementara Namun pagi ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaku...
Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Kepada 8 022 Orang Setakat 4 Petang

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Kepada 8 022 Orang Setakat 4 Petang

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 221 hits
BernamaJumlah mangsa banjir di Kedah terus mencatatkan peningkatan setakat 4 petang tadi sementara mangsa banjir di Selangor ekoran fenomena air laut pasang besar telah dibenarkan pulang ke rumah masing masing Menurut laporan Info Bencana J...
Banjir Di Kedah Makin Buruk Mangsa Lebih 9 000

Banjir Di Kedah Makin Buruk Mangsa Lebih 9 000

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 237 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Fenomena air pasang besar hujan lebat serta tiga sungai utama melepasi paras bahaya menyebabkan jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 9 058 orang membabitkan 2 962 keluarga setakat 7 30 pagi tadi Ma...
Kerajaan Kedah Ni Tak Lama Sebab Najib Dulu Pun Macam Tu Juga Pas Banjir Dia Baru Balik Main Golf Dengan Barrack Obama

Kerajaan Kedah Ni Tak Lama Sebab Najib Dulu Pun Macam Tu Juga Pas Banjir Dia Baru Balik Main Golf Dengan Barrack Obama

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 281 hits
Melancong ke luar negara sewaktu banjir besar melanda negeri mereka berguru dengan Najib dan Rosmah ke nim 1 MB Tganu2 MB Kedah
Yadim Kedah Bagi Sumbangan Mangsa Banjir

Yadim Kedah Bagi Sumbangan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 194 hits
BAGI Penduduk Kampung Padang Luar Kubang Pasu Kedah bencana banjir pada tahun 2024 akan sentiasa diingati Masakan tidak kurang tiga hari pulang dari Pusat Pemindahan Sementara mereka terpaksa berpindah semula apabila banjir datang buat kali...
Pejabat Mb Nafi Dakwaan Sanusi Pergi Bercuti Ketika Kedah Dilanda Banjir

Pejabat Mb Nafi Dakwaan Sanusi Pergi Bercuti Ketika Kedah Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 200 hits
Betul beliau di luar negara tapi Pejabat MB Kedah jawab dakwaan Sanusi bercuti ketika banjirSITI NUR ZAWANIPejabat Menteri Besar Kedah menafikan dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedang bercuti di luar negara bersama isteri dalam ke...
Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Radiohead Let Down Chord

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka

Monolog Jiwa Kredit Tiktok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

Art Berat By Sofea 003

Personal Brand Gen Z Kunci Income Jangka Panjang

Laings Uk Laing The Jeweller Limited Companies House Gov Uk

Cara Pilih Headphone Noise Cancelling Terbaik Untuk Muzik Kerja

Stok Seafood Untuk Seminggu