Ramai Isteri Yang Trauma Selepas Bersalin Ini Beberapa Kesan Trauma Yang Akan Timbul


Proses melahirkan bayi bukanlah perkara yang mudah dan ada kalanya ia boleh menyebabkan trauma selepas bersalin. Anda tidak bersendirian dalam situasi ini dan berikut dikongsikan cara untuk mengatasinya. Semoga bermanfaat.

Trauma selepas bersalin
Birth trauma adalah kesukaran yang dialami ibu semasa atau selepas proses melahirkan bayi. Walaupun trauma boleh bersifat fizikal, namun selalunya ia dikaitkan dengan emosi dan psikologi.
Ia bukan sekadar merujuk apa yang berlaku semasa atau setelah melahirkan. Tetapi turut berkaitan, bagaimana anda sebagai ibu mudah berasa tersinggung selepas itu.
Kesan trauma ini boleh muncul dan berterusan untuk beberapa tempoh selepas beranak.
Kesan trauma adalah berbeza bagi setiap ibu bapa. Antara isu yang boleh timbul adalah:
Rendah diri Rasa bersalah Berasa gagal atau tidak beri secukupnya Sukar menjalinkan hubungan dengan bayi Masalah rumah tangga Kegelisahan Kemurungan selepas bersalin Takut mengandung atau melalui proses melahirkan bayi Birth Trauma Association (BTA) mendefinisikan trauma kelahiran sebagai istilah pendek untuk gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).
Antara gejalanya:
Teringat pengalaman lepas Mimpi ngeri mengenai pengalaman lepas Gambaran atau sensasi berulang yang menekankan Sensasi fizikal seperti sakit, berpeluh, berasa loya atau gementar Pemikiran negatif berkaitan pengalaman yang berterusan Berusaha untuk mematikan emosi dan mengalihkan perhatian diri daripada memikirkan apa yang berlaku Mengelakkan tempat, individu atau perkara lain yang mengingatkan kepada peristiwa traumatik Mengatasi trauma kesan proses melahirkan bayi
Memulihkan diri daripada trauma selepas bersalin akan mengambil masa. Berikut antara petua dan strategi dapat membantu memulihkan diri ibu daripada pengalaman kelahiran yang sukar itu:
1. Berlembut dengan diri sendiri
Walaupun pengalaman bersalin anda tidak seperti yang diharapkan, namun itu tidak menggambarkan anda sebagai individu mahupun ibu bapa yang gagal. Segala rasa bersalah, kesedihan atau kesukaran berhubungan dengan bayi yang mungkin anda alami dapat difahami sebagai kesan trauma selepas bersalin.
Berbanggalah kerana berjaya mengharungi proses itu dan kesusahan kesan daripada pengalaman itu adalah wajar. Cuma anda perlu mengakui bahawa diri memerlukan sokongan pada masa ini.
2. Dapatkan sokongan praktikal
Sekiranya boleh, dapatkan bantuan penjagaan bayi sebaik sahaja pulang ke rumah. Pasangan, ahli keluarga dan/atau rakan boleh memainkan peranan penting dalam menyelesaikan tugasan harian yang mungkin sukar. Ini terutamanya jika anda mengalami trauma fizikal atau sedang pulih daripada prosedur pembedahan caesarean.

3. Cari & terima sokongan emosi
Dapatkan sokongan daripada individu sekitar yang bersikap empati dan dapat menjaga keperluan diri anda.
4. Terima perasaan anda terhadap bayi
Menjaga bayi yang mempunyai kaitan dengan trauma selepas bersalin boleh mencetuskan kesukaran. Dalam situasi ini, anda mungkin berasa jauh atau mempunyai perasaan negatif terhadap bayi.
Berikan masa kepada diri untuk menerima segala yang berlaku. Dalam masa yang sama, cuba untuk singkirkan tekanan daripada diri. Percayalah bahawa secara beransur-ansur perasaan anda kepada si manja akan berubah dan menjadi lebih positif seiring peredaran masa.
5. Meluahkan
Sekiranya berasa tekanan yang berterusan, luahkan kepada individu dipercayai mengenai pengalaman anda. Jangan hanya memendam dan berharap perasaan itu akan hilang dengan sendirinya.
Walaupun sukar untuk mengingati dan menceritakan kembali pengalaman itu, namun melalui proses ini, ia dapat membantu:
Beri lebih banyak maklumat tentang dan bagaimana perkara itu berlaku Beri peluang untuk mengekspresikan diri serta pengalaman didengari dan diakui Mewujudkan rasa lega Mengurangkan kemungkinan untuk teringat kembali pengalaman tersebut dalam fikiran Mengurangkan kemungkinan anda terus membawa perasaan tidak menyenangkan dalam diri Anda boleh memilih untuk meluahkannya kepada pasangan, ahli keluarga atau rakan baik. Sebagai alternatif, perbincangan ini juga boleh dilakukan bersama pakar perubatan yang anda selesa untuk bercerita sama ada di wad atau hospital.
6. Pertimbangkan kesannya terhadap hubungan
Trauma daripada proses melahirkan bayi ini juga boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan anda, terutamanya jika pasangan juga mengalaminya. Kesan daripada trauma berkemungkinan boleh menimbulkan kekeliruan, menjarakkan hubungan antara pasangan dan tanpa sedar boleh mencetuskan kembali peristiwa tersebut.
Kaunseling hubungan dapat membantu dalam situasi seperti ini. Ia membantu pasangan memahami dan belajar bagaimana bertindak balas dengan penuh perhatian dan sokongan.
7. Dapatkan perincian tentang apa yang berlaku
Ini dapat memberikan gambaran mengenai intervensi yang digunakan dan mengapa ia berlaku. Walaupun ia mungkin menyakitkan untuk anda teringat kembali pengalaman melahirkan dahulu, namun dengan memperincikan keadaan yang membuatkan rasa trauma anda itu akhirnya boleh membuat anda lega.
Ia boleh dilakukan dengan bercakap bersama bidan atau pakar obstetrik anda.
8. Berikan diri masa
Normal untuk ibu bapa yang trauma membuat kesimpulan bahawa mereka tidak mahukan zuriat lain. Namun, seiring masa berlalu dan keyakinan diri kembali hadir, pastinya wujud kesediaan untuk menimang cahaya mata sekali lagi.
Semoga perkongsian ini membantu anda menghilangkan rasa trauma kelahiran.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Ramai Isteri Yang Trauma Selepas Bersalin, Ini Beberapa Kesan Trauma Yang Akan Timbul! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ramai-isteri-yang-trauma-selepas-bersalin-ini-beberapa-kesan-trauma-yang-akan-timbul/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tambah Lagi Geng Ibu Isteri Nubhan Bersalin Anak Ke 3 Secara Indius

Tambah Lagi Geng Ibu Isteri Nubhan Bersalin Anak Ke 3 Secara Indius

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 234 hits
Alhamdulillah bertambah seorang lagi ahli baru dalam keluarga Pastinya perasaan syukur dan teruja itu diluahkan penyanyi Nubhan apabila isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan anak ketiga pada Rabu lalu Bayi perempuan seberat ...
Selepas Dibenar P0ligami Isteri Dedah Sikap Khalid Samad Ketika Di Rumah Bersama Anak2

Selepas Dibenar P0ligami Isteri Dedah Sikap Khalid Samad Ketika Di Rumah Bersama Anak2

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 582 hits
Isteri Khalid Samad Dr Zaitun Abu Bakar berkata dia reda dengan tindakan suaminya yang juga ahli parlimen Shah Alam untuk berkahwin lain
Bekas Isteri Fizo Omar Mawar Karim Teruk Diserang Ini Respond Fizo Omar Selepas Baru Dapat Tahu Perkara Itu

Bekas Isteri Fizo Omar Mawar Karim Teruk Diserang Ini Respond Fizo Omar Selepas Baru Dapat Tahu Perkara Itu

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 623 hits
Pelakon Fizo Omar simpati atas nasib yang menimpa bekas isterinya Mawar Karim yang dikecam teruk oleh netizen gara gara berkongsi luahan hatinya mengenai anak mereka Wan
Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika Hamil

Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 260 hits
Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika HamilRambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika Hamil Masalah keguguran rambut boleh menyebabkan botak bengkak dan gumpalan rambut gugur Rambut yang lebih panjang masalah kegugura...
Ibu Buta Selepas Bersalin

Ibu Buta Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 198 hits
Oleh Che Mas bersama anak anaknya di rumah mereka di Penambang Hilir Kota Bharu Foto NSTP Hazira Ahmad Zaidi KOTA BHARU Seorang warga emas dari Kampung Kampung Bunga Mas Penambang Hilir di sini menjadi buta selepas melahirkan anak bongsunya...
Jangan Nafikan Kesan Mudarat Selepas Dos Penggalak Mufti Perlis

Jangan Nafikan Kesan Mudarat Selepas Dos Penggalak Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 161 hits
Jangan nafikan kesan mudarat selepas dos penggalak Mufti Perlis Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pihak berkuasa tidak seharusnya menafikan kesan mudarat serius yang menimpa orang ramai susulan mengambil suntikan penggalak vak...
Remaja Hilang Selepas Kencing Di Kawasan Semak Pada Jam 10 Malam

Remaja Hilang Selepas Kencing Di Kawasan Semak Pada Jam 10 Malam

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 310 hits
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun disyaki hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak di Kampung Pasir Linggi pada malam kelmarin Difahamkan mangsa Muhammad Iznun Al Azim Mahadi 13 pelajar SMK Laloh Kuala Krai keluar dari rumah ...
Lelaki Hilang Dalam Hutan Selepas Terkejut Lihat Polis

Lelaki Hilang Dalam Hutan Selepas Terkejut Lihat Polis

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 317 hits
Seramai 44 anggota pasukan mencari lelaki yang dipercayai tersesat di dalam hutan selepas terkejut melihat rondaan polis di Kampung Nelayan Tok Bali Pasir Puteh FOTO IHSAN PEMBACAPasir Puteh Akibat terkejut melihat rondaan polis lelaki dipe...
Larikan Diri Selepas Ujian Covid 19 Okt Ditahan Semula Polis

Larikan Diri Selepas Ujian Covid 19 Okt Ditahan Semula Polis

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 241 hits
Tangkap layar daripada video tular menunjukkan seorang OKT berbaju dan berseluar ungu melarikan diri ketika urusan menaikkan sekumpulan OKT ke lori polis selepas ujian saringan Covid 19 di Klinik Kesihatan Beranang KUALA LUMPUR Seorang oran...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025