Ramai Graduan Bekerja Di Bawah Potensi Sebenar


PANDEMIK melumpuhkan banyak sektor dalam negeri sehingga pasaran buruh kini berdepan cabaran untuk terus berdaya saing bagi menyokong pertumbuhan ekonomi susulan penularan Covid-19.
Pelbagai isu sampingan yang berkait rapat dengan pengangguran, pelbagai isu struktur dan cabaran jangka pendek perlu ditangani, termasuk peningkatan berterusan kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran sejak suku ketiga 2020.

Isu struktur ini boleh dikaitkan dengan kekurangan permintaan buruh dalam kategori pekerjaan mahir. Ini menunjukkan bahawa industri berdepan kekangan untuk menyerap penawaran buruh yang berpendidikan tertiari bagi mendapatkan pekerjaan yang setara dengan latar belakang pendidikan mereka.

Menurut statistik, pasaran buruh negara mula menunjukkan tren pemulihan dengan kadar pengangguran yang lebih rendah, iaitu 4.3 peratus pada Oktober tahun ini dan bilangan penganggur seramai 705,000 orang

Walupun statistik menunjukkan angka pengangguran terendah sejak Mac 2020, namun ia masih melebihi kedudukan sebelum pandemik, iaitu sekitar 500,000 penganggur dan kadar pengangguran sekitar 3.3 peratus, kadar ini membimbangkan kerana lebih ramai graduan muda bakal berdepan dengan penganguran. Menurut sebaran Statistik Siswazah 2020, lebih ramai siswazah dalam guna tenaga tidak penuh dan siswazah menganggur meningkat ketara sebanyak 22.5 peratus pada 2020 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan

Laporan ini memperihal keseluruhan penawaran buruh siswazah pada 2020 mengikut ciri-ciri demografi dan sosioekonomi. Siswazah dalam laporan ini ditakrifkan sebagai individu yang memperoleh sijil tertinggi daripada universiti, kolej, politeknik, badan yang diiktiraf atau setaraf, dengan tempoh pengajian sekurang-kurangnya dua tahun

Menurut kajian, Institute for Research & Development of Policy (IRDP), universiti dan kolej di Malaysia menghasilkan lebih daripada 200,000 graduan tempatan dengan kelayakan diploma dan ijazah sarjana muda setiap tahun. Namun, mereka yang memasuki pasaran pekerjaan akan ditawarkan dengan gaji yang sangat rendah

Walau bagaimanapun, mereka tidak mempunyai pilihan selain menerima tawaran tersebut supaya mereka tidak akan menganggur. Pada masa yang sama, kadar pengangguran dalam kalangan belia juga agak tinggi, iaitu pada kadar 10.8% pada tahun 2018. Isu di atas berlaku disebabkan ketidaksepadanan antara bekalan buruh dengan permintaan terhadap tenaga kerja di pasaran

Terdapat kekurangan penciptaan pekerjaan, terutamanya pekerjaan berkemahiran tinggi yang sesuai dengan kelayakan siswazah muda ini. Ini telah menyebabkan ramai graduan muda yang menganggur di Malaysia, dan lebih utama mengakibatkan ramai yang bekerja di bawah potensi sebenar

Malangnya, kerajaan tidak menerbitkan sebarang statistik mengenai pekerjaan di bawah kapasiti sebenar (underemployment) di Malaysia.”Peningkatan guna tenaga dalam kategori ini yang mampu dan mahu menerima masa kerja yang lebih banyak juga boleh dikaitkan dengan peralihan kepada situasi pekerjaan fleksibel dari segi masa dan lokasi tempat bekerja

Antara golongan yang lazimnya berada dalam kategori ini adalah guna tenaga informal dan pekerja ekonomi lejang (gig economy) yang sinonim dengan bentuk pekerjaan tidak berstruktur. Pada tahun 2020, pendapatan purata isi rumah di Malaysia merosot 10.3 peratus berikutan penurunan dalam pendapatan pekerja bergaji dan bekerja sendiri yang menjadi punca utama bagi pendapatan isi rumah keseluruhan

Campur tangan langsung kerajaan diperlukan untuk mengatasi masalah ini yang akan menjejaskan usaha dalam meningkatkan daya saing ekonomi kita untuk jangka masa panjang. Bagi menangani isu struktural ini, penulis mengesyorkan tiga cadangan dasar iaitu; meningkatkan kebolehpasaran graduan yang dihasilkan oleh universiti tempatan serta memberi ruang kepada pihak kerajaan bertindak sebagai majikan sementara untuk graduan menganggur. Ini membolehkan mereka dilatih dan dipertingkatkan kemahiran dalam bidang yang mampan dan mempunyai masa hadapan; dan kerjasama sektor awam dan swasta untuk memastikan pekerja dibayar gaji yang setanding dengan kos sara hidup

Belia khususnya graduan muda, adalah salah satu tulang belakang utama untuk pembangunan negara. Belia dalam usia perdana mereka akan menjadi salah satu penyumbang utama kepada aktiviti ekonomi. Bagaimanapun, tanpa campur tangan yang tepat oleh kerajaan untuk menangani masalah pengangguran belia dan bekerja di bawah kemampuan sebenar, potensi besar generasi muda akan menjadi sia-sia

Masalah tahap pendapatan yang rendah dalam kalangan belia hanya akan bertambah buruk jika digabungkan dengan isu-isu ekonomi lain yang juga dihadapi warga belia seperti Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kenaikan harga hartanah, peningkatan kos sara hidup, keperluan membeli kereta kerana akses terhad pengangkutan awam dan peningkatan kos penjagaan kanak-kanak. Adalah selamat untuk mengatakan bahawa salah satu daripada penyelesaian utama untuk menangani peningkatan kos ini adalah dengan meningkatkan tahap pendapatan rakyat, terutamanya warga graduan muda

Pada masa sama, kerajaan perlu melihat kembali dasar pengambilan pekerja asing dalam negara. Memandangkan negara menghadapi pelbagai masalah akibat penularan Covid-19, penting supaya sektor pekerjaan dalam negara termasuk sektor 3D (kotor, susah, dan bahaya) diberikan keutamaan kepada warga tempatan bagi mengelak isu pengangguran membelenggu terutamanya dalam kalangan belia

Kerajaan mesti mengambil pendekatan proaktif untuk menangani masalah ini sebelum ia menjadi masalah yang lebih besar dan tidak dapat dikawal. Pelaburan untuk belia hari ini adalah pelaburan untuk masa depan negara. Sekali lagi Majlis Pekerjaan Negara adalah medan terbaik untuk menangani isu ini. - malaysiagazette.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/ramai-graduan-bekerja-di-bawah-potensi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cegah Omicron Kai Commuter Batasi Penumpang Di Bawah 50 Persen

Cegah Omicron Kai Commuter Batasi Penumpang Di Bawah 50 Persen

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 157 hits
PT KAI Commuter mengungkap sejumlah strategi untuk mengantisipasi penyebaran berbagai varian virus Covid 19 Termasuk jenis Omicron yang sudah terdeteksi di Indonesia pada beberapa waktu lalu
Bitcoin Bersedia Untuk Membentuk Bahagian Bawah Tempatan Dan Meneruskan Pergerakan Ke Atas

Bitcoin Bersedia Untuk Membentuk Bahagian Bawah Tempatan Dan Meneruskan Pergerakan Ke Atas

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 214 hits
Selepas penurunan impuls Bitcoin telah memulakan fasa penyatuan dan telah berdagang dalam julat 45k 50k selama lebih dari seminggu Pada masa yang sama tiada isyarat jelas mengenai pergerakan harga selanjutnya pada carta bagaimanapun analisi...
Potensi Penurunan Harga Usdchf 4hb Jan 2022

Potensi Penurunan Harga Usdchf 4hb Jan 2022

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 203 hits
Harga mematuhi rintangan garis arah aliran menurun menandakan momentum penurunan harga keseluruhan Kita boleh menjangkakan harga akan turun dari tahap Rintangan Pertama sejajar dengan anjakan Fibonacci 61 8 dan unjuran Fibonacci 127 2 ke ar...
Potensi Euro Dolar Dan Pound Pada Tahun 2022

Potensi Euro Dolar Dan Pound Pada Tahun 2022

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 382 hits
Minggu terakhir tahun yang akan datang telah berlalu dan dunia sedang bersiap untuk tahun baru Jumlah dagangan adalah rendah tiada acara penting dan penerbitan makroekonomi dirancang jadi euro tidak mempunyai sebab untuk meninggalkan julat ...
Emas Jatuh Di Bawah 1 800 Berikutan Isyarat Pembalikan Menurun Pada Hari Jumaat

Emas Jatuh Di Bawah 1 800 Berikutan Isyarat Pembalikan Menurun Pada Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 184 hits
Harga emas didagangkan sekitar 1 794 lebih rendah sedikit daripada ia berakhir pada hari Jumaat Dalam analisis terakhir kami kami menyebut bahawa kenaikan mendadak dalam harga tanpa sebarang penarikan semula harga mewajarkan pulangan harga ...
Pasangan Eur Usd Di Bawah Tekanan Besar

Pasangan Eur Usd Di Bawah Tekanan Besar

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 250 hits
Pasangan mata wang EUR USD didagangkan dalam warna merah semasa penulisan ekoran daripada Indeks Dolar telah berjaya melonjak lebih tinggi dalam beberapa jam terakhir Dalam jangka pendek pasangan itu masih terperangkap dalam corak julat lan...
Mohon Rumah Sewa Ppr Rm124 Untuk Golongan B40 Gaji Bawah Rm3 000 Boleh Mohon

Mohon Rumah Sewa Ppr Rm124 Untuk Golongan B40 Gaji Bawah Rm3 000 Boleh Mohon

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 348 hits
Tahukah anda bermula tahun lalu sehinggalah kini 2021 anda boleh untuk memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR MyHome dan rumah transit Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara...
Penampakan Microchip Berisi Sertifikat Vaksin Yang Bisa Ditanam Di Bawah Kulit

Penampakan Microchip Berisi Sertifikat Vaksin Yang Bisa Ditanam Di Bawah Kulit

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 172 hits
Penampakan Microchip Berisi Sertifikat Vaksin yang Bisa Ditanam di Bawah Kulit Perusahaan DSruptive Subdermals asal Swedia telah membuat microchip berisi data sertifikat vaksin Covid 19 yang dapat ditanam di bawah kulit Dengan pemasangan mi...
Ethereum Pulih Melebihi 4k Dan Menyediakan Peralihan Kepada Versi 2 0 Adakah Terdapat Peluang Untuk Membeli Di Bawah 4k

Ethereum Pulih Melebihi 4k Dan Menyediakan Peralihan Kepada Versi 2 0 Adakah Terdapat Peluang Untuk Membeli Di Bawah 4k

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 273 hits
Ethereum mengikuti Bitcoin membuat lonjakan menaik yang impulsif dan pulih di atas kawasan rintangan 4k yang ketara Di satu pihak ini membuktikan kestabilan kedudukan semasa eter tetapi sebaliknya ia tidak mengecualikan kemungkinan penuruna...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok