Mohon Rumah Sewa Ppr Rm124 Untuk Golongan B40 Gaji Bawah Rm3 000 Boleh Mohon


  


Tahukah anda bermula tahun lalu sehinggalah kini 2021, anda boleh untuk memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit. Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara.
TEDUH merupakan sebuah portal yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan fungsi carian berkenaan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

Salah satu modul dalam portal TEDUH ialah Sistem Pengerusan Perumahan Negara atau SPRN yang berfungsi sebagai pintu 'one-stop centre' bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.
Kami kongsikan kepada anda maklumat tentang permohonan rumah ini.
Pendaftaran Atas Talian SPRN1) Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my/
2) Klik “Daftar Akaun”
3) Kemudian masukkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel yang digunakan

4) Klik “Daftar” dan semak emel bagi tujuan pengesahan







Antara skim bantuan yang boleh anda mohon di bawah SPRN termasuklah:
Skim MyHomeSkim Rumah PPRSkim Rumah TransitSkim SPP
Cara MemohonUntuk makluman semua rakyat Malaysia, semua permohonan hendaklah dibuat secara online

KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima


Proses permohonan adalah seperti berikut:A. Daftar Akaun
1. Untuk pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi laman sesawang di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Seterusnya, klik butang daftar





B. Buat Pengesahan
1. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan
2. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda
3. Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik butang simpan

C. Log Masuk
Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut

D. Pilih Skim Perumahan
1. Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim
2. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’

E. Maklumat Pemohon
1. Klik pautan maklumat pemohon
2. Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau

F. Pilih Projek
Klik pautan Projek untuk memohon projek

G. Dokumen Sokongan
Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan

H. Pengesahan
Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan








Syarat KelayakanSyarat kelayakan berbeza bergantung kepada skim yang anda ingin mohon

Skim MyHomeContohnya bagi skim MyHome, kriteria pemohon yang ditetapkan oleh KPKT adalah:
Warganegara MalaysiaBerumur 21 tahun ke atasPembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAKPendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

Skim MyHome menyediakan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta

Antara dokumen sokongan untuk memohon MyHome ialah:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasanganSalinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiriSalinan surat pengesahan majikanSalinan penyata gaji terbaruSalinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatanSalinan surat pencen (Jika berkenaan)Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiranSalinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan
Skim Rumah PPR (Dimiliki & Disewa) Sewa Serendah RM124Manakala bagi rumah PPR (dimiliki) yang dijual pada harga RM35,000, syarat kelayakan seperti berikut:
Warganegara MalaysiaBerumur 18 tahun ke atasPendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulanPemohon belum memiliki rumahMengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan NegeriKerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak

Antara ciri-ciri rumah PPR dimiliki ialah:
Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkatKawasan pinggir bandar: Jenis rumah teresKeluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegiBinaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik AirTerdapat pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika, dan lain-lain.Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
Skim Rumah Transit (SPRN)Bagi rumah transit pula, anda mestilah memenuhi kriteria di bawah:Pemohon dan pasangan adalah warganegara MalaysiaPemohon telah berkahwinPemohon berumur antara 18 hingga 30 tahunPemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohonPemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohonPendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawahTiada rekod jenayah
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun

Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah

Skim SPPAkhir sekali skim SPP hanya untuk anda yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
Pemohon dan pasangan adalah warganegara MalaysiaBerumur 21 hingga 70 tahunBekerja dan mempunyai pendapatanBukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumahJumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulanMemiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri
Soalan LazimApakah fungsi TEDUH?Fungsi laman web TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia

Apakah skim perumahan yang ditawarkan SPRN?Antaranya skim MyHome, PPR (dimiliki & disewa), Rumah Transit dan skim SPP

Berapakah kadar sewaan rumah PPR?RM124 sebulan

Berapakah kadar sewaan rumah transit?RM250 sebulan

Berapakah had pinjaman skim SPP?RM60,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun

Maklumat LanjutUntuk maklumat lanjut, anda boleh melayari portal https://teduh.kpkt.gov.myTel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200Emel: [email protected]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2021/12/mohon-rumah-sewa-ppr-rm124-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Online Rumah Mampu Milik Golongan B40 2021

Permohonan Online Rumah Mampu Milik Golongan B40 2021

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 340 hits
Tahukah anda bermula tahun lalu sehinggalah kini 2021 anda boleh untuk memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR MyHome dan rumah transit Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara...
Permohonan Bantuan Rm480 Suri Rumah B40 2021

Permohonan Bantuan Rm480 Suri Rumah B40 2021

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 414 hits
Permohonan untuk Suri Rumah terima insentif RM480 Setahun Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i Suri i Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktira...
Jual Aiskrim Parttime Pun Boleh Dapat Rm2 000 Sebulan

Jual Aiskrim Parttime Pun Boleh Dapat Rm2 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 324 hits
Betul Zaman sekarang ni jual aiskrim secara parttime pun boleh jana antara RM2 000 hingga RM5 000 sebulan Kalau usaha lebih lagi insyallah boleh dapat lebih daripada tu Buat part time ni maksudnya hanya menjual pada hari Sabtu Ahad sahaja t...
Champagne Saudi Bagaimana Untuk Membuat Champagne Saudi Yang Lazat Boleh Cuba Sendiri Di Rumah

Champagne Saudi Bagaimana Untuk Membuat Champagne Saudi Yang Lazat Boleh Cuba Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 270 hits
Mendengar saja perkataan Champagne minuman beralkohol dan sesuatu yang haram pastinya muncul di fikiran seseorang Islam selepas mendengar perkataan champagne yang dilarang sama sekali dalam Islam Champagne Saudi ini sebenarnya adalah minuma...
Rm3 000 Flight Ticket Does Not Deter Sarawakian From Casting Vote

Rm3 000 Flight Ticket Does Not Deter Sarawakian From Casting Vote

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 174 hits
Norman Goh shows his inked finger after voting for his chosen Kota Sentosa candidate this morning KUCHING Although a low voter turnout is expected in today s Sarawak state elections due to Covid 19 concerns and costly flight tickets some ou...
Bida Aset Sajat Rm132 000 Lelaki Bakal Dapat Barang Dapur Set Bilik Tidur

Bida Aset Sajat Rm132 000 Lelaki Bakal Dapat Barang Dapur Set Bilik Tidur

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 269 hits
Proses bidaan dilakukan di kediaman Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman PETALING JAYA Sebahagian barangan milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berjaya dibida seorang lelaki pada harga RM132 000 dalam satu pros...
Pelancong Terkedu Kena Bayar Ganti Rugi Jet Ski Rm5 000

Pelancong Terkedu Kena Bayar Ganti Rugi Jet Ski Rm5 000

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 320 hits
Oleh NUR AMALINA AZMAN TANGKAP layar hantaran pengguna Facebook Dla Afindi di Langkawi Hari Ini berkaitan isu bayaran ganti rugi selepas jetski terbalik kerana dipukul ombak LANGKAWI Seorang pelancong yang menggunakan perkhidmatan jet ski d...
Yogyakarta Miliki Stok Sinovac 31 000 Dosis Untuk Vaksinasi Anak

Yogyakarta Miliki Stok Sinovac 31 000 Dosis Untuk Vaksinasi Anak

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 172 hits
Ia memastikan tanggal kedaluwarsa untuk vaksin Sinovac yang dimiliki Kota Yogyakarta masih cukup lama
Deposit Rm5 000 Untuk Sertai Lelongan Barang Sajat

Deposit Rm5 000 Untuk Sertai Lelongan Barang Sajat

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 164 hits
Deposit RM5 000 untuk sertai lelongan barang Sajat Individu yang ingin menyertai proses lelongan barang dikehendaki meletakkan deposit wang tunai RM5 000 sebelum dibenarkan masuk ke rumah Proses pendaftaran barang lelongan berkenaan yang di...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti