Ramai Geram Lihat Reaksi Keluarga Jalan Melenggang Anak Hampir Dilanggar Video
Tangkap layar video memaparkan kejadian seorang kanak-kanak melintas jalan secara tiba-tiba sehingga hampir dilanggar oleh kenderaan lain.
PETALING JAYA – Setiap ibu bapa atau penjaga diingatkan untuk sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya ketika berada di kawasan tumpuan ramai temasuklah semasa melalui di laluan tepi jalan raya.
Semalam, tular sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak melintas jalan secara melulu sehingga hampir dilanggar oleh kenderaan lain yang melalui laluan tersebut.
Namun, menjadi perhatian ramai adalah gelagat ibu bapa kanak-kanak berkenaan dilihat seperti tidak memahami situasi yang berlaku.
Menerusi rakaman kamera papan kemuka (dashcam) sebuah kenderaan, mereka hanya berjalan secara santai menuju ke arah kanak-kanak terbabit dan langsung tidak meminta maaf kepada pengguna lain susulan kesalahan anaknya itu.
Meninjau ke ruangan komen video yang dikongsikan oleh Kosmo! Online di Facebook, rata-rata orang ramai marah dengan sikap kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut yang lalai mengawasi anak mereka sehingga mengundang bahaya.
“Selamba sahaja mak dia jeling ke kereta itu, tak minta maaf pun, yang salah dia tak reti jaga anak, bukan pemandu kereta, mana nak perasan kalau budak main lintas jalan macam itu,” komen Syahril.
“Mujur jumpa dengan orang sabar, kalau jumpa ayah aku ini, sampai berbuka dia maki mak ayah budak itu,” ujar seorang pengguna.
Ramai ibu bapa macam ini, tak nak pegang tangan anak bila berjalan, lagi-lagi ikut laluan jalan raya,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta (Video)
GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36%
Aizat, Elyssa Bahagia Jalin Cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa
Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail
Ceti Haram Salah Alamat
Syamsul Debat, Dusuki dilarang ceramah di Selangor?
Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel
Nelayan Rusia temui anak naga
Zamani Slam goyang jadi juri
Pemandu Kurier Lesap Hantar Beg Louis Vuitton Harga RM6.5k
Geng YakYakYeh, dulu plastik hitam kini beg hitam!
Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara
Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia
‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan
The post Ramai geram lihat reaksi keluarga jalan melenggang, anak hampir dilanggar [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/10/ramai-geram-lihat-reaksi-keluarga-jalan-melenggang-anak-hampir-dilanggar-video/