Ramadan On Wheels Serikan Petang Puasa


 Petugas Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu membuat hebahan pamatuhan arahan PKP menggunakan unit bergerak.
KUALA TERENGGANU, 28 April- Jabatan Penerangan (Japen)Negeri Terengganu menggunakan pendekatan baharu secara kreatif dan inovasif melalui program ‘Ramadan On Wheels’ (ROW) bagi menyampaikan  tazkirah Ramadan  bermula fasa keempat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

ROW adalah sambungan daripada program `Info On Wheels’ (IOW)  iaitu hebahan melalui pembesar suara menggunakan kenderaan jabatan atau unit bergerak dengan menjelajah ke seluruh kawasan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai isu semasa dan terkini tentang pematuhan PKP.

Pengarah Japen Negeri Terengganu, Azahar Ismail berkata, khusus untuk bulan puasa kali ini, pihaknya turut menyediakan audio tazkirah Ramadan selain masih mengekalkan hebahan agar orang ramai sentiasa mematuhi PKP.

Azahar Ismail

Katanya, audio tazkirah itu disediakan oleh Ibu Pejabat Japen Malaysia, Putra Jaya dan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu berkisar kepada kelebihan bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan.

`Unit bergerak ini akan berada di kawasan penempatan seperti taman perumahan, rumah pangsa dan kampung bermula jam 5 petang setiap hari sehingga PKP fasa empat tamat kecuali hari cuti.

"Kita ambil kesempatan tersebut apabila sambutan pada kali ini amat berbeza berikutan negara dilanda pandemik Covid-19 yang membataskan pergerakan serta tidak lagi dibenarkan menganjurkan majlis iftar dan berterawih secara berjemaah," ujarnya.

Sempena program itu, Japen Negeri Terengganu turut menyediakan bungkusan juadah berbuka puasa kepada wakil penduduk untuk diagihkan kepada penduduk kampung terutama mereka yang terkesan dengan arahan PKP.

Azahar menambah,  jabatannya telah melaksanakan sebanyak 5318 hebahan di seluruh negeri membabitkan 2005 kawasan bermula fasa pertama PKP hingga ke fasa ketiga.

Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Ros Naini Arshad menyampaikan juadah berbuka puasa kepada wakil penduduk, Hanafiah Ismail.

Katanya, pada ketiga-tiga fasa itu, pihaknya meminta orang ramai agar mematuhi PKP selain sentiasa berhati hati dengan berita palsu yang tular dalam media sosial.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Ros Naini Arshad berkata, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu memulakan program ROW fasa keempat di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu semalam.

Katanya, unit bergerak membuat hebahan agar orang ramai mematuhi arahan PKP dengan mengelilingi kampung dan berhenti di hadapan pasar mini bagi memperdengarkan tazkirah Ramadan.

Beliau berkata, secara tidak langsung, program ROW dapat menghidupkan suasana Ramadan selain menyebarkan maklumat mengenai pematuhan PKP.

Wakil penduduk Kampung Gong Baru, Hanafiah Ismail pula berkata, tindakan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu dengan menggunakan unit bergerak untuk menyampaikan tazikrah amat dialu-alukan kerana pihak masjid tidak dibenarkan mengadakan akitiviti sepanjang perintah PKP ini.

`Dengan adanya tazkirah yang didengarkan oleh Pejabat Penerangan, sekurang-kurang orang ramai dapat merasai suasana Ramadan walaupun negara sedang dilanda pandemik Covid-19," katanya.



Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/04/ramadan-on-wheels-serikan-petang-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Juadah Berbuka Puasa 2 Ramadan 1441h

Juadah Berbuka Puasa 2 Ramadan 1441h

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 662 hits
Menu berbuka hari kedua 25 4 2020 Ummi kalut juai KASWI PUDING KARAMEL KEK COKLAT CHEESE KEK PANDAN CHEESE LELEH Pepagi siapkan menu berkuah duluan AYAM MASAK LEMAK CILI PADI peberet Raniaku sayang kemarin dia tengok je ummi siapkan lauk te...
Berbuka Puasa Menang Bufet Ramadan Al Kareem 2020 House Of Smoke And Grill Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Berbuka Puasa Menang Bufet Ramadan Al Kareem 2020 House Of Smoke And Grill Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 505 hits
Setiap tahun pada bulan Ramadan menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga di Grand BlueWave Hotel Shah Alam merupakan salah satu saat yang paling dinantikan Hidangan bufet yang disediakan pada tahun ini lebih 100 jenis hidangan tempat...
Resmi Jadi Mualaf 5 Sosok Ini Jalani Puasa Ramadan Perdana Di Tahun 2020 Semoga Berkah

Resmi Jadi Mualaf 5 Sosok Ini Jalani Puasa Ramadan Perdana Di Tahun 2020 Semoga Berkah

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 383 hits
Semoga pengalaman pertama menahan lapar dan hawa nafsu ini semakin membuat mereka dekat dengan Allah SWT ya Aamiin
50 Soal Jawab Berkenaan Puasa Di Bulan Ramadan

50 Soal Jawab Berkenaan Puasa Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 985 hits
Soal jawab di bawah adalah koleksi dari beberapa laman web seperti Semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian Soalan 1 Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa Jawapan Sengaja bersugi atau memberus gigi d...
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia Ramadhan Malaysia Puasa

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia Ramadhan Malaysia Puasa

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 860 hits
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN YANG MULIA Gunakan peluang Ramadan kali ini untuk beribadah bersama keluarga di rumah Terus patuhi PKP dan amalkan langkah langkah pencegahan sebaiknya bagi mencegah penularan wabak COVID19 KitaMestiMenang St...
Daftar Negara Dengan Durasi Puasa Ramadan Terpanjang Dan Terpendek Di Dunia Tahun 2020

Daftar Negara Dengan Durasi Puasa Ramadan Terpanjang Dan Terpendek Di Dunia Tahun 2020

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 306 hits
Duh nggak bisa bayangin deh yang harus puasa 20 jam per hari Berat banget pastinya ya
Lara Alana Semangat Sambut Ramadan Walau Tak Sahur Berjaya Puasa Setengah Hari Tahniah Lara

Lara Alana Semangat Sambut Ramadan Walau Tak Sahur Berjaya Puasa Setengah Hari Tahniah Lara

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 799 hits
Ramadan sudah masuk hari keenam hari ini Bagi ibu ibu yang mempunyai anak yang masih kecil tentu ada yang tengah ajar anak anak untuk berpuasa seperti apa yang dilakukan oleh pelakon Scha Alyahya yang mana dia sempat berkongsi gelagat Lara ...
Tragedi Ramadan Bayi 6 Bulan Maut Kereta Dipandu Bapa Terbabas Selepas Berbuka Puasa

Tragedi Ramadan Bayi 6 Bulan Maut Kereta Dipandu Bapa Terbabas Selepas Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 366 hits
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta yang dipandu bapanya terbabas di KM4 Jalan Bota Kiri Tanjung Belanja berhampiran Tanjung Aur Bota Perak Nahas sekitar jam 8 15 malam itu menyebabkan mangsa Afham Faiq Azrul Amir men...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya

Continuous Learning

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

2 Minute Microwave Onsen Tamago