Ramadan Dah Berakhir Tapi Terlupa Bayar Zakat Fitrah Apa Yang Perlu Anda Buat


Esok adalah hari terakhir dalam bulan Ramadan untuk tahun ini.
Anda sudah bayar zakat fitrah? Kalau ya, Alhamdulillah. Syukur.
Tapi kalau belum, macamana?
Macamana pula kalau tak sempat langsung nak bayar sampai habis Ramadan dan masuk Syawal?
Persoalan ini pernah ditulis oleh Lembaga Zakat Selangor yang dikongsikan semula melalui halaman Facebook JAKIM.
Mari baca perbahasan tersebut.

Berikut adalah jawapan kepada persoalan di atas.
Jawapan:
Zakat fitrah amat besar kesannya dalam kehidupan kita, khususnya memenuhi keperluan jiwa seseorang yang berpuasa.
Ibnu Abbas menyatakan:
“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah (dengan tujuan) untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tiada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberi makanan kepada orang miskin.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Cuba lihat, apabila kita berpuasa, maka kita diwajibkan menahan makan dan minum selama berjam-jam. Maka kita dapat merasai sendiri betapa peritnya orang-orang fakir dan miskin menahan lapar.
Maka, zakat fitrah yang difardukan adalah pelengkap kepada puasa tersebut. Ini kerana, andai kita insaf betapa deritanya para fakir miskin, maka berkongsilah sedikit harta dengan mereka agar terangkat sedikit derita. Inilah roh zakat fitrah di sisi Ramadan.
Atas dasar itulah, dalam perbahasan fiqh, zakat fitrah itu boleh dilunasi lebih awal daripada waktu wajibnya.
Bahagian waktu yang ditetapkan Memanglah masa wajib zakat fitrah, adalah selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan dan sebelum mendirikan solat aidilfitri, itulah waktu yang paling utama di sisi Allah; namun tidak pula menjadi kesalahan andai kita bertindak menyegerakannya.
Maka, dalam hal ini para fuqaha telah membahagikan waktu menunaikan zakat fitrah kepada empat fasa, iaitu fasa harus bermula satu Ramadan, fasa wajib bermula terbenamnya matahari sehingga terdirinya solat sunat aidilfitri, fasa makruh selepas mendirikan solat aidilfitri dan fasa haram selepas terbenamnya matahari satu Syawal, yakni masuknya dua Syawal (Rujuk buku Zakat Terapi Kekayaan, hal. 395).

Jadi, bagaimana jika terlupa? Andai kata saudara sudah terlupa, dan hanya teringat selepas terbenamnya matahari satu Syawal, maka kala itu saudara sudahpun melewati waktunya dan pastilah hukumnya haram dan berdosa.
Samalah orang yang melewatkan solat fardu sehingga melewati batas waktunya tanpa uzur, maka jelaslah berdosa orang berkenaan.
Namun, itu tidak bermakna saudara tidak wajib mengqadakannya.
Dalam hal ini, saudara hendaklah dengan segera mengeluarkan zakat fitrah tersebut, walaupun sudah masuk waktu haram.
Kala itu, zakat fitrah saudara sudah dianggap sebagai qada di sisi Allah SWT.
Agihan zakat dapat dilakukan dengan berkesan kepada asnaf jika bayaran zakat diserahkan kepada para amil yang dilantik.
Hikmah syara’ Inilah keindahan Islam, ibadat yang dianjurkan kepada kita adalah satu bentuk disiplin yang jika ditaati mampu membentuk keperibadian dan akhlak yang cantik di sisi manusia, apatah lagi di sisi Allah SWT.
Ini kerana, setiap amalan ada batas waktunya yang tersendiri, sama ada solat, zakat, puasa dan haji.
Kita wajib solat bila masuk waktunya, wajib zakat bila sampai tempoh haulnya, wajib puasa hanya pada Ramadan sahaja dan wajib haji hanya pada musim haji sahaja.
Kita tidak boleh menukarkan waktunya, mengikut kalendar dan kehendak hati kita, dan inilah disiplin namanya.
Oleh itu, hendaklah saudara lebih berhati-hati pada hari muka.
Jangan sampai terlepas lagi waktu berzakat ini.
Bayangkan, andai saudara terlepas pesawat untuk terbang ke luar negara kerana kelalaian sendiri, sedangkan harga tiketnya ribuan ringgit, pasti sahaja saudara terasa betapa ruginya diri.

Demikianlah juga dalam hal ibadah, setiap kelalaian akan mengakibatkan kerugian.
Lebih malang jika kita tidak sempat pula menggantikannya, kerana ia kelak akan menjadi hutang di sisi Allah SWT.
Menurut fuqaha, hutang di akhirat hanya dapat dilunasi dengan pahala.
Maka, banyak manakah pahala kita untuk melunasinya. Andai pahala sudah habis, maka apa lagi modalnya.
Maka, qadalah amalan yang terhutang di dunia, demi mengelakkan hutan akhirat yang melanda.
Wallahua’lam.

Sumber: JAKIM via Lembaga Zakat Selangor


The post Ramadan Dah Berakhir Tapi Terlupa Bayar Zakat Fitrah, Apa Yang Perlu Anda Buat? appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/ramadan-dah-berakhir-tapi-terlupa-bayar-zakat-fitrah-apa-yang-perlu-anda-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Terlupa Niat Semasa Bayar Zakat Fitrah

Hukum Terlupa Niat Semasa Bayar Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 442 hits
Apakah hukum jika terlupa niat semasa bayar zakat fitrah Adakah zakat fitrah itu tidak sah Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Seorang yang telah ...
Siapakah Orang Yang Tidak Wajib Bayar Zakat Fitrah

Siapakah Orang Yang Tidak Wajib Bayar Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 566 hits
Siapakah orang yang tidak wajib bayar zakat fitrah Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Bagaimanakah keadaan seseorang itu dikatakan tidak wajib me...
Senarai Laman Web Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Malaysia

Senarai Laman Web Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 624 hits
Kali ini twitter Kewangan Graduan kongsikan pautan potal atau laman web bayar zakat online untuk negeri negeri di Malaysia Ini mungkin kali pertama kiita membayar Zakat Fitrah melalui portal selalunya bayar melalui Amil yang dilantik Sebab ...
Cepat Dan Selamat Cara Bayar Zakat Fitrah Guna Maybank2u

Cepat Dan Selamat Cara Bayar Zakat Fitrah Guna Maybank2u

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 539 hits
Membayar Zakat Fitrah adalah menjadi kewajipan bagi muslim lelaki dan perempun yang berkemampuan dengan syarat syarat yang telah ditentukan Namun begitu semenjak dunia dilanda wabak pandemik COVID 19 senario baru telah melanda dunia Kaedah ...
Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Lebih Mudah Dan Pantas

Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Lebih Mudah Dan Pantas

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 759 hits
Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Lebih Mudah Dan Pantas Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah Dengan izin dan kurniaMU hari ini kita sudah berada di hari ke 17 Ramadhan Alhamdulillah alhamdulillah Dah 17 Ramadhan ni anda dah tunaikan za...
Guna E Wallet Boost Bayar Zakat Fitrah Sungguh Mudah

Guna E Wallet Boost Bayar Zakat Fitrah Sungguh Mudah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 699 hits
Tahniah Tedi ucapkan kepada Boost kerana menyediakan kemudahan membayar zakat fitrah secara elektronik Kawan kawan tak kenal Boost Boost adalah aplikasi e wallet yang membolehkan kita membuat bayaran hanya menggunakan telefon pintar Ada beb...
Hukum Bayar Zakat Fitrah Menggunakan Beras Zakat

Hukum Bayar Zakat Fitrah Menggunakan Beras Zakat

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 381 hits
Hukum Bayar Zakat Fitrah Menggunakan Beras Zakat Bismillah afwan ustadz mau menanyakan misal kita dapat zakat berupa beras lalu beras itu kita gunakan lagi untuk membayar zakat apakah boleh Dari Sarah Jawaban Bismillah walhamdulillah was sh...
19 Ramadhan Zakat Fitrah

19 Ramadhan Zakat Fitrah

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 380 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Alhamdulillah selesai satu lagi kewajipan kita sebagai umat Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini iaitu membayar zakat fitrah bagi yang berkemampuanKK baru saja bayar zakat sekali dengan mak ayah dan a...
Bayar Zakat Pendapatan

Bayar Zakat Pendapatan

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 442 hits
Saya tertarik dengan pandangan seorang pakar kewangan tersohor Pernah tak kita terfikir kenapa duit atau gaji yang kita dapat tidak pernah cukup Selepas bayar semua hutang pun duit masih belum cukup atau kita sendiri tidak tahu ke mana duit...
Explore The Advantages Unlimited Postpaid Plans Offer

24 Year Old Who Travelled Abroad Being Treated For Mpox

Metmalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Beberapa Kawasan Di Pahang Dan Johor Hingga Isnin

Mum Boyfriend Nabbed After Son 7 Dies Of Alleged Abuse

Masa Ada Jawatan Pun Tak Leh Harap

Road Tested Open Face Helmets From Biltwell Holyfreedom And Hedon

Kenyalang Gold Card Permohonan Manfaat Untuk Warga Emas

Amira Othman Bila Nak Nikah Chord


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Udang Masam Manis Padu

Masuk Kod 6 Digit Google Adsense Kalau Tak Pendapatan Disekat

Rumah Kediaman Bekas Suk Bukit Bius Kuala Lipis

Siapa Yang Berbohong Dr Mahathir Atau Anak Pak Lah

Healthcare Inflation In Malaysia Are We Paying Too Much

Will Trump 2 0 Make America Grate Again