Rakyat Sedang Marah


 
Ramai antara kita sekarang ini sedang marah.
Kita dibelenggu rasa marah atas pelbagai perkara.
Kita marah kerana PKP bersambung-sambung tapi kes baru Covid19 tidak juga menurun.
Kita marah, meski sudah ada PKP, ditambah lagi dengan darurat, malangnya kes tetap bertambah juga.
Kita marah kerana ada PKP, tapi dilaksanakan dengan longgar dan ternampak sia-sia.
Kita marah dengan PKP kerana ada perniagaan boleh buka dan ada yang disuruh tutup.
Kita marah dengan PKP kerana sementara banyak masa kita duduk di rumah, tapi kedai mamak untuk minum kopi dan bersembang semuanya diarah menterbalikkan kerusi serta meja.
Kita marah kerana walau ada SOP PKP, masih ada menteri bebas potong pulut kuning, beriadah bertiga, sambut Thaipusam dan merentas negeri sesuka hati dia.
Kita marah dengan PKP kerana yang dijaga nampaknya hanya ekonomi taikun dan tauke besar, tetapi ekonomi rakyat marhaen terus dibiar terhimpit dan terseksa.
Kita marah kerana PKP bersambung-sambung, namun moratorium tidak pula mahu disambung.
Kita marah kerana sementara pekerja biasa hilang kerja dan dipotong gaji, tapi menteri dan duta duduk rumah tetap dapat gaji penuh.
Kita marah kerana PKP menyebabkan ekonomi suram dan ramai marhaen lebih derita.
Kita marah kerana sudahlah rakyat makin tiada wang, kadar kompaun langgar SOP mahu diperketatkan lagi.
Kita marah kerana menteri tak boleh beza antara perbuatan derhaka kepada Raja dengan merayu memohon ihsan serta pertimbangan baginda.
Kita marah kerana ada Perdana Menteri yang bisu dalam banyak isu, tetapi sangat suka bercakap sendirian di depan kamera melalui teks yang telah disediakan.
Kita marah kerana kerajaan dan Perdana Menteri buat tak tak peduli tentang keabsahan, walaupun seorang demi seorang sudah menarik sokongan.
Kita marah kerana dalam PKP dan darurat pun boleh diluluskan pembinaan dewan, sambil dapat kontrak meniaga berbilion-bilion.
Kita marah kerana sebab yang bermacam-macam, tapi apakah sebab paling besar selain adanya Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang menyebabkan kita jadi marah?
Jawabnya tidak ada – Muhyiddin adalah satu-satunya sebab kita jadi marah sekarang ini.
Tiada lagi Muhyiddin, kalau pun semua marah kita tidak hilang, rasa-rasanya banyak kemarahan dapat diketepikan.
Tanpa Muhyiddin – PKP dan SOP mungkin berbeza kaedah dan pendekatannya.
Tanpa Muhyiddin – mungkin darurat tiada lagi.
Tanpa Muhyiddin – menteri-menteri yang tak berguna dan duta duduk rumah saja mungkin tidak diperlukan lagi.
Tanpa Muhyiddin – dunia dan pelabur antarabangsa mungkin lebih memandang dengan senyum kepada negara kita.
Tanpa Muhyiddin – kita mungkin ada pengganti yang tidak lagi bisu, malah berani berdepan setiap hari dengan dengan media.
Tanpa Muhyiddin – soal keabsahan dan kerajaan minoriti pasti tak berbangkit lagi.
Tanpa Muhyiddin – rakyat mungkin lebih banyak gembira kehidupannya dan tidak akan marah-marah lagi.
Akhirnya, kenapa kita masih mahu simpan lagi orang yang menyebabkan kita hari-hari jadi marah? (Shahbudindotcom 03/02/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/rakyat-sedang-marah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Allah Sedang Marah Pada Kita

Tanda Allah Sedang Marah Pada Kita

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 1081 hits
TANDA ALLAH SEDANG MARAH PADA KITA Seorang wali Allah pernah berkata jika aku ingin tahu sekiranya ada kesalahanku pada Allah aku akan perhatikan 2 tanda ini KENDERAAN dan ISTERIKU Kenderaan yang diguna sering rosak dan meragam Banyak keros...
Benda Macam Ni Buat Rakyat Marah Kalau Ahli Politik Kerajaan Didenda Sedikit Atau Dilepaskan

Benda Macam Ni Buat Rakyat Marah Kalau Ahli Politik Kerajaan Didenda Sedikit Atau Dilepaskan

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 336 hits
0 00 2 20Ada seperkara yg kami nak tanya pada Ketua Polis Johor sdra Ayub Khan Mydin Pitchay berkenaan seorang perempuan yang didenda RM1 000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengeluarkan anaknya dari kereta Sdra menyatakan siasatan...
Rakyat Sedang Menanti Tindakan Kerajaan

Rakyat Sedang Menanti Tindakan Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 230 hits
Semalam 29 Januari 2021 kes positif COVID 19 sekali lagi memecahkan rekod kes harian tertinggi dengan kes baru sebanyak 5 725 kes Hal ini menjadikan jumlah kes aktif di negara kita adalah sebanyak 45 478 kes Ini adalah satu angka yang cukup...
Petunjuk Rakyat Marah

Petunjuk Rakyat Marah

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 241 hits
Petanda rakyat sedang marah dan rasa fed up yang tak terbendung lagi terhadap kegagalan kerajaan
Pkp2 0 Kini Rakyat Dan Frontliner Kongsi Satu Perasaan Sama Iaitu Kita Sedang Kalah

Pkp2 0 Kini Rakyat Dan Frontliner Kongsi Satu Perasaan Sama Iaitu Kita Sedang Kalah

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 184 hits
January 27 2021 Percanggahan keperluan antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Kesihatan jelas memperlihatkan kelemahan Putrajaya dalam mengambil tindakan serius bagi membendung penularan Covid 19 Bekas timb...
Sukarnya Duit Kerajaan Untuk Sampai Kepada Rakyat

Sukarnya Duit Kerajaan Untuk Sampai Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 221 hits
1 Kalau wang kerajaan begitu mudah untuk diberikan kepada rakyat kalau 35juta wang kerajaan mudah untuk diperuntukkan membeli tablet kepada jutaan pelajar tanpa birokrasi tanpa restriction itu ini tanpa kreativiti untuk klepet duit kerajaan...
Kerajaan Hanya Perlu Lockdown Kilang Dan Industri Bukan Mangsakan Perniagaan Kecil Dan Rakyat Marhein

Kerajaan Hanya Perlu Lockdown Kilang Dan Industri Bukan Mangsakan Perniagaan Kecil Dan Rakyat Marhein

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 390 hits
KERAJAAN HANYA PERLU LOCKDOWN KILANG DAN INDUSTRI BUKAN MANGSAKAN PERNIAGAAN KECIL DAN RAKYAT MARHAEN Hari ini 23 hb Hanya 3 Hari lagi sepatutnya PKP 2 minggu pertama tamat Malang seperti di Selangor sendiri kenapa kes makin melonjak kenapa...
Betul Ke Najib Prihatin Kepada Rakyat Atau Sengaja Nak Burukkan Kerajaan Pn

Betul Ke Najib Prihatin Kepada Rakyat Atau Sengaja Nak Burukkan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 411 hits
Kan aku dah kata Menega stakat 8 malam di mintak sampai 10 malam alasan rakyat nak cari makan Bila kjaan bgi ruang lanjut sampai 10 malam di mintak supaya lockdown total macam pkp 1 langsong org nak menega tak boleh alasan takut rakyat kena...
Rakyat Yang Tidak Pernah Puas Hati Tentang Sop Pkp

Rakyat Yang Tidak Pernah Puas Hati Tentang Sop Pkp

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 450 hits
Hmmm entah la tak tahu apa nak cakap tentang sikap dan perangai rakyat Malaysia apabila kerajaan kita melaksanakan PKP dan memperketatkan SOP bagi menangani pandemik Covid 19 ni Ada saja alasan dan ketidakpuasan hati mereka Kerajaan buat se...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Di Usia Berapa Anda Mula Tergerak Untuk Belajar Ilmu Agama Yang Diajar Oleh Para Tok Guru Ustaz

Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable

Rasa Macam Mandi Bunga Dengan Rose Shower Gel Green Herbology