Rakyat Rasa Rasuah Tidak Ditangani Kenapa Sprm Tidak Dakwa Pesalah Dalam Skandal Rm1 5 Bilion Bank Pembangunan


 Dari Rafizi Ramli
22 Julai 2022


RAKYAT RASA RASUAH TIDAK DITANGANI: KENAPA SPRM TIDAK DAKWA PESALAH DALAM SKANDAL RM1.5 BILION BANK PEMBANGUNAN?


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki baru-baru ini dilaporkan berkata kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara yang makin merudum hanyalah persepsi dan bukanlah kedudukan sebenar keadaan rasuah di Malaysia.


Saya fikir kenyataan beliau itu adalah untuk mempertahankan rekod beliau yang menyaksikan CPI semakin merosot sejak beliau menjadi Ketua Pesuruhjaya sejak pertukaran Kerajaan Persekutuan dalam tahun 2020. Kedudukan Malaysia terus turun dari 62 (2017), 61 (2018), 51 (2019), 57 (2020) dan 62 (2021).


CPI membandingkan tanggapan masyarakat mengenai berleluasanya amalan rasuah di sektor awam di antara 180 buah negara di seluruh dunia. 


Pada kedudukan terkini di paras 62 dari 180 buah negara, ia membayangkan rakyat negara ini merasakan amalan rasuah kebelakangan ini sudah sampai ke peringkat semasa skandal 1MDB memuncak dahulu (2017). Jika saya menjadi Azam Baki, saya akan meletakkan jawatan kerana di bawah kepimpinan saya segala usaha rakyat menolak rasuah seolah-olah sia-sia apabila rakyat merasakan keadaan sekarang tidak banyak berbeza dengan semasa skandal 1MDB memuncak.


Indeks ini penting kerana ia diterima pakai di seluruh dunia. Pelabur asing menggunakan indeks ini untuk menilai tahap rasuah di negara kita. Lebih penting lagi, ia satu-satunya kayu ukur yang paling bebas mengenai tanggapan rakyat terhadap amalan rasuah.


Kita tidak boleh salahkan rakyat biasa jika mereka merasakan amalan rasuah semakin berleluasa sehingga telah mencapai tahap 2017 ketika skandal 1MDB memuncak.


Tanggapan rakyat ini dibentuk dengan mengamati tindakan dan gerak-geri SPRM (terutamanya Ketua Pesuruhjayanya) dalam menangani skandal-skandal besar yang melibatkan berbilion wang negara. Walaupun ada saja ikan-ikan bilis yang ditangkap setiap hari, tanggapan rakyat mengenai amalan rasuah tidak akan berubah jika tidak ada tindakan terhadap jerung-jerung besar.


Dalam hal ini, saya mengikuti dengan dekat perkembangan usaha Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dalam usahanya untuk mendapatkan kembali sekitar RM1.5 bilion dana awam yang telah diselewengkan oleh peminjam-peminjam. 


Ia melibatkan pinjaman-pinjaman kepada syarikat-syarikat yang mempunyai “kabel” besar dan diluluskan oleh pengurusan BPMB semasa Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Jumlah pinjaman RM1 bilion yang telah diselewengkan (termasuk dipindahkan ke akaun-akaun luar negara dalam kes-kes tertentu) adalah skandal terbesar dari sebuah bank pembangunan milik kerajaan dalam sejarah negara kita.


Media perniagaan membuat liputan meluas mengenai peminjam-peminjam berkabel besar ini dan usaha BPMB untuk mendapatkan kembali wang rakyat. Laporan-laporan menyebut urusniaga pinjaman dan ekuiti yang diluluskan BPMB semasa Najib menjadi Perdana Menteri, seperti berikut:


1) Pinjaman RM400 juta yang diluluskan dalam tahun 2012 kepada Aries Telecoms (M) Bhd
2) Ambil alih Syarikat Borcos Shipping Sdn Bhd melibatkan dana berjumlah RM337 juta. Syarikat itu jatuh muflis hujung tahun 2017
3) Pinjaman berjumlah RM450 juta kepada Asian Broadcasting Network (ABN) untuk melancarkan stesen TV berbayar. ABN ialah syarikat milik Kenneth Eswaran, seorang yang diketahui sangat rapat dengan Najib dan isterinya Rosmah Mansor
4) Pinjaman berjumlah RM305 juta kepada Nautical Resort Sdn Bhd dan Garuda Suci Sdn Bhd, dua syarikat milik Tan Sri Peter Sondakh yang juga sahabat baik Najib dan isterinya Rosmah Mansor


Kesemua dana rakyat berjumlah RM1.5 bilion yang lesap ini diluluskan semasa Najib merupakan Menteri Kewangan dan BPMB melaporkan terus kepadanya.


Saya telah membangkitkan pinjaman-pinjaman yang disyaki diselewengkan ini sepanjang saya menjadi Ahli Parlimen dari 2013 ke 2018. Isu ini saya bawa berkali-kali ke Parlimen dan dilaporkan secara meluas:


https://www.theedgemarkets.com/article/abn-loan-was-subject-debate-dewan-rakyat-two-years-ago


https://rafiziramli.com/2017/03/rm305-juta-wang-rakyat-membiayai-projek-hotel-mewah-dan-pusat-persidangan-antarabangsa-langkawi-licc-milik-tan-sri-peter-sondakh/


Kesemua kes ini adalah kes awam yang sepatutnya disiasat oleh SPRM sejak 2014 lagi tanpa pun perlu ada aduan.


Malangnya, saya bersimpati dengan pengurusan BPMB yang terpaksa mengambil jalan saman sivil untuk mendapatkan kembali dana rakyat ini kerana nampaknya tiada tindakan dari SPRM. Pengurusan baru BPMB nampaknya proaktif dengan mengambil jalan saman sivil dengan menyaman dan membekukan aset bekas CEO BPMB (pada ketika itu) dan 26 individu dan syarikat lain yang dituduh menyelewengkan RM400 juta pinjaman kepada Aries Telecom.


Tindakan BPMB ini wajar dipuji dan telah diberi liputan besar-besaran oleh media perniagaan:


https://www.theedgemarkets.com/article/bank-pembangunan-sues-former-md-plus-26-others-fraud-and-bribery


Yang saya pelik, setelah membaca bukti-bukti yang difailkan oleh BPMB melalui saman sivilnya, saya yakin bukti-bukti itu lebih dari cukup untuk SPRM mengambil tindakan jenayah terhadap pelaku-pelaku di bawah Akta SPRM. Lebih penting lagi, untuk memastikan tokoh-tokoh yang belum lagi dihadapkan ke muka keadilan, terutama yang rapat dengan Najib seperti Kenneth Eswaran dan Peter Sondakh juga disiasat sepenuhnya setelah syarikat mereka menyebabkan dana rakyat hangus.


Sudah tentu soalan paling utama: kenapa sehingga sekarang Najib, sebagai Menteri Kewangan yang menjadi bos kepada BPMB ketika itu belum disiasat oleh SPRM mengenai kes-kes ini apabila pinjaman-pinjaman itu kepada kenalan-kenalan rapat beliau?


Ini adalah perkara-perkara yang diperhatikan dan dinilai oleh rakyat.


Apabila kes-kes yang sudah jelas bukti-buktinya ini pun tidak diambil tindakan, sehingga BPMB terpaksa mengambil tindakan saman sivil untuk mendapatkan kembali dana awam, sudah tentu rakyat merasakan amalan rasuah semakin berleluasa di negara ini.


Sebab itu kalau saya Azam Baki, saya akan letak jawatan.


RAFIZI RAMLI




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/rakyat-rasa-rasuah-tidak-ditangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Cari Unsur Rasuah Salah Laku Dalam Projek Ladang Durian

Sprm Cari Unsur Rasuah Salah Laku Dalam Projek Ladang Durian

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 245 hits
SPRM cari unsur rasuah salah laku dalam projek ladang durian Dikemas kini 59 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Jul 2022 10
Jho Low Nak Settle 1mdb Dengan Bayar Rm1 5 Bilion Kepada Kerajaan

Jho Low Nak Settle 1mdb Dengan Bayar Rm1 5 Bilion Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 179 hits
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai menawarkan RM1 5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad Selepas samun RM15 bilion senang se...
Rafizi Najib Cross Swords Over Rm1 5bil Bank Scandal

Rafizi Najib Cross Swords Over Rm1 5bil Bank Scandal

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 205 hits
PKR deputy president Rafizi Ramli said Najib Razak should be questioned by MACC over loans extended by Bank Pembangunan PETALING JAYA A RM1 5 billion scandal involving loans from Bank Pembangunan led to PKR deputy president Rafizi Ramli and...
Setahun Sekali Je Sesak Mb Kelantan Dakwa Tiada Guna Besarkan Jalan Untuk Kemudahan Rakyat Ketika Perayaan

Setahun Sekali Je Sesak Mb Kelantan Dakwa Tiada Guna Besarkan Jalan Untuk Kemudahan Rakyat Ketika Perayaan

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 286 hits
Sebuah video menjadi perdebatan netizen apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ada membuat kenyataan mengenai permintaan rakyat memperbesarkan jalan di negeri itu Dalam video itu Mohd Amar ada mengulas mengenai kesesaka...
Sprm Bangun Platform Untuk Oku Pendengaran Salur Maklumat Rasuah

Sprm Bangun Platform Untuk Oku Pendengaran Salur Maklumat Rasuah

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 233 hits
SPRM bangun platform untuk OKU pendengaran salur maklumat rasuah Dikemas kini 41 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 Jul 2022
Perghh Tawaran Gila Rm1 31 Bilion Dari Arab Saudi Untuk Cristiano Ronaldo

Perghh Tawaran Gila Rm1 31 Bilion Dari Arab Saudi Untuk Cristiano Ronaldo

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 227 hits
RONALDO dilaporkan diberikan tawaran paling lumayan 250 juta untuk menamatkan kerjayanya di Arab Saudi AFPLONDON Cristiano Ronaldo dilaporkan diberi tawaran megadeal paling lumayan dalam sejarah perpindahan iaitu 250 juta untuk menamatkan k...
Kuat Merajuk Wanita Kongsi Rasa Duduk Satu Rumah Dengan Mentua Kuat Beribadah Tapi Dakwa Dilayan Macam Hamba

Kuat Merajuk Wanita Kongsi Rasa Duduk Satu Rumah Dengan Mentua Kuat Beribadah Tapi Dakwa Dilayan Macam Hamba

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 176 hits
Kisah kisah mengenai ibu mentua melayan menantu dengan kejam sudah biasa kita dengar di dalam drama mahupun di dunia realiti Malah ada yang memilih untuk menamatkan ikatan perkahwinan hanya kerana tidak lagi sanggup dilayan dengan buruk ole...
Bersatu Pertahan Pas Dakwa Hadi Tak Kata Pas Mahu Perintah Kedah Bersendirian

Bersatu Pertahan Pas Dakwa Hadi Tak Kata Pas Mahu Perintah Kedah Bersendirian

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 182 hits
freemalaysiatoday com July 26 2022 11 00 AMHubungan antara parti komponen dalam gabungan itu tetap utuh dan tak timbul isu kononnya tidak wujud lagi kerjasama dalam gabungan PN di Kedah kata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah Mohd Suhaimi A...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord