Rakyat Persoal Kenapa Miti Maklum Pada Eurocham Dulu Kemungkinan Penutupan Penuh Ekonomi


 


January 25, 2021 Umno mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) memaklumkan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (Eurocham Malaysia) kemungkinan penutupan penuh ekonomi.
Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menggesa penjelasan kerajaan sama ada langkah itu benar-benar akan dilakukan sekiranya situasi Covid-19 masih tidak menunjukkan perubahan selepas 4 Feb nanti.
“Kenapa Miti beri info (maklumat) kepada Eurocham dahulu? Kenapa Miti beri info berkenaan pengesyoran Kementerian Kesihatan (KKM)? Bukankah sepatutnya rahsia, terutamanya jika ia hanya pengesyoran dan belum lagi keputusan?
“Kemudian setelah ‘bocor’, di manakah penjelasan rasmi kerajaan kepada rakyat?
“Khabar seperti ini yang disampaikan oleh pihak lain boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia. Tambahan lagi, kes harian cecah 4,275 semalam, angka paling tinggi semenjak penularan. Hari ini kes masih tinggi pada paras 3,346,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, menerusi surat pekeliling yang dibocorkan oleh ketua pegawai eksekutif Eurocham Malaysia, Sven Schneider, ia mengatakan kerajaan telah memberitahu bahawa Kementerian Kesihatan telah membuat “pendirian yang jelas mengenai hal penutupan ekonomi sepenuhnya”.
“Jika kadar jangkitan tidak berkurang, kerajaan akan mengumumkan penutupan/sekatan pergerakan ketat serta-merta selepas 4 Feb.
“Inilah situasi semasa yang sedang kita hadapi dan Miti meminta semua syarikat, sama ada tempatan atau dari luar, untuk menyertai usaha mengurangkan jangkitan, memutuskan rantaian, dan agar ekonomi terus berjalan,” menurut surat itu.
Selepas surat berkenaan tular, Eurocham tampil memberi penjelasan mengenai surat yang dikirimkan kepada anggotanya itu.
Dalam satu kenyataan, badan itu menegaskan bahawa pekeliling dalaman sulit yang dihantar kepada anggota mereka itu susulan pertemuan tidak rasmi dengan Miti.
Jelas Eurocham, surat itu tidak menyebut penutupan ekonomi akan dilaksanakan serta-merta.
“Eurocham Malaysia ingin menjelaskan bahawa meskipun Miti memaklumkan situasi yang semakin mendesak saat ini, memandangkan jumlah kes yang semakin meningkat, tidak ada disebut mengenai penutupan ekonomi serta-merta selepas 4 Februari.
“Oleh itu, kami harap agar orang ramai tetap fokus pada gambaran yang lebih besar – dalam menggalas tugas bersama bagi memastikan agar penutupan ekonomi dapat dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu Shahril berkata, kerajaan perlu menjelaskan perkara itu dengan segera.
“Tetapi jika benar, kerajaan perlu berterus terang dengan rakyat.
“Berikan masa yang mencukupi untuk bersiap sedia jika memang ada niat mahu melaksanakan ‘lockdown’ yang lebih ketat,” katanya. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/rakyat-persoal-kenapa-miti-maklum-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Dari Miti Tak Sebut Penutupan Ekonomi Serta Merta Eurocham

Surat Dari Miti Tak Sebut Penutupan Ekonomi Serta Merta Eurocham

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 288 hits
Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kesatuan Eropah Malaysia tampil memberi penjelasan selepas pendedahan surat yang dikirimkan kepada anggotanya mengenai kemungkinan penutupan ekonomi sekiranya jumlah kes Covid 19 terus meningkat pada 4 Fe...
Penutupan Penuh Ekonomi 2 8 Juta Orang Risiko Hilang Kerja Ismail Sabri

Penutupan Penuh Ekonomi 2 8 Juta Orang Risiko Hilang Kerja Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 222 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob menjangkakan kira kira 2 8 juta orang berisiko kehilangan pekerjaan sekiranya penutupan penuh ekonomi dilaksanakan bulan depan Dia berkata kerajaan akan mempertimbangkan secara menyeluruh kesan kesan yang m...
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 515 hits
Senarai Pakej Bantuan Permai 2021 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau lebih dikenali dengan Pakej Bantuan PERMAI yang bernilai sebanyak RM15 Billion Pa...
Tak Logik Sebab Hanya Kelas Online Nabila Huda Persoal Kewajiban Bayar Yuran Sekolah Secara Penuh

Tak Logik Sebab Hanya Kelas Online Nabila Huda Persoal Kewajiban Bayar Yuran Sekolah Secara Penuh

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 276 hits
Pelakon versatil Nabila Huda tampil menyuarakan pandangannya mengenai keperluan membayar yuran sekolah secara penuh sedangkan pelajar hanya mengikuti kelas atas talian sejak daripada tahun lalu Sumber Instagram Nabila Huda nbsp Nabila Hud
Darurat Bereskan Soal Ekonomi Pendapatan Rakyat

Darurat Bereskan Soal Ekonomi Pendapatan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 253 hits
KERAJAAN perlu memikir dan melaksanakan pelan penyelesaian kepada isu ekonomi rakyat sekiranya Perintah Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini Ini kerana kebimbangan dalam kalangan rakyat timbul terutama bagi mereka yang terlibat dalam se...
4 Pakar Ekonomi Malaysia Sahkan Rakyat Malaysia Kaya Raya Kah

4 Pakar Ekonomi Malaysia Sahkan Rakyat Malaysia Kaya Raya Kah

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 305 hits
Empat orang pakar ekonomi tersohor menyatakan rakyat Malaysia sudah selesa sekarang Tahniah lebai Takbirrr
Adakah Rakyat Sedar Kita Diambang Kehancuran Ekonomi

Adakah Rakyat Sedar Kita Diambang Kehancuran Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 258 hits
Adakah rakyat sedar kita diambang kehancuran ekonomi Banyak isu PN hanya utk rakyat intelektual IA TIDAK MEMBANTU TARIK UNDI MELAYU Satu persatu isu yg boleh dianggap bola tanggung kpd parti pembangkang utk menyerang kelemahan pentadbiran k...
Penutupan Ekonomi Tidak Akan Dilaksana Zafrul

Penutupan Ekonomi Tidak Akan Dilaksana Zafrul

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 196 hits
melaporkan Malaysia tidak akan melaksanakan penutupan ekonomi sepenuhnya meskipun angka penularan COVID 19 terus meningkat tegas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Menurut Zafrul sebaliknya langkah bersasar seperti dilaksa...
Dulu Masa Memerintah Tak Betul Betul Bantu Rakyat Sekarang Konon Sibuk Berjuang

Dulu Masa Memerintah Tak Betul Betul Bantu Rakyat Sekarang Konon Sibuk Berjuang

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 322 hits
Keputusan Agong pun dicabar layak ke Anwar pimpin negara BANGI Rakyat menempelak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon perkenan Baginda membatalkan proklamasi...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia