Rakyat Perlu Rasa Malu Terus Sokong Umno Dr Mahathir


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada majlis ramah mesra di Dataran Sungai Koyan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P078 Cameron Highlands di Felda Sungai Koyan 3. - Foto Farizul Hafiz Awang
LIPIS: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat perlu berasa malu untuk terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya terkenal dengan bekas presiden kleptokratnya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata bukan saja kedua-dua parti itu ditolak rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, malah bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa atas berpuluh tuduhan salahguna kuasa ketika pemerintahannya, turut ditolak anggota partinya sendiri.

“Dalam PRU-14, BN buat kali pertama ditolak kerana dipimpin seorang penyangak, satu dunia tahu dan panggil dia kleptokrat, itulah nama diberi kepada Najib.

“Tak malukah kita? (sokong Najib lagi). Sebab itu kita semua buang Najib daripada jadi perdana menteri dan UMNO pula buang Najib daripada jadi presiden parti,” katanya di hadapan ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands di Sungai Koyan, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan calon PH bagi PRK berkenaan, M Manogaran.

Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden UMNO selama 22 tahun, turut menzahirkan keyakinan bahawa parti tertua negara itu bersama-sama parti komponen BN sudah tidak mempunyai masa hadapan dalam landskap politik negara.

Malah, dakwanya, ramai daripada anggota UMNO yang mahu menyertai BERSATU dan PH, termasuk Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang berjumpa dengannya dan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan BERSATU.

Sepatutnya, kata beliau, parti itu tidak perlu lagi meletakkan calon dalam PRK berkenaan.

“Toksah (tidak perlu) bertanding lagi, orang UMNO sendiri tolak UMNO, ramai minta nak masuk BERSATU dan PH sebab tak percaya lagi pada UMNO, ini apa lagi nak pilih orang UMNO, dah tak ada dah UMNO, yang ada parti penyangak.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (kanan) dan calon PH bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands M. Manogaran (kiri) pada program perjumpaan bersama warga Sungai Koyan di Dataran Sungai Koyan 1, hari ini. - Foto BERNAMA

"Jadi, buat apa nak pilih satu orang (calon BN, Ramli Mohd Nor), apa dia boleh buat? Biarlah dia Orang Asli, kita juga layan Orang Asli, tapi ini nak tipu Orang Asli, ambil Orang Asli jadi calon," katanya.

Ditanya mengenai gelaran Najib sebagai 'King of Troll', Dr Mahathir ketika ditemui pemberita sebaik selesai Solat Jumaat bersama jemaah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, berkata bekas Perdana Menteri itu hanya mencari simpati bagi mendapatkan sokongan semula daripada rakyat selepas berdepan pelbagai tuduhan di mahkamah.

Beliau berkata tindakan anggota Parlimen Pekan itu dilihat sebagai antara usahanya untuk menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat kononnya beliau dianiaya

Dr Mahathir turut mengulangi, pemilihan Manogaran sebagai calon PH adalah tepat dan mendapat sokongan penuh daripada semua parti di bawah PH dan tidak timbul isu pemilihan calon berketurunan India itu tidak sesuai.

“Tepat, tepat, insya-Allah , bukan dia sorang saja, kita semua (di) belakang dia.

“Kadang-kadang di tempat lain orang India terpaksa sokong orang Melayu, di sini orang Melayu (pula) sokong orang India. Tetapi kita kalau tak sokong dia, tempat lain dia tak sokong kita, kita kalah la,” katanya.

"Saya nak merayu sama ada yg pakai baju merah (baju PH) atau yang tak pakai, sama ada Melayu, Orang Asli, India atau Cina, jangan sesekali undi BN atau calon UMNO, undilah PH...tunjuk kita sedar nasib kita di tangan kita, kalau silap undi, kita jadi mangsa, sebaliknya kalau undi PH nasib kita lebih terjamin," katanya.

PRK ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Manogaran, bekas pesara Polis Diraja Malaysia Ramli Mohd Nor mewakili BN dan dua calon Bebas iaitu bekas pensyarah Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan petani tempatan, Wong Seng Yee.

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh dari BN pada PRU-14, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

 - BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/rakyat-perlu-rasa-malu-terus-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terus Menyokong Umno Rakyat Patut Berasa Malu Tun M

Terus Menyokong Umno Rakyat Patut Berasa Malu Tun M

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 278 hits
BNKUALA LIPIS 25 Jan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat perlu berasa malu untuk terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional yang didakwanya terkenal dengan bekas presiden kleptokratnya Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata bukan sahaja ke...
Najib Tak Tahu Malu Selepas Curi Duit Rakyat Malaysia Tun Mahathir

Najib Tak Tahu Malu Selepas Curi Duit Rakyat Malaysia Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 391 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja mahu menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat kononnya beliau tidak bersalah Ahli Parlimen Pekan itu juga hanya mencari simpati bagi ...
Mahathir Dedah Umno Telah Rompak Rakyat Selama 61 Tahun

Mahathir Dedah Umno Telah Rompak Rakyat Selama 61 Tahun

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 429 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan UMNO sebagai parti penyamun yang mencuri duit rakyat dan kini sudah musnah Parti itu juga dakwanya sudah tidak ada masa depan Katanya parti yang pernah berjuang untuk kemerdekaan dan memba...
Umno Pas Sokong Pelan Antirasuah Nasional

Umno Pas Sokong Pelan Antirasuah Nasional

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 340 hits
Abdul Hadi Awang dan Mohamad Hassan menyifatkan pelan yang dilancarkan perdana menteri itu suatu yang baik
Prk C Highlands Umno Jadi Mangsa Itu Dah Lumrah Rakyat Itu Yg Tak Patut

Prk C Highlands Umno Jadi Mangsa Itu Dah Lumrah Rakyat Itu Yg Tak Patut

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 301 hits
Kekalahan UMNO BN majoriti besarnya dari janji janji palsu yang ditaburkan pihak lawan dalam PRU14 memang memberi kesan yang besar kepada kelangsungan parti tersebut Majoriti rakyat mengundi pembangkang kerana percayakan janji 100 hari pert...
Wanita Rasa Bertuah Penjual Bagi Makanan Percuma Terus Loya Tekak Nampak Inti Cicak

Wanita Rasa Bertuah Penjual Bagi Makanan Percuma Terus Loya Tekak Nampak Inti Cicak

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 366 hits
Wanita rasa bertuah penjual bagi makanan percuma terus loya tekak nampak inti cicak Bayangkan anda baru saja membeli enam snek daripada penjaja di sebuah stesen kereta api Anda sudah menikmati lima daripadanya tetapi apabila mahu menggigit ...
Menangis Pertama Kali Lihat Kaabah Terus Rasa Sebak

Menangis Pertama Kali Lihat Kaabah Terus Rasa Sebak

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 328 hits
Baru saja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah bersama keluarga pertengahan Januari lalu Nalydia Senrose memberitahu dia cukup tenang sepanjang berada di Tanah The post appeared first on
Kerana Berani Tun Mahathir Dan Syed Saddiq Diangkat Sebagai Hero Oleh Rakyat Palestin

Kerana Berani Tun Mahathir Dan Syed Saddiq Diangkat Sebagai Hero Oleh Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 545 hits
Rakyat Palestin mempamerkan poster perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menghargai ketegasan Malaysia berhubung isu Israel KEPUTUSAN Malaysia untuk mengharamkan kemasukan atlet renang Paralimpik Israel terus mendapat reaksi posit...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai