Rakyat Perlu Sahut Perjuangan Raja Permaisuri Agong Martabatkan Jawi



SEJAK 28 Disember lalu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mula menggunakan tulisan Jawi dalam ciapan di akaun Twitter baginda

Sejak itu pengikut setia Twitter baginda terpaksa pula mempelajari huruf dan tulisan Jawi untuk mengetahui apa yang diciapkan oleh Tunku Azizah

Kecintaan Tunku Azizah terhadap tulisan Jawi timbul ditengah-tengah desakan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menolak pengenalan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan Cina

Ramai orang Melayu sebenarnya berasa terhina dengan penolakan Dong Zong terhadap tulisan warisan masyarakat Melayu itu. Bukan banyak pun tiga muka surat sahaja.  Itupun berkaitan tulisan Jawi yang ada pada jata negara, wang kertas Malaysia dan setem

Bukanpun pelajar berkenaan diajar huruf-huruf Jawi dan belajar membaca dalam tulisan Jawi. Tidak. Mereka cuma didedahkan mengenai warisan negara sehingga tulisan itu diabadikan pada jata negara, wang kertas dan setem

Agak pelik juga bila ada yang memberi alasan penolakan pengenalan tulisan Jawi itu kerana takut murid-murid bukan Islam memeluk agama Islam


Alahai, alasan ini samalah dengan sindiran sinis kepada orang Melayu, ‘takkan nampak salib terus jadi Kristian’. Ramai sahaja pelajar Islam yang belajar di sekolah mubaligh yang meletakkan salib tidak pula mereka menjadi Kristian

Sekarang ini pun banyak kanak-kanak Melayu-Islam belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina, tidak pula ibu bapa Melayu-Islam ini takut anak-anak mereka memakan babi atau bercampur gaul dengan rakan-rakan mereka yang memakan haiwan yang diharamkan oleh Islam itu. Kerisauan yang tidak bertempat

Jadi, tidak masuk akal langsung subjek yang memperkenalkan tulisan warisan Malaysia itu dianggap sebagai sebahagian usaha untuk mengislamkan pelajar sekolah

Berbalik kepada perjuangan Raja Permaisuri Agong untuk memartabatkan tulisan Jawi. Adakah orang-orang Melayu akan membiarkan Tunku Azizah berseorangan berjuang untuk memulihkan semula tulisan warisan bangsanya yang nampaknya dipandang hina oleh pihak lain

Tidakkah masyarakat Melayu juga bertanggungjawab dan berperanan untuk memartabatkan tulisan Jawi di tanah air mereka sendiri

Lihat sahaja bagaimana masyarakat keturunan Tiong Hua memartabatkan tulisan nenek moyang mereka. Di dinding-dinding kedai dan bangunan yang mereka miliki terpampang megah tulisan Cina. Cantik kerana menggambarkan budaya mereka

Kenapa agaknya usahawan dan peniaga Melayu tidak menjadikan budaya masyarakat Cina ini sebagai contoh untuk memartabatkan tulisan Jawi. Tidakkah kaligrafi Jawi juga secantik dan seseni tulisan Cina

Mungkin mulai hari ini orang-orang Melayu yang memiliki bangunan, kedai atau apa sahaja aset bolehlah menjadikan tulisan Jawi sebagai salah satu tulisan pada papan perniagaan mereka. Megahlah dengan tulisan warisan bangsa sendiri sebagaimana masyarakat Cina megah dengan tulisan warisan mereka

Produk-produk keluaran ahli perniagaan Melayu-Islam juga boleh menggunakan tulisan Jawi yang sekaligus memudahkan orang-orang muslim untuk mengenali produk keluaran saudara seagama mereka

Kan sekarang ini tengah hangat dengan kempen Buy Muslim First. Tulisan Jawi sebenarnya kaedah terbaik untuk mempromosikan produk masyarakat Islam

Makanya, masyarakat Melayu dan Islam ikutlah perjuangan Tunku Azizah memartabatkan tulisan Jawi. Kita tidak harus membiarkan Raja Permaisuri Agong yang kita cintai itu berseorangan berjuang menghidupkan tulisan Jawi

Sumber: http://bit.ly/2EYPjZD

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2020/01/rakyat-perlu-sahut-perjuangan-raja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kini Sering Tweet Dalam Tulisan Jawi Raja Permaisuri Agong Seru Lebih Ramai Martabatkan Buat Perkara Sama

Kini Sering Tweet Dalam Tulisan Jawi Raja Permaisuri Agong Seru Lebih Ramai Martabatkan Buat Perkara Sama

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 1428 hits
Kebijaksanaan Tuanku Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Mahmud Iskandariah dalam berbicara mengenai isu isu semasa sentiasa dikagumi rakyat jelata khususnya bagi mereka yang mengikuti perkongsian aktif Baginda di Twitt...
Raja Permaisuri Agong Tweet Dengan Tulisan Jawi Sepenuhnya

Raja Permaisuri Agong Tweet Dengan Tulisan Jawi Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 1354 hits
Raja Permaisuri Agong tweet dengan tulisan Jawi sepenuhnya Siapa yang follow akaun twitter Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah mesti perasan yang sekarang ni baginda tweet fully in Jawi Wahhh Bagus kan Dapat memartabatkan dan memperkasakan t...
Hanya Kerana Jawi Satu Malaysia Takut Raja Permaisuri Agong

Hanya Kerana Jawi Satu Malaysia Takut Raja Permaisuri Agong

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 380 hits
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Mahmud Iskandariah dilihat sebagai kerabat diraja yang sering membicarakan mengenai topik semasa Terbaru menerusi laman Twitter miliknya membicarakan mengenai tulisan Jawi Menerusi sa...
You Apa Pun Bukan Individu Serang Raja Permaisuri Agong Cetuskan Kemarahan Rakyat

You Apa Pun Bukan Individu Serang Raja Permaisuri Agong Cetuskan Kemarahan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 478 hits
Seringkali Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengutarakan pendapatnya melalui akaun Twitter miliknya tentang isu isu terkini dalam negara dan umum mengatahui bahawa Tuanku amat menyokong segala usaha untuk...
Isu Tulisan Jawi Spb Raja Permaisuri Agong Dah Bersuara Apakah Dong Jiao Zong Masih Berdegil

Isu Tulisan Jawi Spb Raja Permaisuri Agong Dah Bersuara Apakah Dong Jiao Zong Masih Berdegil

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 927 hits
Isu Tulisan Jawi terus terusan dipolimikkan oleh NGO ultra kiasu Dong Jiao Zong Admin pelik apa yang buatkan Dong Jiao Zong melompat macam kera dengan isu Tulisan Jawi nie Yang nak diperkenalkan HANYA 3 MUKASURAT yang nak diajar HANYA 3 pat...
Isu Jawi Sayang Kalau Orang Melayu Tak Pandai Tulis Jawi Luah Raja Permaisuri Agong

Isu Jawi Sayang Kalau Orang Melayu Tak Pandai Tulis Jawi Luah Raja Permaisuri Agong

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 900 hits
SHAH ALAM Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi isi hatinya terhadap keunikan tulisan jawi yang kini dilupakan segelintir masyarakat terutama Melayu akibat peredaran zaman mendapat pelbagai respons daripad...
Sunyi Tanpa Ciapan Raja Permaisuri Agong Nyahaktif Twitter

Sunyi Tanpa Ciapan Raja Permaisuri Agong Nyahaktif Twitter

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 251 hits
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup terkenal di Twitter kerana cukup spontan menyatakan pendapat dan memuat naik aktiviti harian Namun begitu menerusi tinjauan ke akaun Twitter milik baginda akaun chem...
Isu Jawi Tuanku Permaisuri Agong Luah Pandangan Baginda Di Twitter

Isu Jawi Tuanku Permaisuri Agong Luah Pandangan Baginda Di Twitter

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 975 hits
Masih hangat isu Jawi ini diperkatakan meskipun sudah lama menjadi bualan rakyat Malaysia Ini berikutan Dong Zong bertindak menolak usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu memperkenalkan tulisan Jawi pada sekolah rendah jenis kebang...
Isu Jawi Ini Je Kan Permaisuri Agong Rujuk Tiga Muka Surat Jawi

Isu Jawi Ini Je Kan Permaisuri Agong Rujuk Tiga Muka Surat Jawi

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 478 hits
Melalui Twitternya semalam Permaisuri Agong berkongsi ciapan seorang pengikutnya dengan imej buku teks bahasa Melayu darjah empat yang memaparkan tiga muka surat pengenalan tulisan Jawi Ini sahaja kan titah Permaisuri Agong Tuanku Azizah Am...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut