Rakyat Menilai Yb Mana Bernas Berhujah Atau Main Wayang


 
 Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYA / July 28, 2021


Siaran langsung sidang Dewan Rakyat amat menarik untuk ditonton khalayak massa. Jika tidak silap, ini kali pertama saya menonton sidang dewan secara penuh.
Majoriti khalayak yang berada di rumah boleh meneliti, memerhati dan “jegei” mata melihat keletah, perangai dan tingkah laku Ahli Parlimen yang mereka undi itu.
Sejauh manakah wakil rakyat mereka membuat perbentangan dengan fakta-fakta bernas dan penerangan yang jelas dan terang, berserta hujah-hujah yang mantap.
Bagaimana mereka membahas dalam mengemukakan hujah, mengkritik dan menolak segala tohmahan.
Atau mereka boleh menonton wakil rakyat yang bersandiwara, main wayang bertindak bagaikan badut, suka mengganggu hujah, perbentangan dan penerangan wakil rakyat lain atau sengaja bertindak membantutkan penerangan wakil rakyat tersebut mengenai suatu isu supaya tidak fokus.
Tidak ada apa yang hendak berselindung di kaca televisyen, segala kata-kata kasar atau kesat, tuduh menuduh, luahan kemarahan dalam kalangan wakil rakyat dapat ditontoni.
Khalayak juga boleh menonton wakil rakyat manakah yang pandai berhujah berdebat dan mengemukakan idea bernas daripada mereka yang bermain-main di Parlimen.
Rakyat juga boleh perhatikan manakah wakil rakyat yang dapat membalas dengan spontan jika disergah dengan jawapan-jawapan sensitif, pandai menepis atau menolak daripada menjawab atau juga memberikan jawapan tidak berkaitan soalan yang ditanya.
Amatlah berharap sidang Dewan Undangan Negeri juga boleh ditayangkan secara lintas langsung di kaca televisyen juga.
Walaupun Parlimen dan DUN bukan seratus peratus menguji ketrampilan wakil rakyat tetapi setidak-tidaknya rakyat boleh mengukur kredibiliti wakil rakyat mereka, kerja-kerja mereka, apa isu yang mereka bawa, bagaimana mereka berhujah dan sejauh mereka memainkan peranan.
Dalam isu-isu hangat dan keprihatinan rakyat ia dapat juga menunjukkan sejauh manakah wakil rakyat kerajaan membuat kerja mereka dan kepentingan siapa yang diutamakan, survival politik atau rakyat umpamanya.
Bukankah wakil rakyat ini adalah hamba rakyat, YB sebagai Yang Berkhidmat kepada rakyat bukan Yang Berhormat. Teringat pula filem ‘Aku Yang Berhormat’ lakaonan Hamid Gurkha, R. Jaafar, Dharma Harun, Norlia Ghani, Jamali Sadat, M. Rajoli dan A. Galak yang ditayangkan pada 1983.
Filem yang diarahkan oleh Raja Ismail ini mengisahkan tentang Hamid dan Jaafar yang bekerja sebagai petani dan anggota RELA. Mereka bersepakat dan berusaha untuk menjatuhkan seorang wakil rakyat bernama Jamali yang pecah amanah, salah guna kuasa dan sombong.
Jaafar telah mencalon dan menaikkan Hamid sebagai wakil rakyat baharu. Dengan mendapat sokongan daripada penduduk kampung, mereka akhirnya berjaya menjatuhkan Jamali dan menggantikan Hamid sebagai wakil rakyat yang baharu.
Selain memaparkan fenomena politik tempatan, filem ini sedikit sebanyak memberi sindiran dan nasihat kepada golongan Yang Berhormat (YB). Sutradara menyindir secara terus bahawa YB yang sombong, tidak amanah dan salah guna kuasa tidak disokong rakyat. Walaupun ia disajikan secara berjenaka, namun sindiran itu ternyata sinis dan pedas.
Sidang Parlimen kali ini membuka kesempatan luas bagi rakyat untuk mulai mempertimbang dan membuat keputusan dalam membangun kehidupan demokrasi berasaskan prestasi wakil rakyat mereka.
Mereka juga harus menjadi polis atau mata-mata kepada segala kerja-kerja, sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan wakil rakyat di kawasan Parlimen dan Adun.
Semasa penularan Covid-19, adakah wakil rakyat atau Ahli Parlimen turun ke kawasan mereka dengan penuh keprihatinan membantu penduduk di kawasan Parlimen terjejas.
Atau mereka dengan alasan banyak kerja di Kuala Lumpur hanya menghantar orang kanan atau wakil mereka ke kawasan Parlimen.
Dengan ini rakyat juga boleh menilai sejauh manakah keberkesanan wakil rakyat yang mereka pilih semasa pilihan raya nanti. Jangan hanya seperti kelaziman apabila dekat pilihan raya, baru turun ke padang memberikan bantuan kewangan atau meluluskan projek-projek pembangunan yang mereka atau Menteri Kerajaan Pusat rasmikan.
Dalam zaman media sosial sekarang, setiap tahun atau apabila tibanya pilihan raya, wakil-wakil rakyat perlu menunjukkan kad laporan prestasi mereka kepada rakyat. Apakah yang mereka capai supaya dapat dinilai rakyat untuk diundi semula atau memilih wakil rakyat yang baharu?
Rakyat harus mendesak, memeriksa dan meneliti apa yang dilakukan mereka selama menjadi wakil rakyat.
*Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel).




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/rakyat-menilai-yb-mana-bernas-berhujah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Atau Auta Rakyat Sudah Bosan Nak Dengar

Fakta Atau Auta Rakyat Sudah Bosan Nak Dengar

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 316 hits
17 000 COVID 19 NEW CASES1 How did this huge number of new cases become infected 2 Well in the first place before they were tested positive they were moving around and contacting a lot of other people who were already infected but were also...
Mana Sumbangan Rm20 Juta Rakyat Malaysia Soal Ebit Lew Kepada Nadir Al Nuri

Mana Sumbangan Rm20 Juta Rakyat Malaysia Soal Ebit Lew Kepada Nadir Al Nuri

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 262 hits
Ebit Lew menjelaskan beliau menjalankan misi ke Gaza menggunakan dana sendiri tanpa membuka tabung berbeza dengan Nadir Al Nuri yang meminta sumbangan PETALING Pendakwah bebas Ebit Lew memulangkan paku buah keras kepada Muhammad Nadir Al Nu...
Ebit Lew Serang Balas Persoal Mana Sumbangan Rm20 Juta Rakyat Malaysia

Ebit Lew Serang Balas Persoal Mana Sumbangan Rm20 Juta Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 239 hits
July 22 2021 Pendakwah bebas Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin Ebit Lew dalam sidang ak...
Turun Berat Badan Atau Turun Lemak Mana Lagi Penting Aku Kisah Berat Badan

Turun Berat Badan Atau Turun Lemak Mana Lagi Penting Aku Kisah Berat Badan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 322 hits
Masa phase 1 awal bulan 4 aku reka teknik rekod Sampai bulan 8 dah masuk phase 2 inilah kerja juju Setiap hari atau 2 hari sekali juju wajibkan diri rekod Apa yang di rekod Energy inEnergy outYa dua tindakan inilah yang direkodkan dalam buk...
Muhyiddin Tipu Atau Tidak Bergantung Kepada Kebijaksanaan Istana Menilai

Muhyiddin Tipu Atau Tidak Bergantung Kepada Kebijaksanaan Istana Menilai

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 280 hits
ISTANA wajar menyatakan keputusan secara fakta untuk rakyat berpuashati kedudukan sebenar
Wakil Bank Atau Wakil Rakyat Banyak Kencing

Wakil Bank Atau Wakil Rakyat Banyak Kencing

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 196 hits
AHMAD FIRDAUS MOHAMADPembentangan Bajet 2021 tahun lepas Tengku Zafrul sibuk bertemu dengan pelbagai pihak termasuk wakil pembangkang Mendengar pandangan dalam merangka belanjawan yang menyeluruh Beriya la PH bagi pandangan cis Rupanya dala...
Tengah Tengah Malam Hangpa Jumpa Buat Apa Fikirkan Masaalah Rakyat Atau Jawatan Nih

Tengah Tengah Malam Hangpa Jumpa Buat Apa Fikirkan Masaalah Rakyat Atau Jawatan Nih

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 216 hits
TPM menteri dan Peguam Negara dilihat memasuki kediaman MuhyiddinSinar HarianOgos 3 2021 Kenderaan dipercayai milik salah seorang Menteri Kanan dilihat keluar dari kawasan kediaman Perdana Menteri di Bukit Damansara kira kira 10 30 malam in...
Bendera Hitam Setakat Mana Pilihan Rakyat

Bendera Hitam Setakat Mana Pilihan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 270 hits
Apakah nanti AKAN mula BERCAMBAH pada setiap kenderaan lebih meriah dari bendera negara pada Hari kebangsaan Jawapannya pada kerajaan Jika persidangan Parlimen hambar wayang akibat dan hasilnya sukar diramalkan Jawapan hilang AKAL
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur