Rakyat Malaysia Rugi Rm5 2 Bilion Akibat Scammers Perlu Tunggu 2 Tahun Lagi Untuk Banteras





 


Rakyat malaysia telah menderita kerugian berbilion ringgit akibat jenayah penipuan kewangan atas talian.

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, kerajaan perlu melakukan tindakan segera menumpaskan penjenayah yang telah menggunakan big data dan teknologi terkini dalam menipu orang awam itu.

Katanya, sangat tidak boleh diterima kerajaan harus mengikut keutamaan dan perlu tempoh lebih lama dalam memperoleh teknologi terkini bagi menentang operasi jenayah berkenaan.

"Sindiket penipuan kewangan online ini sudah menguasai big data dan mampu melakukan penipuan secara bersasar.

"Teknologi dan sistem terkini diperlukan untuk membanteras penipuan sindiket yang makin sofistikated ini. Malangnya, mengikut kenyataan SAC (B) Datuk Ahmad Nordin Ismail, Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia dan bekas Timbalan Pengarah (Siasatan, Jenayah Siber dan Multimedia) di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, mereka terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum satu-satu perolehan perkakasan dan sistem yang mengawal keselamatan siber diluluskan oleh kementerian dan seterusnya diterima.

"Karenah birokrasi ini tidak boleh diterima sama sekali. Malaysia sudah mengalami kerugian sebanyak RM5.2 bilion daripada 2020 hingga Mei 2022, bersamaan dengan kerugian RM5.2 juta setiap hari, ataupun RM218 ribu setiap jam.

"Adakah kita perlu menunggu 2 tahun lagi untuk melihatkan penambahbaikan? Pastinya teknologi sindiket menjadi lebih canggih pada masa itu dan terus menyulitkan kerja melawan jenayah siber," katanya dalam sidang media mingguan berkenaan penipuan kewangan atas talian di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya, hari ini.

Bagaimanapun Chean Chung menganggap tindakan terbaharu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang cuba memanggil empat agensi di bawahnya, iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Cyber Security Malaysia (Cyber Security) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) untuk berbincang adalah baik walaupun sudah terlewat

Cuma katanya, tindakan secara runcitan dan diasingkan mengikut kementerian itu tidak akan membawa hasil yang terbaik.

Dalam hal ini, tegas Chean Chung, hanya kabinet dan Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang mempunyai mandat untuk mengumpulkan segala pihak supaya tindakan kolektif boleh diambil dengan pantas.

Oleh itu, beliau menyarankan agar kerajaan Malaysia belajar daripada pihak berkuasa Singapura yang lebih pantas membenteras jenayah penipuan kewangan atas talian di republik berkenaan.

"Selepas tindakan drastik diambil oleh Money Authority of Singapore (MAS), dilihat kes jenayah telah pun dikurangkan sebanyak 80%.

"MAS menetapkan garis panduan supaya bank-bank komersil turut mengambil tanggungjawab yang sepadan dengan peranan mereka. Wakil kelima-lima bank utama di Singapura juga perlu menghantar wakil untuk bersiap siaga di Anti Scam Centre yang ditubuhkan oleh kerajaan," katanya.

Malangnya, kata penasihat #ScamVictimSupport itu, selepas RM5.2 bilion dilesapkan dan puluhan ribu rakyat ditipu, yang mana majoriti penipuan dilakukan di bawah nama agensi kerajaan, Malaysia masih belum mengambil tindakan seserius Singapura.

"Kita sepatutnya sedar bahawa tanah air kita diancam oleh anasir-anasir luar yang cuba merompak dan merampas titik peluh serta harta rakyat.

"Ribuan rakyat mengalami kemurungan dan penyakit mental akibat penipuan-penipuan yang tidak terhenti-henti ini. Perperangan ini memerlukan semangat dan perpaduan semua pihak supaya integriti dan imej negara kita tidak tercalar," katanya lagi.


Tegas Chean Chung, diambang Hari Kebangsaan ini #ScamVictimSupport mendoakan supaya rakyat biasa dapat dibebaskan daripada ancaman dan serangan luar yang merosakkan kehidupan mereka.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/rakyat-malaysia-rugi-rm52-bilion-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi Malaysia Dijangka Cecah Rm80 Bilion Tahun Ini Tengku Zafrul

Subsidi Malaysia Dijangka Cecah Rm80 Bilion Tahun Ini Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 168 hits
Subsidi Malaysia dijangka mencecah RM80 bilion tahun ini yang tertinggi dalam sejarah negara kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Gambar fail BERNAMAKUALA LUMPUR Subsidi Malaysia dijangka mencecah RM80 bilion tahun ini ...
Permohonan Pelbagai Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ambilan Ogos Tahun 2022

Permohonan Pelbagai Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ambilan Ogos Tahun 2022

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 201 hits
Jawatan Kosong Terkini 2022 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon Pengambilan calon dibuka...
Senarai Konsert Artis Antarabangsa Yang Berlangsung Di Malaysia Sepanjang Tahun 2022

Senarai Konsert Artis Antarabangsa Yang Berlangsung Di Malaysia Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 307 hits
Senarai Konsert Yang Berlangsung Di Malaysia Tahun 2022Jadi jom kita selongkar antara persembahan atau konsert yang bakal berlangsung di Malaysia daripada artis antarabangsa sepanjang tahun 2022 18 Ogos 2022 Billie Eilish27 Ogos 2022 Rain J...
Terima Kasih Rakyat Malaysia

Terima Kasih Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 127 hits
malaysiakini comULASAN l Tanggal 23 Ogos 2022 dan 1 September 2022 akan tercatat dalam sejarah Malaysia untuk selamanya Sejarah ini terhasil dengan perjuangan kolektif rakyat Malaysia yang bangkit pada 29 dan 30 Ogos 2015 menentang salah gu...
Penipuan Kerja Di Luar Negara 168 Rakyat Malaysia Terkandas

Penipuan Kerja Di Luar Negara 168 Rakyat Malaysia Terkandas

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 259 hits
Penipuan kerja di luar negara 168 rakyat Malaysia terkandas Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Aug 2022 6 5
Surat Terbuka Kepada Semua Rakyat Malaysia

Surat Terbuka Kepada Semua Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 191 hits
TAN SRI LEE KIM YEWDunia sedang memerhatikan kita Malaysia Sila sedar terutamanya sokongan terhadap Najib Razak Ia tidaklah sehebat yang anda sangkakan penyokong Najib boleh dikira Percayalah wang tidak boleh membeli segalanya dan wang juga...
Giant Malaysia Melancarkan Program Csr Sudah Makan Bagi Membantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Giant Malaysia Melancarkan Program Csr Sudah Makan Bagi Membantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 216 hits
Assalammualaikum semua Pada 24 Ogos 2022 Giant Malaysia telah mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk menyediakan 500 000 sumbangan makanan dengan kerjasama menjelang akhir tahun depan Kempen ini akan menerajui usaha Giant bagi menyediakan ...
Wahai Rakyat Malaysia Semua Lepas Fesyen Kini Bina Badan Wanita Di Kedah Pulak Woiiii Semua Ini Halal Punya

Wahai Rakyat Malaysia Semua Lepas Fesyen Kini Bina Badan Wanita Di Kedah Pulak Woiiii Semua Ini Halal Punya

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 458 hits
MOHD SHAH RIMApa komen Mohd Sanusi MB Kedah dan Idris Ahmad Harakah Daily Dewan Ulama PAS Ahmad Fadli Shaari Ir Khairul Muslimah PAS Program Bina Badan Wanita ni di Kedah ZAUHDI SELALU SALAHKAN DAP Tak gitu keh keh pembohong kuat
Jkm Permohonan Bantuan Am Negeri Rm350 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Jkm Permohonan Bantuan Am Negeri Rm350 Untuk Semua Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 382 hits
Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat terus menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan beban golongan miskin Bantuan ini adalah Bantuan Am Negeri B ntu n ini diberikan k d nd v du keluarga kur ng berkemampuan dan b rk rlu n untu...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Kronologi Kes Zulfarhan Osman Zulkarnain



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Aktiviti Dengan Anak 003

Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur