Rakyat Malaysia Perlu Berkorban



Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) memberi amaran bahawa majikan-majikan dalam semua sektor ekonomi, dijangka membuang pekerja dan tidak mengambil yang baru pada tahun depan kerana keadaan ekonomi yang semakin menurun.

Mereka juga mengadu bahawa kos pengeluaran mereka telah meningkat akibat beberapa dasar baru kerajaan PH sementara peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan juga dijangka berkurang berikutan jangkaan kemerosotan jumlah pelancong China yang memasuki negara.

Berikutan ini, MEF meluahkan kebimbangan tentang prospek pekerjaan untuk 450,000 ke 500,000 orang dari golongan belia yang akan memasuki pasaran kerja tahun depan.

Pada masa yang sama, persatuan pengguna juga memberi unjuran bahawa  pengguna perlu membayar lebih banyak untuk barang makanan tahun depan berikutan ekonomi yang lembab dan kelemahan ringgit.

Mereka percaya bahawa tahun depan akan menjadi tahun mencabar kepada pengguna Malaysia

Aktivis dari Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam ini juga berkata bahawa kegembiraan atas kemenangan pilihan raya umum lepas kini bertukar menjadi kemarahan berhubung “pelbagai isu”, termasuk harga barang.

Saya tengok tahun depan memang mencabar untuk negara.

Unjuran kadar pertumbuhan ekonomi negara telah banyak kali di turunkan oleh pelbagai pihak.

Sebagai contoh, syarikat penarafan kredit antarabangsa Moody's baru menurunkan kadar pertumbuhan KDNK negara kepada 4.4% untuk 2019 dan 3.6 % untuk 2020.berbanding 5.9% untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN.

Kadar elektrik sudah naik selepas PRU14 dan baru diumumkan akan naik lagi bulan Mac serta mungkin naik sekali lagi pada bulan Julai.

Kerajaan PH juga telah mengumumkan tarif air untuk semua negeri akan dinaikkan tahun depan manakala harga petrol akan diapung semula bermula bulan April tahun depan.

Pada masa yang sama, defisit negara bertambah lebih tinggi untuk tahun depan berbanding tahun 2017 dan kemungkinan besar akan merosot di luar jangkaan lagi kerana Guan Eng telah salah membuat andaian belanjawan tahun depan dengan harga minyak dunia pada US$72.

Harga minyak sekarang sudah jatuh kepda US$52 satu tong tetapi dia masih enggan untuk mengubah suai belanjawan untuk menghadapi realiti baru ini.

Harga komoditi lain seperti minyak sawit dan getah juga diunjurkan untuk terus lemah tahun depan.

Harga sawit mungkin bertambah teruk kerana pada minggu lepas, kerajaan PH telah gagal untuk menghalang parlimen negara Perancis dari meluluskan undang-undang untuk menolak penggunaan minyak sawit di negara mereka.

Saya bimbang lagi negara-negara lain di Eropah akan mengikut langkah Perancis ini.

Pada masa yang sama, ramai penganalisa percaya rebutan kuasa di dalam kerajaan PH yang telah bermula akan bertambah hangat tahun depan dan mungkin menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara.

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu lebih bersabar dan sedia berkorban seperti disaran oleh kerajaan PH.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/12/22/lebih-sedikit-peluang-kerja-dijangka-tahun-depan/

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/12/23/harga-barang-makanan-akan-lebih-mahal-tahun-depan-kata-aktivis-pengguna/

Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/rakyat-malaysia-perlu-berkorban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Baru Mengadu Dan Kesal Dengan Harga Kasut Sekolah Mahal

Rakyat Malaysia Baru Mengadu Dan Kesal Dengan Harga Kasut Sekolah Mahal

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 969 hits
KULIM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima aduan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga kelengkapan persekolahan terutamanya kasut sekolah menerusi talian aduan kementerian itu sejak kebelakangan ini M...
Suhakam Kerja Untuk Rakyat Malaysia Atau Barat Isma

Suhakam Kerja Untuk Rakyat Malaysia Atau Barat Isma

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 321 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Kerajaan patut bubar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia jika cadangan bercanggah dengan Perlembagaan dan keputusan pemerintah BANGI Ikatan Muslimin Malaysia mendesak kerajaan Pakatan Harapan mengkaji semula peranan dan ob...
Wajah Kacak Bayi Ini Berjaya Curi Tumpuan Rakyat Malaysia Anak Siapalah Ini

Wajah Kacak Bayi Ini Berjaya Curi Tumpuan Rakyat Malaysia Anak Siapalah Ini

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 496 hits
Baru baru ini viral di media sosial apabila seorang bayi yang baru lahir dikatakan sudah memiliki rupa paras yang kacak Foto bayi kelahiran Indonesia itu tersebar luas di Internet termasuk di Malaysia Ramai yang memuji wajah bayi itu yang s...
Adib Kritikal Doa Rakyat Malaysia Diperlukan

Adib Kritikal Doa Rakyat Malaysia Diperlukan

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 521 hits
Published on December 16 2018in by KUALA LUMPUR Keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim anggota bomba yang cedera parah selepas diserang dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya 27 November lalu dilaporkan sema...
Rakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di Sana

Rakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di Sana

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 355 hits
Rakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di SanaRakyat Malaysia Suka Pergi Ke Vietnam Tetapi Ada Perkara Yang Tidak Semua Tahu Tentang Bahayanya Di Sana
Bersatu Belum Buktikan Apa Apa Kepada Orang Melayu Dan Rakyat Malaysia Presidennya Masih Dihantui Umno

Bersatu Belum Buktikan Apa Apa Kepada Orang Melayu Dan Rakyat Malaysia Presidennya Masih Dihantui Umno

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR 30 Dis Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat selaku Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin yang diberikan ruang berucap semasa perasmian Perhimpunan Agung Armada dan Srikandinya s
Ini Respon Terakhir Adib Khas Buat Rakyat Malaysia Allahu Memang Sebak

Ini Respon Terakhir Adib Khas Buat Rakyat Malaysia Allahu Memang Sebak

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 939 hits
Semalam rakyat Malaysia diminta berdoa untuk kesihatan Anggota Bomba Mohammad Adib apabila beliau dikatakan kriitikal di IJN Malah hari ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah telah mengadakan solat hajat untuk Adib Solat hajat untu...
Empat Rakyat Malaysia Yang Terselamat Berkongsi Detik Cemas Orang Ramai Ketika Berlaku Tsunami Selat Sunda

Empat Rakyat Malaysia Yang Terselamat Berkongsi Detik Cemas Orang Ramai Ketika Berlaku Tsunami Selat Sunda

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 741 hits
Empat Rakyat Malaysia Yang Terselamat Berkongsi Detik Cemas Orang Ramai Ketika Berlaku Tsunami Selat SundaEmpat Rakyat Malaysia Yang Terselamat Berkongsi Detik Cemas Orang Ramai Ketika Berlaku Tsunami Selat Sunda
Rakyat Malaysia Sudah Biasa

Rakyat Malaysia Sudah Biasa

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 218 hits
Apabila pasukan Harimau Malaya tewas pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki Cup 2018 di Hanoi tempohari seluruh rakyat Malaysia yang cintakan bola sepak berduka Maklumlah sudah semakin hampir dengan kejayaan tetapi sekali lagi dikecew...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Dah Sampai Pulau Phuket

Khidmat Mafia Putih Untuk Uruskan Teman Lelaki Bermasalah

Wanita Dakwa Ditekan Polis Tarik Balik Laporan Anak Autistik Diserang

Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station