Rakyat Kemaman Berhak Dapat Mp Setaraf Shabery Cheek




Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Terengganu berhak mendapat wakil rakyat terbaik memandangkan kawasan parlimen itu pernah diwakili seorang Menteri Persekutuan.
Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, pengundi seharusnya membandingkan prestasi mantan Ahli Parlimen Kemaman Ahmad Shabery Cheek berbanding wakil rakyat terkini, Che Alias Hamid yang baru baru ini dibatalkan kemenangannya oleh mahkamah pilihanraya.
“(Sebelum ini) rakyat Kemaman pernah mempunyai Ahli Parlimen yang berstatus tinggi seperti Datuk Shabery Cheek. Pernah jadi menteri. Kenapa rakyat Kemaman nak menurunkan standard itu?
“Makanya orang Kemaman berhak mendapat Ahli Parlimen yang berkualiti. Terbukti kerja Shabery dari sudut pengurusan banjir (sewaktu menjadi Ahli Parlimen) diakui sebagai yang terbaik.
“Golden standard yang Shabery buat dalam pengurusan banjir itu ditiru oleh negeri negeri lain,” katanya kepada Suara Keadilan.
Ahmad Nadhir berkata, berbeza dengan Che Alias yang mewakili Kemaman selama sepenggal, suara rakyat di kawasan itu tenggelam di Dewan Rakyat kerana beliau tidak berjaya mengutarakan isu tempatan mahupun nasional secara bernas.
Hal itu, katanya berbeza ketika Shabery yang pernah menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mewakili kawasan berkenaan.
“Kali ini ada keperluan untuk Kemaman mempunyai seorang wakil rakyat berkaliber.
“Setakat ini tidak ada lagi wakil rakyat dari Terengganu yang boleh bersuara lantang, terutama dari Pas. Kebanyakannya merapu sahaja.
“Che Alias pula kurang cemerlang. Dia bercakap pun baca teks, dua tiga kali (bercakap) di parlimen, tak ada mencelah dan sebagainya,” ujar beliau.
Manakala pemilihan anak Kemaman, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, kata Ahmad Nadhir merupakan bukti kesungguhan UMNO mahu mengembalikan standard tinggi Kemaman, diwakili oleh golongan intelek dan berjasa kepada negara.
“Pemilihan bekas jeneral ini bukti kesungguhan BN untuk merampas kembali kerusi Kemaman yang dahulunya memang kubu kuat BN.
“Pemilihan Raja Affandi kerana beliau anak Kemaman yang berjaya di luar dan ingin kembali berbakti kepada rakyat Kemaman,” katanya lagi.
Setakat ini Pas belum mengumumkan calon mereka. Namun berkemungkinan Che Alias akan digugurkan kali ini.
Beliau dispekulasikan akan diganti oleh sama ada Menteri Besar Terengganu atau calon import yang merupakan bekas menteri dari Kelantan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kemaman, pada 2 Disember depan. Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 18 November, manakala hari pengundian awal 28 November.
PRK Kemaman diadakan apabila pada 26 September lepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
The post Rakyat Kemaman berhak dapat MP setaraf Shabery Cheek first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36840?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rakyat-kemaman-berhak-dapat-mp-setaraf-shabery-cheek

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Kemaman Shabery Cheek Tokoh Agama Dalam Senarai Calon Bn Kemaman

Prk Kemaman Shabery Cheek Tokoh Agama Dalam Senarai Calon Bn Kemaman

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 150 hits
Haspaizi ZainNama Pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek serta seorang tokoh agama di Terengganu adalah antara dalam senarai utama untuk diketengahkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Kemaman Menurut sumber BN kedudukan Ahmad Shabery y...
Rakyat Tak Rugi Dan Semoga Mendapat Kelebihan Dengan Peruntukan

Rakyat Tak Rugi Dan Semoga Mendapat Kelebihan Dengan Peruntukan

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 273 hits
Iskandar Dzulkarnain yang umumkan menyokong kepimpinan DS Anwar Ibrahim telah digantung oleh partinya untuk tempoh empat tahun Alhamdulillah Satu keputusan yang kita amat aku alukan Hukuman ini dengan sendirinya telah tutup cerita yang MP i...
Pencalonan Samsuri Tanda Pas Tidak Pandang Rendah Cabaran Bn Di Prk Kemaman

Pencalonan Samsuri Tanda Pas Tidak Pandang Rendah Cabaran Bn Di Prk Kemaman

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 257 hits
HarapanDaily comAKMAL MANAF Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Mazlan Ali berpendapat pencalonan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai wakil rakyat di Kemaman menunjukkan Pas tidak memandang rendah cabaran part...
Names Of Absent Mps To Be Displayed On Dewan Rakyat Website

Names Of Absent Mps To Be Displayed On Dewan Rakyat Website

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 389 hits
The names of MPs found to be absent from parliamentary sittings deliberately will be displayed on the Dewan Rakyat website so that their parliamentary constituents can be informed of the matter Dewan Rakyat speaker Johari Abdul said this wa...
Apa Bukti Kerajaan Ini Deliver Dan Membela Nasib Rakyat

Apa Bukti Kerajaan Ini Deliver Dan Membela Nasib Rakyat

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 230 hits
Kerajaan ini berjaya menurunkan kadar pengangguran kepada 3 4 setakat Ogos 2023 iaitu mencapai tahap guna tenaga penuh dan selari dengan pengangguran sebelum krisis COVID 19 Kerajaan ini yang membela nasib pekebun kecil getah Harga pengakti...
Sultan Nazrin Luah Rasa Pilu Penderitaan Rakyat Palestin

Sultan Nazrin Luah Rasa Pilu Penderitaan Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 327 hits
Sultan Nazrin luah rasa pilu penderitaan rakyat Palestin Dikemas kini 6 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Nov 2023 12 24PM
Kemaman By Election Not Possible For Malaysia To Become A Secular Nation Says Umno Sec Gen Asyraf Wajdi

Kemaman By Election Not Possible For Malaysia To Become A Secular Nation Says Umno Sec Gen Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 186 hits
It is not possible that this country will become a secular country which separates national and state administration from Islam said Umno secretary general Datuk Asyraf Wajdi Dusuki Asyraf said claims by PAS leaders that the administration ...
Kemaman Victory Will Benefit Terengganu As A Whole Bn Candidate

Kemaman Victory Will Benefit Terengganu As A Whole Bn Candidate

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 143 hits
KEMAMAN BY ELECTION A BN victory in the Kemaman by election on Dec 2 would not only benefit voters in the parliamentary constituency but the people of Terengganu in general This is according to BN s candidate former chief of defence forces ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco