Rakyat Kelantan Resah Runsing Jalani Pkp Tanpa Bekalan Air Bersih


Oleh ZAAIN ZIN dan BAHRUDDIN HATTA ARSYAFIERA Arshad menunjukkan bekalan air paip AKSB berwarna kekuningan dan berbau di rumahnya di Taman Hidayat, Machang, Kelantan, hari ini. - FOTO/BAHRUDDIN HATTAKOTA BHARU: Gangguan bekalan air membabitkan lebih 32,000 akaun pengguna di Machang dan Pasir Puteh serta sebahagian jajahan ini sejak Jumaat lalu, meresahkan orang ramai kerana berlaku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lebih meresahkan apabila mereka dimaklumkan, punca gangguan iaitu paip utama yang pecah di kawasan Pulai Chondong, Machang dijangka mengambil masa kira-kira sebulan untuk dibaik pulih sepenuhnya.
Tempoh sebegitu lama diambil bagi membaiki kerosakan mengundang rungutan pengguna yang terjejas termasuk Ketua Pemuda UMNO Machang, Mohd. Fakaruddin Ismail yang mendesak Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.
Mohd. Fakaruddin juga menyeru rakyat Kelantan untuk sama-sama bangkit dan mendesak kerajaan negeri supaya tidak lagi flip flop dalam membuat keputusan dan segera menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini yang berlarutan sejak sekian lama.
“Kita faham dan reda dengan apa yang berlaku, namun rasa reda yang ‘ditarbiah’ selama ini janganlah dijadikan alasan untuk pihak berwajib tidak berusaha dan mengambil mudah perkara asas yang menjadi keperluan rakyat.
“Kita juga wajar bertanya kepada pihak kerajaan negeri dan pihak AKSB, sampai bila penduduk Machang khususnya dan rakyat Kelantan keseluruhannya terpaksa melalui episod gangguan air yang seakan tidak berkesudahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jumaat lalu, AKSB menerusi satu hebahan rasmi memaklumkan sebanyak 32,018 akaun air terawat AKSB di tiga jajahan mengalami gangguan air berikutan paip yang membawa air mentah dari Sungai Bagan ke Loji Rawatan Air Merbau Chondong, Machang didapati pecah.
Ketika melawat lokasi paip yang pecah kelmarin, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor dalam satu kenyataan di akaun Facebook rasmi AKSB memaklumkan kerja-kerja membaiki paip yang rosak dijangka mengambil masa sebulan.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan perumahan di Machang mendapati AKSB telah menyediakan tangki-tangki statik dengan kapasiti bekalan air bersih antara 200 hingga 2,000 gelen di lokasi-lokasi strategik untuk kegunaan orang ramai.
Seorang guru, Nur Izzati Saidi, 32, yang mengandung tiga bulan dan kerap mengalami alahan   berkata, bekalan air di rumahnya di Pangkal Meleret yang terputus sejak lima hari lalu menyebabkan suaminya terpaksa ‘meminta’ air bersih di rumah rakan-rakan.
“Kami juga bergantung bekalan air bersih dari rumah jiran yang mempunyai sumber air dari telaga tiub atau boring,” katanya.
Peniaga makanan, Ahmad Zahirul Affendi, 35, pula memberitahu, keperitan ketiadaan bekalan air dirasakan berganda kerana terjadi ketika dalam keadaan PKP masih dilaksanakan dan penularan Covid-19 yang masih serius di Kelantan.
Sementara itu, suri rumah, Arsyafiera Arshad, 38, yang tinggal di Lorong Hidayat pula memberitahu, bekalan air di rumahnya diterima dalam bentuk air kotor berkelodak dengan warna seakan-akan ‘nescafe tarik’ serta berbau.
“Susahnya mahu menjalani kehidupan harian apabila terputus bekalan air bersih dengan keadaan PKP sekarang yang menghadkan pergerakan kita,” keluh wanita itu. UTUSAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/rakyat-kelantan-resah-runsing-jalani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Relawan Muda Isma Kerjasama Paip Bantu Hantar Satu Juta Liter Bekalan Air Bersih

Relawan Muda Isma Kerjasama Paip Bantu Hantar Satu Juta Liter Bekalan Air Bersih

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Relawan Muda Ikatan Muslimin Malaysia bekerjasama dengan Pengurusan Air Pahang Berhad membantu membekalkan satu juta liter bekalan air bersih kepada mangsa banjir yang terjejas di Pahang Ketua Koordinator Bencana Relawan Muda I...
Pkp Kasihan Rakyat Kelantan Sebab Exco Cerdik Sangat

Pkp Kasihan Rakyat Kelantan Sebab Exco Cerdik Sangat

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 428 hits
MALAYSIA DATELINEPermohonan kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mengundang rasa kasihan kepada rakyat negeri itu Naib Ketua AMANAH Rantau Panjang Mohd Hisyamuddin Ghazali berpandangan Kerajaan Pas Kelantan b...
No Complain Rakyat Kelantan Rela Ditipu

No Complain Rakyat Kelantan Rela Ditipu

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 176 hits
Penutupan Loji Rawatan Air Merbau Chondong Pulai Chondong menimbulkan rasa tidak senang kepada 32 000 pemegang akaun Air Kelantan Sdn Bhd yang terjejas Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kelan berkaitan APA jua di Kelantan Jangan salahkan pe...
Derita Rakyat Tahukah Anda Di Tengah Bandaraya Kl Ini Dalam Keadaan Pkp

Derita Rakyat Tahukah Anda Di Tengah Bandaraya Kl Ini Dalam Keadaan Pkp

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 232 hits
Tahukah anda di tgh bandaraya KL ini dalam keadaan PKP1 Pakcik teksi ada yg dpt RM10 20 sehari2 Bas sekolah dan makcik kantin hilang pendapatan selama 6 bulan pd 2020 dan sambung lg sampai entah bila 3 Abg burger yg biasa buka lepas Maghrib...
Sengsara Pkp Muhyiddin Mana Bantuan Untuk Rakyat

Sengsara Pkp Muhyiddin Mana Bantuan Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 289 hits
Pada 13 Januari 2021Oleh Zamzani HusinPengumuman perintah kawalan pergerakan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam ternyata mengecewakan rakyat kebanyakan Mereka yang datang dari kelompok B40 adalah golongan yang paling terkesan den...
Mp Tuaran Ajak Wakil Rakyat Umno Yang Bersih Sertai Ph Plus

Mp Tuaran Ajak Wakil Rakyat Umno Yang Bersih Sertai Ph Plus

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 190 hits
Malaysiakini Lebih ramai anggota parlimen BN dijangka akan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional Sehubungan itu Presiden Upko Wilfred Madius Tangau mengajak wakil rakyat terbabit menyertai P...
Pkp Di Seluruh Kelantan Mulai Esok Hingga 26 Januari Ismail Sabri

Pkp Di Seluruh Kelantan Mulai Esok Hingga 26 Januari Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 355 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi telah menyatakan bahawa negeri Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Menurutnya keputusan tersebut dibuat selepas Kementeria...
Pkp Di Kelantan Bermula Tengah Malam Ini

Pkp Di Kelantan Bermula Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 260 hits
PETALING JAYA Perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan di Kelantan selama 14 hari bermula 16 hingga 29 Jan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata PKP dilaksanakan susulan peningkatan kes mendadak di negeri itu BERITA LANJUT MENYUSUL
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco