Rakyat Kelantan Bersemangat Untuk Tumbangkan Pas


SUSUPAN SUBUH

Masjid Razaleigh di Gua Musang 
boleh mengaspirasikan rakyat Kelantan
untuk berubah.DALAM dua bulan ini sudah dua kali saya balik ke Kelantan. Dikesempatan itu saya berpeluang untuk berintraksi dengan sebilangan rakyat dari berbagai lapisan dan latar belakang untuk meninjau keadaan politik di Kelantan hari ini, khasnya kedudukan kerajaan Kelantan peninggalan arwah Nik Abdul Aziz yang sudah berusia 32 tahun. 

Apa lagi bila dekat pilihan raya umum, cakap-cakap politik makin rancak. Rakyat Kelantan dikenali sebagai masyarakat yang suka berpolitik. Bagi rakyat Kelantan, mereka berpolitik sepanjang masa, mereka tidak pernah berhenti berpolitik. Tiada masa senggang untuk tidak bermain politik. Politik adalah budaya seperti permainan tradisi. Politik adalah makan minum buat mereka.  
Tempat membicarakan isu-isu politik pula bukan sahaja di balai-balai tempat berhimpun dan berkumpulnya anggota parti atau ketika diadakan majlis politik, tetapi dimana-mana jua. Kedai kopi, kedai gunting, dalam pasar, atas wakaf, setesen teksi, di sekolah menjadi medan untuk mereka bersembang untuk mendapat informasi politik. 
Adakalanya di atas surau juga turut sama dibawa politik. Kalaupun sedikit suci ialah di dalam masjid, sebab masjid dikuasai oleh Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) yang dibawah naungan Al-Sultan. Namun begitu pun masih ada masjid yang berani atau (degil) membenarkan politik diselitkan menerusi kuliyyah ustaz ataupun guru-guru tertentu. 
Kobaran semangat.
Selama berada di Kelantan beberapa hari itu, dapat saya simpulkan semangat rata-rata rakyat Kelantan untuk menumbangkan kerajaan Pas sangat tinggi dan sudah membuak-buak. Mereka sedang berghairah bagi menghadapi pilihan raya buat mengajar Pas. Semangat mereka berkobar-kobar. Sepuloh orang yang ditemui dan diajak bersembang politik, lapan atau sembilan orang mengatakan mereka tidak mahu lagi kepada Pas. Masing-masing memberi pendapat Pas sudah tidak relevan dan perlu tumbangkan.  
Segala macam pendedahan, penyelewengan, salah urus tadbir negeri, kelemahan pentadbiran yang didedah akhir-akhir ini telah memancing hati mereka untuk membuat semakan terhadap kerajaan Pas. Situasi itu menambahkan keinginan mereka untuk tidak membenarkan Pas terus mentadbir negeri. Mereka mula insaf kalau dibiarkan Pas terus memerintah maka negeri akan mengalami berbagai kerugian lagi dan tidak maju.

Segala pendedahan yang dibuat secara berfakta, tidak dapat dibalas atau gagal dijawab oleh pemimpin Pas. Pemimpin Pas banyak jadi tikus jatuh ke genak daripada menjawab isu. Kalau pun yang "lacak" bercakap menjawab isu-isu yang dibangkitkan hanya Mohd Amar Nik Abdullah, itu pun secara simplistik dan berhujah menggunakan "ken", jauh sekali mengambil pendekatan rasional.

Mohd Amar sudah 
damage Pas.Walaupun pihak Pas (Mohd Amar) telah bangkit membela dan menafikan setengah apa yang didedahkan, tetapi rakyat Kelantan seperti sudah kalih dengan ucapan dan pembelaan demikian. Ini kerana Mohd Amar tidak menjawab isu tetapi lebih banyak menyumpah dan menghina orang yang cuba memberi islah.  Hujah-hujah dan dalil agama diberikan, mengatakan Pas parti Islam sudah menjadi dawas perlahan-lahan dan tidak laku lagi. 
Misalnya kalau sebelum ini mereka percaya kepada Pas yang mengambil dasar Islam sebagai roh pemerintahan, kini ia sudah tidak boleh diyakini lagi, sebaliknya ia hanya jadi bahan persendaan. Keyakinan mereka sudah lupus apabila terdapat beberapa wakil rakyat Pas sendiri terlibat dengan penyalahgunaan kuasa untuk memiliki kekayaan. 
Permainan politik wang dan kegemaran mempamerkan kekayaan di kalangan pemimpin Pas sangat menjolok mata. Begitu juga dengan syariat berpoligami, sudah jadi budaya di kalangan wakil rakyat sehingga ada tergamak berkahwin dan menceraikan isteri menerusi internet. 
Kegagalan Pas melaksanakan sistem Islam yang dijanjikan juga menyebabkan rakyat Kelantan mulai mengenali Pas sebagai parti kelentong atau sama dengan parti-parti lain. Mereka menggunakan imej Islam untuk memperdayakan rakyat sahaja. Kalau dahulu mereka percaya kepada Pas yang menggunakan alasan tidak ada kuasa bagi melaksanakan semua itu, kerana Pas berada di luar kerajaan. Mereka boleh maaf dan bersabar dengan Pas kalau apa dijanjikan itu lambat atau tidak dilaksanakan.
Tetapi hari ini hujah dan alasan itu sudah tidak laku lagi. Hari ini Pas adalah sebahagian kerajaan. Sekurang-kurang lima hingga tujuh orang ahli parlimen Pas bertaraf menteri dan timbalan menteri manakala yang lain memegang jawatan pengerusi GLC atau lembaga. Antara ahli parlimen Pas yang jadi menteri ialah, Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad, Takiyuddin Hassan, sementara timbalan menteri Nik Zawawi, Awang Hashim, Siti Zailah Yusfo dan lain-lain. 
Sebelum ini Pas menggunakankan tidak mempunyai kuasa (kerajaan) sebagai alasan untuk tidak melaksanakan janji mereka bagi melaksanakan suruhan agama. Rakyat percaya dengan alasan itu dan sabar dengan apa yang terjadi.  Lantas mereka bermati-matian penuh ikhlas berusaha mendapatkan kuasa sehingga sanggup menghadapi apa jua pencaroba.
Salah satu perkara yang sangat diperhatikan mereka ialah hudud. Sebelum dapat kuasa bukan main lagi Pas berjanji akan melaksanakan hudud. Hudud dijadikan destinasi dan mauduk terbesar dalam perjuangannya. Seolah-olah hududlah segala-gala bagi Pas hatta ekonomi dan kewangan langsung penting langsung. 
Ketika hendak bentangkan RUU 355 bagi memberi kuasa kepada mahkamah syariah ke arah membolehkan hudud dilaksanakan, bukan main lagi Pas mengerahkan rakyat untuk menyokongnya. Sampai mengadakan tunjuk perasaan menyokong RUU 355 di parlimen. Rakyat jauh dan dekat, dari kota dan desa dikerah untuk berhimpun di Padang Merbok. Semua rakyat yang tersihir dengan Pas hadir kerana merebut syahid di sana. Seorang penyokong setia Pas sanggup mengayuh "gerek" ke Padang Merbok demi hudud.  
Malangnya selepas Pas berada dalam kerajaan dan wakil rakyatnya mula merasai keempukan kerusi menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC, sudah merasai keenakan seat bisnes class di pesawat, sudah reti membuat tuntutan elaun dan sebagainya, suara memperjuangkan hudud pun tenggelam. RUU 355 yang pernah dibaca di parlimen juga tidak disebut dan menjadi keutamaan lagi.
Padahal hujah rakyat, saat inilah kalau Pas serius hendak melekansakan hudud dengan membentang RUU355 yang udah pun pernah dibaca di parlimen itu. Jika RUU 355 dibentang ia tidak ada masalah untuk mendapat sokongan. Suara pembangkang yang ada dalam parlimen ketika ini tidak mampu menolaknya. 
Tetapi soal mereka, kenapa RUU 355 itu senyap. Kesenyapan itu menunjukkan Pas tidak serius dan hudud adalah modal tetap Pas setiap kali berpilih raya semata-mata. Perubahan inilah menjadi rakyat Kelantan terutamanya mereka yang obses dengan hudud kecewa dan marah kepada Pas serta hilang kepercayaan kepada parti bernuansa agama itu.  
Dua kali lima.
Sikap itulah menambahkan rasa geli gelaman orang Pas kepada parti itu. Sementara mereka yang sebelum ini menyokong Pas atas dasar bencikan Umno, atau melihat Umno unIslamic, parti sekular berbanding dengan Pas perlahan-lahan sudah bermuhasabah dan mula menarik sokongan. Mereka sudah menyedari yang selama ini mereka diperbodoh-bodoh dan diperkotak-katikkan oleh Pas dengan menggunakan makep agama (Islam). Mereka sudah mula berfikir bahawa tidak banyak dan jauh bezanya di antara Pas dengan Umno. Dua kali lima sahaja. 
Perkembangan itu menyebabkan rakyat Kelantan sudah tidak yakin Pas. Manakala kelemahan urus tadbir negeri, kegagalan berpanjuangan menyelesaikan berbagai masalah yang sudah berlarutan berdekad-dekad seperti menyediakan kemudahan asas, air bersih, jalan raya, menyediakan peluang pekerajaan, kekeringan idea menggunakan aset semula jadi, menjadikan rambu menambahkan marah mereka.
Alasan kenapa air terus bermasalah di Kelantan kononnya kerajaan tidak mempunyai wang atau peruntukannya disekat oleh Pusat sudah tidak dapat diguna lagi. Alasan itu sudah tidak boleh diterima apabila kerajaan kini mempunyai lebihan perbelanjaan dalam perbendahraan negeri (suples) sebanyak RM300 hingga RM400 juta. Rakyat yang cerdik bertanya kenapa wang itu tidak digunakan untuk memberesi masalah rakyat.
Dengan menilai kerajaan Kelantan mempunyai wang apabila royalti petronas dibayar, tetapi ia tidak dimanfaat sepatutnya, menyebabkan rakyat mula berfikir bahawa kerajaan Kelantan tidak ada idea. Kerajaan Kelantan hari ini tidak kreatif dan tahu menggunakan wang untuk rakyat tetapi bijak untuk diri sendiri. 
Pakar-pakar pentadbiran dan ekonomi tidak ada dalam barisan kerajaan kini.  Sebab inilah mereka berfikir kerajaan perlu ditukar kepada mereka yang berpengalaman serta bijak mengurus negeri. Di sini akal lebih penting daripada kekayaan.
Tidak gampang.
Bagaimana pun apa menjadi persoalan sekarang ini kehendak rakyat itu tidak mudah dicapai. Kerajaan Pas yang ada hari ini tidak gampang untuk ditumbangkan. Walaupun semangat rakyat sudah membanjir, tetapi untuk menyingkirkan Pas bukan perkara senang sekiranya beberapa keadaan tidak diperbetulkan dan ditindak dengan segera.
Umno adalah parti kedua terbesar di Kelantan selepas Pas. Apa lagi parti ini pernah membentuk kerajaan dan membawa perubahan ke Kelantan dalam waktu yang relatif singkat sewaktu memerintah. Dengan pengalaman itu Umnolah parti paling wajar menjadi dan diletakkan harapan untuk menggulingkan Pas. Sekiranya Umno sedia bersama Pas, maka hasrat rakyat Kelantan untuk melihat perubahan tidak akan tercapai. Pasti Pas akan terus menang. 
Masalahnya kini parti itu seperti tidak bersedia untuk bergerak sendiri. Ada masalah yang membelenggu parti itu. Pertama tidak ada perpaduan kental dalam parti itu. Secara sedar atau tidak, ada dua pihak dalam Umno. Satu pihak tidak yakin dengan kekuatan sendiri dan mereka lebih cenderong untuk bersama Pas. Puak yang cenderong untuk bersama Pas lebih untuk menjaga kepentingan diri.  Mereka percaya kerusi mereka akan selamat kalau bergabung dengan Pas.
Manakala pihak kedua ialah pihak yang mahu bertanding sendiri dan menolak Pas kerana Pas menerima Bersatu. Tindakan mereka ini apabila Pas yang sebelum ini berhajat untuk bersama mereka tetapi telah memilih Bersatu untuk dijadikan gabungan. Pelancaran gabungan itu, Perikatan Nasional (PN) telah pun dilakukan di Tanah Merah baru-baru ini. Peluncuran PN itu sedikit sebanyak mengecewakan mereka dalam Umno itu. 
Sehingga kini Umno Kelantan masih belum berbuat apa-apa sekadar turun ke kawasan selepas mengadakan retreat di Bangkok. Sebarang himpunan raksasa bagi menunjukkan kekuatan belum dibuat. Apakah parti itu masih menanti perkembangan selanjutnya dan tetap berharap akan bekerjasama dengan Pas? Walahu'alam. 
Jika dilihat kepada sikap dan perangai Pas kini, Umno Kelantan sepatutnya tidak perlu menanti Pas lagi. Parti itu perlu move on, membina kekuatan sendiri. Umno perlu yakin diri untuk menumbangkan kerajaan Pas. Umno tidak perlu berlengah sehingga kapal sudah mengangkat sauhnya. Usah lewat membilang waktu.  
Sebenarnya Umno mempunyai peluang dan kesempatan yang baik untuk mencapai cita-cita lama mereka itu untuk berkuasa di Kelantan. Umno harus sedar lebih 30 tahun ia menunggu untuk menguasai Kelantan. Kini peluang itu sudah terbuka luas. Umno cuma perlu berani dan yakin sahaja lagi. Kesempatan yang ada perlu bijaksana mengambilnya.  
Impian Umno untuk menumbangkan Pas kali ini akan berjaya walaupun parti itu berkolaborasi dengan Bersatu. Syarat satu sahaja, Umno perlu bersedia untuk bergabung dan bekerjasama dengan PH dan parti pembangkang lain. Dan PH yang didalamnya ada PKR dan PTC (Amanah) tidak perlu menjual mahal, sebaliknya kena insaf dan sedar diri. Kata orang beli baju kena ukur badan sendiri, kalau tidak kelonggran nanti.  
Dalam gabungan itu jangan lupa bawah bersama SaveKelantan, yang kini bertanggungjawab dan dilihat sebuah Ngo yang bangkit penuh kesedaran dan bertanggungjawab untuk membela rakyat dan negeri Kelantan. SaveKelantan walaupun bukan partisan, tetapi peranan dan penglibartannya sangat signifikan dalam usaha untuk menumbangkang Pas. 
Dan jika Umno mengabai akan kepentingan ini, serta masih menunggu gamitan daripada Pas untuk bersamanya, Umno akan ketinggalan. Pilihan raya umum boleh tiba bila-bila masa tanpa menanti mana-mana pihak bersiapa sedia atau tidak. Dan pilhan raya umum ke-15 ini tidak memberi apa-apa erti kepadanya, melainkan sikap lembat dan lembab Umno itu hanya memberi keuntungan kepada Pas. Beberapa kerat Umno yang cenderong dengan Pas demi survive politik mereka tentu "bergumbira" dengan sikap yang ditunjukkan Umno Kelantan kini. [wm.kl.11:27 am 26/07/2022]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/07/rakyat-kelantan-bersemangat-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Besarkan Jalan Tapi Guna Setahun Sekali Takde Makna Juga Timb Mb Kelantan Minta Rakyat Hadap Je Jalan Jem

Kalau Besarkan Jalan Tapi Guna Setahun Sekali Takde Makna Juga Timb Mb Kelantan Minta Rakyat Hadap Je Jalan Jem

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 515 hits
Bagi mereka yang selalu pulang ke Kelantan semasa musim perayaan umum mengetahui mereka terpaksa menempuh perjalanan yang lama akibat kesesakan teruk dan juga keadaan jalan raya Walaupun sejak dari dulu lagi penduduk di negeri kerap mengges...
Umno Pas Dan Bersatu Menipu Rakyat

Umno Pas Dan Bersatu Menipu Rakyat

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 294 hits
Nampaknya Umno PAS dan Bersatu banyak menipu rakyat Apa yang on the surface berbeza dengan apa yang behind the scene Mereka perlu lebih tulus dan ikhlas dan juga bagitahu rakyat apa sebenar yang sedang berlaku
Rakyat Kelantan Dah Berpuluh Tahun Minta Air Jernih Nik Amar Ni Tuli Bengong Ke

Rakyat Kelantan Dah Berpuluh Tahun Minta Air Jernih Nik Amar Ni Tuli Bengong Ke

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 202 hits
Banyak lagi yang rakyat kelantan minta PAS buat sebelum sebelum sebelum ini sejak zaman Nik aziz tetapi sampai sekarang Dan sampai ke sudah hare Dok sumbat mulut dan telinga rakyat kelantan dengan ceramah mat jenin Kalau dah bodo dok bertan...
Rakyat Kelantan Lebih Bahagia Dari Selangor Yang Kaya Tapi Rakyatnya Tak Bahagia Kajian

Rakyat Kelantan Lebih Bahagia Dari Selangor Yang Kaya Tapi Rakyatnya Tak Bahagia Kajian

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 210 hits
Rakyat Kelantan lebih bahagia dari Selangor yang kaya tapi rakyatnya tak bahagia KajianLaporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021 mendedahkan Kelantan berada di kedudukan kelima sekali gus membuktikan rakyat di negeri itu berpuas hati ...
Umno Yang Penakut Tidak Berani Guna Logo Sendiri Tmb Kelantan Naib Presiden Pas

Umno Yang Penakut Tidak Berani Guna Logo Sendiri Tmb Kelantan Naib Presiden Pas

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 163 hits
UMNO yang penakut tidak berani guna logo sendiri TMB Kelantan Naib Presiden PAS KOTA BHARU UMNO sesuai dilabelkan sebagai parti penakut apabila tidak pernah berani untuk menggunakan logo sendiri setiap kali berlakunya Pilihan Raya Umum atau...
Setahun Sekali Je Sesak Mb Kelantan Dakwa Tiada Guna Besarkan Jalan Untuk Kemudahan Rakyat Ketika Perayaan

Setahun Sekali Je Sesak Mb Kelantan Dakwa Tiada Guna Besarkan Jalan Untuk Kemudahan Rakyat Ketika Perayaan

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 286 hits
Sebuah video menjadi perdebatan netizen apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ada membuat kenyataan mengenai permintaan rakyat memperbesarkan jalan di negeri itu Dalam video itu Mohd Amar ada mengulas mengenai kesesaka...
Husam Musa Siapa Pemimpin Pas Kelantan Di Belakang Balak Tebang Habis Dan Beri Milik Hutan Simpan

Husam Musa Siapa Pemimpin Pas Kelantan Di Belakang Balak Tebang Habis Dan Beri Milik Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 332 hits
Siapa Pemimpin Pas Kelantan Di Belakang Balak Tebang Habis dan Beri Milik Hutan Simpan 1 Asik asyik salahkan Husam Kononnya Husam mulakan Kononnya di zaman Husam pun perkara ini berlaku Susah sangat kah untuk menentukan siapakah yg sebenarn...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah