Rakyat Bukan Suka Suka Mahukan Duit Percuma


Yasmin Ramlan Diterbitkan Hari ini 9:06 pagi 

Rakyat berpendapatan rendah tidak mengharapkan “duit percuma” daripada kerajaan sekiranya keadaan ekonomi mereka tidak begitu mendesak, kata penganalisis ekonomi Prof Bajoyai Bardai.

Barjoyai berkata, andaian bahawa golongan berkenaan sentiasa mengharapkan duit percuma daripada kerajaan adalah tidak adil kerana mereka juga mempunyai maruah diri.

"Pada satu tahap apabila mereka merasa sangat resah dan hampir berputus asa, bagi apa sahaja mereka akan ambil.

“Ini macam orang yang lemas dalam sungai tak tahu berenang. Jadi apa saja yang tercapai di sungai itu dia akan capai supaya dia selamat dan tidak lemas.

“Kalau sekiranya mereka masih boleh cari pendapatan lain, mereka akan mengelakkan untuk dapat duit percuma sebab mereka pun ada rasa harga diri,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kelmarin yang mengatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak begitu disukai sesetengah rakyat kerana tidak meneruskan amalan pentadbiran BN yang memberi "duit percuma”.
Menurut Mahathir, ini kerana PH perlu menanggung beban hutang yang menyebabkan kerajaan yang berusia setahun itu tidak mampu berbuat demikian.

Tanggungjawab kerajaan jaga rakyat

Sebaliknya Barjoyai berkata, apa yang perlu dilakukan kerajaan adalah mengkaji secara terperinci kedudukan golongan B40, bukannya mempertikai pemberian duit percuma.

Beliau menjelaskan, tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan setiap warga Malaysia mempunyai sumber pendapatan yang cukup untuk menjalani kehidupan yang selesa.

“Bagi saya, mereka bukan B40 tapi B60 sebab ada 60 peratus penduduk Malaysia yang sebenarnya berpendapatan kurang daripada kos sara hidup,” katanya.

B40 merupakan istilah kepada kumpulan isi rumah berpendapatan terendah 40 peratus, iaitu bergantung kepada peratusan populasi negara.

“Dalam suasana ekonomi sekarang ini, mereka sangat putus asa, tak tahu apa lagi sumber yang boleh mereka dapat. Mungkin dah sampai ke peringkat mencuri, ambil apa saja asalkan boleh makan misalnya," katanya.

Kerajaan tak tunai janji pulih ekonomi

Kenyataan Barjoyai itu turut disokong penganalisis politik Prof Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya yang menyifatkan rakyat tidak terlalu terdesak mahukan duit percuma.

Katanya, mereka mahukan ekonomi dipulihkan bagi menjana pendapatan rakyat, seperti yang dijanjikan kerajaan.
“Bukan rakyat mahu duit percuma, cuma rakyat mahu misalnya tol dapat dihapuskan sebagaimana janji PH, PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dapat ditangani dengan lebih bijaksana.

“Namun, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan walaupun GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dihapuskan, tidak sama seperti dijanjikan oleh PH yang mengatakan dapat menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.

“Maka, ini amatlah membebankan hidup rakyat bawahan, selain masyarakat pertengahan turut terasa bahangnya,” katanya.

Beliau berkata, pemberian wang tunai seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) turut dilaksanakan negara maju seperti Singapura dan Belanda.

“Malah Finland memberikan gaji minima kepada penganggur untuk tempoh tertentu sebelum dapat berdikari.

“Negara Jepun sendiri pula terkenal dengan dasar negara kebajikan yang memfokuskan kewangan, perubatan dan insuran rakyat,” katanya.

Namun, katanya bantuan seperti itu tidak semestinya diberi dalam bentuk wang tunai tetapi boleh diberikan dalam bentuk subsidi harga barangan dan perkhidmatan.

“Dengan kata lain, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan nasib rakyatnya terbela.

“Tidak ada kerajaan di dunia yang dapat menghapuskan pemberian duit percuma ini,” katanya.

Semalam, kerajaan dilaporkan akan memberikan insentif raya sebanyak RM300 kepada peneroka Felda tahun ini, berikutan mengmabil kira maslaah kewangan yang dihadapi peneroka.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali memberi gambaran tidak akan memberikan insentif duit raya kepada mereka tahun ini kerana kerajaan lebih menumpukan proses pemulihan Felda


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/rakyat-bukan-suka-suka-mahukan-duit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chris Lee Ikhlas Agih Zakat Dia Tak Curi Duit Rakyat

Chris Lee Ikhlas Agih Zakat Dia Tak Curi Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 268 hits
Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari mempertahankan tindakan anggota Dewan Undangan Negeri bukan Islam parti itu yang mengedarkan zakat Zairil yang juga Adun Tanjong Bunga berbuat demikian dengan bersandarkan pandangan mufti n...
Bn Ajar Orang Melayu Bergantung Dengan Bantuan Duit Percuma

Bn Ajar Orang Melayu Bergantung Dengan Bantuan Duit Percuma

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 291 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa pentadbiran lama BN bertanggungjawab dalam membentuk mentaliti salah rakyat khususnya orang melayu yang bergantung kepada bantuan kewangan percuma Menurut beliau mentaliti seperti itu tidak baik ...
Kerajaan Ph Jangan Aniaya Rakyat Segerakan Duit Raya Felda Dividen Risda Felcra

Kerajaan Ph Jangan Aniaya Rakyat Segerakan Duit Raya Felda Dividen Risda Felcra

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 437 hits
Aidilfitri hanya berbaki kurang seminggu namun harapan warga peneroka khususnya di tanah rancangan Felda RISDA dan Felcra di seluruh negara untuk menerima duit raya dari kerajaan Pakatan Harapan masih terbiar tinggal harapan Sehubungan itu ...
Contoh Lonjakan Caj Tnb Untuk Menjarah Duit Rakyat

Contoh Lonjakan Caj Tnb Untuk Menjarah Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 355 hits
Menurut seorang rakyat Haikal yang menghantar bil ini kepada kami jumlah ini dianggap melampau tinggi dan agak mustahil untuk mencecah sehingga RM305 17 atau sehingga 746 kWh bagi tempoh bacaan bil 32 hari Rumah saya setingkat dan kalau mus...
Alkisah Projek Military Camp Yg Tak Wujud Duit Lesap Semasa Kerajaan Bnumno

Alkisah Projek Military Camp Yg Tak Wujud Duit Lesap Semasa Kerajaan Bnumno

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 551 hits
Projek kem military ini lansung tidak ade dlm rancangan kabinet juga tak dimaklumkan tetiba duit peruntukan Kem Port Dickson RM250m diambil utk projek kem yg diluluskan oleh Najib tanpa pengetahuan kabinet Selepas papan kenyataan projek din...
Rugi Kedekut Dengan Isteri Anggaplah Duit Diberi Umpama Elaun Khas Baru Lebih Berkat

Rugi Kedekut Dengan Isteri Anggaplah Duit Diberi Umpama Elaun Khas Baru Lebih Berkat

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 386 hits
Susah macam mana sekalipun dugaan dan cabaran kehidupan jangan pernah kedekut pada isteri Rugilah kalau kedekut kerana melalui mereka juga boleh mendatangkan lebih banyak rezeki Kalau ada lebih kita bagi lebih Kalau ada kurang kita bagi iku...
Lepas Salam Tak Semestinya Dapat Duit Raya Ibu Ayah Kena Betulkan Mindset Anak

Lepas Salam Tak Semestinya Dapat Duit Raya Ibu Ayah Kena Betulkan Mindset Anak

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 807 hits
Kala sambutan raya kanak kanaklah menjadi orang yang paling seronok Girang gembira dan teruja elok juga dingatkan beberapa pesanan penting supaya menjaga adab Manisnya menyambut hari raya buat kanak kanak kenangan yang akan terpahat dalam i...
Ubah Niat Kita Beri Duit Raya Jangan Ajar Anak Meminta Minta Duit Raya

Ubah Niat Kita Beri Duit Raya Jangan Ajar Anak Meminta Minta Duit Raya

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 690 hits
Duit raya memang sinonim dengan hari perayaan Ianya sebagai simbol kita untuk mengembirakan hati penerima terutama kanak kanak Jumlahnya bukanlah ukuran kerana asas utamanya adalah hadiah dan sedekah dan pemberian duit raya bukanlah sesuatu...
Sebelum Ajar Anak Menabung Ajar Dulu Dia Value Duit Sampai Dia Faham Untuk Menabung

Sebelum Ajar Anak Menabung Ajar Dulu Dia Value Duit Sampai Dia Faham Untuk Menabung

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 371 hits
Menjelang hari raya pasti yang paling seronok ialah anak anak Yelah duit raya pasti menjadi perhatian anak anak berbanding makanan Ketika ini lah anak anak akan sibuk mengira hasil duit raya Baca Selanjutnya Ibu bapa jangan terlalu cepat me...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint