Rakyat Akar Umbi Masih Terima Muhyiddin



Hakikat sebenarnya ialah data menunjukkan tahap penerimaan ke atas Muhyiddin masih lagi tinggi pada tarikh beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu.
(MalaysiaNow) – Lantikan Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri sewajarnya disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat.
Sangat tidak betul dakwaan yang masih mengaitkan Muhyiddin dengan “kerajaan gagal” kerana ia tidak mencerminkan penerimaan rakyat di akar umbi sebaliknya sentimen partisan sahaja.
Kita boleh faham bila orang seperti Saifuddin Nasution Ismail menyebut Muhyiddin “yang bertanggungjawab atas penderitaan rakyat ketika ini” kerana dia pemimpin PKR. Begitu juga dengan orang seperti A Kadir Jasin yang menyifatkan lantikan itu seperti “tikus dibagi tugas memperbaiki labu yang dirosakkannya” kerana dia memusuhi Muhyiddin.
Hakikat sebenarnya ialah data menunjukkan tahap penerimaan ke atas Muhyiddin masih lagi tinggi pada tarikh beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu.
Ini terbukti dari kaji selidik Merdeka Centre pada 10-12 Ogos lalu yang menunjukkan tahap penerimaan ke atas beliau berada pada 52%, dengan 74% Melayu teguh menyokong beliau.
Beliau juga terbukti tetap popular dalam kalangan rakyat walaupun selepas meletakkan jawatan dengan hantaran Facebook beliau mendapat sambutan hangat daripada para pembaca.
Hantaran Facebook bertajuk “Amanat Terakhir Tan Sri Muhyiddin kepada Pegawai Pejabat Perdana Menteri” contohnya mendapat 22,000 komen, 41,000 perkongsian dan 215,000 sukaan.
Lebih mutakhir adalah kenyataan media penerimaan lantikan sebagai pengerusi MPN yang mendapat 6,200 komen, 2,700 perkongsian dan 68,000 sukaan yang membuktikan sokongan kepada beliau.
Amat malang sekali bila beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri bukan kerana gagal mendapat sokongan rakyat tetapi kerana penarikan balik sokongan Ahli-Ahli Parlimen tertentu.
Begitulah juga dengan imej “Kerajaan Gagal” yang terus-menerus cuba dipalitkan kepada Muhyiddin walaupun beliau telah berusaha sedaya-upaya melakukan yang terbaik sepanjang pemerintahan beliau.
Jika ada yang kurang pada diri Muhyiddin maka ia adalah kekurangan pada team media beliau dan pada kementerian komunikasi dan multimedia untuk menonjolkan pencapaian beliau.
Seperti yang ditulis oleh Jeremiah Lee TS dalam portal Malaysiakini: “We admire Muhyiddin because he was always quiet and focused. He was a person of action, not just empty talk.”
Sambung Jeremiah lagi: “Muhyiddin knew he was here to serve and that is what he did. He worked quietly for the people and this is what we admire and want.”
Seperti yang disebut oleh Muhyiddin sendiri dalam amanat terakhir sebagai perdana menteri beliau, tugas dan tanggungjawab yang beliau terpaksa pikul agak luar biasa, “in most difficult of times, in unprecedented times.”
Bagaimanapun, dalam tempoh 17 bulan beliau telah buat apa yang beliau fikir diperlukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat jelata, menentukan mereka ada makanan di atas meja dan nyawa mereka selamat.
Terang Muhyiddin: “Jemaah menteri yang saya bentuk dan kerajaan yang telah terbentuk selama ini kerja tak ada apa, Covid, Covid, siang malam, pagi subuh tengok berapa data, angka.”
Cara Muhyiddin bekerja memang tidak banyak cakap tetapi data dari segi vaksinasi khususnya membuktikan pencapaian yang agak luar biasa beliau di mana akhir Oktober ini kita akan menghampiri imuniti kelompok.
Jangan lupa bahawa Muhyiddinlah yang memulakan inisiatif MPN bermula daripada mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) pada 9 Julai.
JKKPPN yang bertujuan untuk memantau pelaksanaan strategi dan bantuan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini kemudiannya dibubarkan pada 16 Julai untuk digantikan dengan MPN.
Perlu diingat bahawa keputusan MPN bukanlah dibuat oleh Muhyiddin sendiri kerana ia juga dianggotai oleh wakil-wakil dari sektor swasta, pakar industri, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Apatah lagi bila Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, sendiri dalam ucapan khas pertama beliau menawarkan ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menganggotai MPN.
Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mendalam beliau mengenai perancangan dan tindakan memulihkan negara dari pandemik Covid-19 maka amatlah sesuai Muhyiddin dilantik mengetuai MPN.
Lantikan ini pastinya akan menjamin kesinambungan di dalam perancangan dan tindakan kerajaan yang disertai oleh pelbagai penambahbaikan ekoran kemasukan anggota baru, termasuk pemimpin pembangkang.
Perlu diingat bahawa lantikan Muhyiddin ini bukan dibuat secara sendirian oleh Ismail tetapi secara kolektif oleh jemaah menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu.
Oleh itu, lantikan ini tidak seharusnya dijadikan sebagai satu isu untuk merendah-rendahkan sesiapa, apatah lagi bila ia telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Jika mahu dikatakan bahawa dengan sebab lantikan sebagai Pengerusi MPN ini maka Ismail Sabri akan menjadi boneka kepada Muhyiddin maka ia adalah satu pembohongan di siang hari.
Ini kerana walaupun lantikan sebagai Pengerusi MPN ini menjadikan Muhyiddin bertaraf Menteri tetapi beliau tidak dilibatkan dalam proses pembuatan keputusan oleh Jemaah Menteri.
Begitu juga jika mahu dikatakan bahawa dengan sebab lantikan sebagai Pengerusi MPN ini maka akan banyak dana kerajaan terbazir untuk membayar gaji Muhyiddin yang merupakan satu kepalsuan.
Ini kerana Muhyiddin sendiri sejak awal lagi telah menyebut sewaktu menerima pelantikan ini bahawa beliau akan menjalankan tugas secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan.
Muhyiddin juga sedar bahawa beliau hanya akan berperanan membantu Ismail membawa Malaysia melalui fasa-fasa pemulihan sepertimana yang telah digariskan dalam PPN.
Akhirnya, lantikan ini juga adalah cerminan kepada prinsip kebersamaan Ismail dan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan semua pihak agar melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Mohd Noor Yazid adalah pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/09/07/rakyat-akar-umbi-masih-terima-muhyiddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilema Akar Umbi Umno Terhadap Perdana Menteri Bernama Ismail Sabri

Dilema Akar Umbi Umno Terhadap Perdana Menteri Bernama Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 399 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPerlantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri keSembilan sebenarnya mendatangkan banyak kekeliruan kepada ahli UMNO diperingkat akar umbi Pada awalnya mereka gembira Kemudian lain pula jadinya Ramai dari a...
Maszlee Kaki Pusing Kenapa Masih Jumpa Muhyiddin Semasa Jadi Pm

Maszlee Kaki Pusing Kenapa Masih Jumpa Muhyiddin Semasa Jadi Pm

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 140 hits
AGENDA DAILY Ketua Penerangan Armada Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir membidas bekas Menteri Pendidikan itu sudah hilang kredibiliti Dr Maszlee Malik didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi tulisann...
5916 Kerajaan Perlu Tangani Isu Diskriminasi Terhadap Rakyat Belum Terima Vaksin Ppim Wacana My 02 09 2021

5916 Kerajaan Perlu Tangani Isu Diskriminasi Terhadap Rakyat Belum Terima Vaksin Ppim Wacana My 02 09 2021

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR 2 Sept Persatuan Pengguna Islam Malaysia mohon kerajaan mengadakan sesi rundingan peringkat kebangsaan penyelesaian diskriminasi ke atas rakyat yang belum menerima vaksin Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menyarankan keraja...
Muhyiddin Diberi Peluang Kecewakan Rakyat Lagi Kata Warganet

Muhyiddin Diberi Peluang Kecewakan Rakyat Lagi Kata Warganet

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 140 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Warganet memberi pelbagai reaksi terhadap pelantikan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri Segelintir pengguna media sosial memberikan maklum balas bahaw...
Masa Tak Ada Kuasa Dijatuhkan Rakyat Masih Lagi Tidak Sedarkan Diri Rakyat Tetap Melihat

Masa Tak Ada Kuasa Dijatuhkan Rakyat Masih Lagi Tidak Sedarkan Diri Rakyat Tetap Melihat

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 191 hits
Nampak tak mengapa negara ini rosak Negara rosak apabila institusi atau jabatan kerajaan itu dikuasai oleh orang orang politik yang menyalahgunakan kuasa Keputusan yang dibuat bgantung kepada orang orang politik Waktu Mahiadin jadi PM ROS m...
Pembangunan Kawasan Hutan Sungai Panjang Jabatan Alam Sekitar Belum Terima Laporan Eia

Pembangunan Kawasan Hutan Sungai Panjang Jabatan Alam Sekitar Belum Terima Laporan Eia

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 193 hits
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor semalam menafikan ia menceroboh dan membuka sebahagian kawasan hutan simpan Sungai Panjang yang dikatakan hutan gantian berikutan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara PETALING JAYA Kementerian...
Shamsubahrin Big Blue Didakwa Terima Rasuah Rm10 000

Shamsubahrin Big Blue Didakwa Terima Rasuah Rm10 000

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 201 hits
Peguamnya memohon Shamsubahrin diberi ikat jamin pada kadar munasabah dengan alasan mempunyai pelbagai penyakit yang amat serius Shamsubahrin didakwa lagi kes rasuah07 September 2021 Shamsubahrin yang sebelum ini didakwa berhubung kes rasua...
Azizulhasni Terima Hadiah Daripada Tmj

Azizulhasni Terima Hadiah Daripada Tmj

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 376 hits
KUALA LUMPUR Jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang dianugerahkan hadiah secara peribadi oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berikutan kejayaan di Olimpik Tokyo Menerusi status terbaharu di Facebook H...
Pemandu Selamat Selepas Kereta Remuk Di Rempuh Dari Belakang Terima Tepukan Semangat Daripada Orang Ramai

Pemandu Selamat Selepas Kereta Remuk Di Rempuh Dari Belakang Terima Tepukan Semangat Daripada Orang Ramai

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 198 hits
Sejak semalam lagi tular berbagai posting di media sosial tentang sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan yang berada di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh Kuala Lumpur Subash Lingam salah seorang ...
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


How To Choose A Patent Lawyer In New York For Your Invention

Ai Text Humanizer Bridging The Gap Between Ai And Human Writing

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Khaled Loyal Umno Voter Base Is Shrinking

Perkampungan Sunnah Ke 9 Kangar Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas