Rakyat Akan Terus Terkurung Dalam Kehidupan Selagi Mahiaddin Tidak Segera Dibuang


 
Sebagaimana disebut banyak kali dan diperkatakan pelbagai pihak, kegagalan utama kerajaan dan Mahiaddin Md Yasin ialah mengawal penularan wabak Covid19.
Berikutan kegagalan itu, selain ekonomi negara jadi lumpuh, kehidupan dan poket rakyat juga jadi semakin koyak.
Ia seterusnya menjadikan rakyat tambah tertekan dalam menjalani kehidupan sehingga ramai yang mahu bunuh diri dan terjun bangunan.
Paling utama yang menyumbang kepada kegagalan itu ialah perlaksanaan PKP berulang-ulang yang separuh masak, tiga suku masak dan hanya seperti olok-olok.
Lantaran itu, rakyat terus dikurung dan terpenjara dalam rumah, sementara kilang-kilang yang menyumbang kepada peningkatan angka kes terus bebas menjalankan operasi.
Sudah banyak disebut dan ditekan berulang kali tentang perlunya kerajaan menguatkuasa sekali lagi total lockdown dalam erti kata sebenar untuk suatu tempoh tertentu seperti PKP 1.0 dahulu di mana semua sektor ekonomi dan sosial wajib ditutup sepenuhnya tanpa kompromi.
Hanya cara itu dipercayai boleh melandaikan lekuk wabak ke tahap yang lebih terkawal, sementara dalam waktu yang sama, proses vaksinasi haruslah sentiasa diperingkatkan lagi.
Malangnya, semua itu tidak dilakukan oleh kerajaan, lalu jadilah akhirnya kes Covid19 terus meningkat sehingga melebihi apa yang berlaku kepada beberapa negara lain.
Kerajaan PN dan Mahiaddin boleh dikata gagal dalam semua aspek, gagal mengawal wabak, gagal meningkatkan vaksinasi, gagal meningkatkan ekonomi dan gagal menjaga perut serta poket rakyat.
Berikutan itu, sementara rakyat negara lain sudah boleh menonton bola di stadium dan pergi ke sana sini dengan bebas, kita sebaliknya nak minum teh tarik di kedai mamak pun masih tidak dibenarkan lagi.
Melihat sekeliling dengan pelbagai sektor ekonomi dan kilang-kilang yang membawa kepada peningkatan kes terus diberi kebenaran untuk dibuka, kadang-kadang macam kita diperbodohkan oleh kerajaan kerana penyumbang sebenar kepada peningkatan bebas beroperasi, tetapi yang dimangsakan adalah kita semua yang tidak berdosa.
Lebih daripada itu, berdasarkan PKP tiga fasa, kemudian diikuti pelan pemulihan empat peringkat yang diumumkan Mahiaddin baru-baru ini, semuanya itu bermakna kita akan terus dikurung duduk di rumah tanpa boleh ke mana-mana sehingga ke hujung tahun sambil pendapatan dan makan makin berkurangan.
Untuk balik kampung menjenguk keluarga dan ibu bapa pun tiada kepastian bila boleh dibenarkan.
Cuba tanya Mahiaddin dan menteri-menteri PN yang ada ini, bolehkah mereka turut sama duduk di rumah dengan pendapatan yang dikurangkan seperti pekerja bergaji harian dan peniaga kecil-kecilan yang diketahui amat terjejas pendapatan mereka?
Apa yang pasti, selagi PN jadi kerajaan dan Mahiaddin kekal sebagai Perdana Menteri, kita akan terus diperbodohkan dengan dasar dan langkah yang menjadikan kita tambah bodoh lagi kerana tidak produktif dan banyak masa hanya duduk di rumah saja.
Kita sebenarnya memerlukan sebuah kerajaan dan Perdana Menteri yang berani – berani membenarkan Parlimen bersidang, berani melaksanakan total lockdown dalam erti kata sebenarnya untuk suatu tempoh yang munasabah beserta bantuan kewangan yang sewajarnya untuk rakyat yang disuruh duduk di rumah dan berani berdepan wartawan serta media secara bersemuka.
Pokoknya, sebuah kerajaan dan Perdana Menteri ketika ini mesti berani bertindak luar biasa dan ada keupayaan berfikir secara luar biasa juga memandangkan Covid19 itu sendiri adalah wabak yang luar biasa penularan serta kesannya kepada rakyat dan negara.
Tanpa semua itu atau dalam erti kata lain, selagi kerajaan PN dan Mahiaddin ini tidak dibuang, selagi itulah hidup kita jadi tak ketahuan dan terkurung di rumah tanpa wang, tanpa makanan seolah-olah hanya dibiarkan untuk menunggu mati saja.
Mungkin Mahiaddin tiada perasaan malu untuk berundur atau meletak jawatan, tetapi marilah kita sebagai rakyat terus bersuara, bersatu hati dan memberi tekanan sebagai isyarat bahawa kerajaan ini sebenarnya langsung tak berguna dan tidak diperlukan lagi di negara ini. 
(ShahbudinHusin 18/06/2021)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/rakyat-akan-terus-terkurung-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Mahiaddin Untung Buat Darurat Dengan Kekal Sebagai Pm Rakyat Terus Merana

Hanya Mahiaddin Untung Buat Darurat Dengan Kekal Sebagai Pm Rakyat Terus Merana

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 368 hits
SELEPAS tiada RESPON dari Mahiaddin Yassin kepada kenyataan DYMM YPDA dan Majlis Raja Raja semalam hari ini Mahiaddin mengeluarkan satu kenyataan sekadar NOTED kepada kenyataan kenyataan Agong dan Raja Raja Respon tersebut hanya kenyataan s...
Memerangi Covid19 Tidak Akan Berjaya Selagi Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Tidak Dipulihkan Anwar

Memerangi Covid19 Tidak Akan Berjaya Selagi Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Tidak Dipulihkan Anwar

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 167 hits
Jumlah kes positif COVID 19 yang dilaporkan telah menurun dari 9 020 pada 29 Mei kepada 4 949 pada 14 Jun 2021 Ini bermakna terdapat kesenjangan dari segi data sekiranya diambil kira kadar kes positif dengan kadar kematian dalam tempoh sama...
Inilah Sebabnya Kerajaan Tidak Mesra Rakyat Ini Mesti Segera Ditumbangkan

Inilah Sebabnya Kerajaan Tidak Mesra Rakyat Ini Mesti Segera Ditumbangkan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 229 hits
Ini antara kisah berkait permohonan moratorium automatik bersasar PKP 3 0 yang dikongsikan kepada saya 1 Dia punya temuduga untuk dapatkan moratorium ibarat mahu mohon jawatan Pengarah Tidak semudah seperti dikhabarkan Baki gaji berapa Bera...
Hiburan Selagi Tak Salah Buat Apa Nak Dengar Orang Cakap Apa Zara Zya Minta Rakyat Buka Fikiran Lebih Luas

Hiburan Selagi Tak Salah Buat Apa Nak Dengar Orang Cakap Apa Zara Zya Minta Rakyat Buka Fikiran Lebih Luas

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 331 hits
Susulan kritikan peminat terhadap Zara Zya yang dikatakan tidak sensitif memilih iklan untuk dibuat ulasan produk di Instagram pelakon wanita itu tampil memberikan respon Ujar Zara dia berharap rakyat Malaysia lebih berfikiran terbuka terha...
Ahli Pkr Jika Ingin Membantu Boleh Dapatkan T Shirt Atau Terus Saja Ke Tabung Usaha Rakyat Marhaen

Ahli Pkr Jika Ingin Membantu Boleh Dapatkan T Shirt Atau Terus Saja Ke Tabung Usaha Rakyat Marhaen

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 285 hits
NORMAN RADZUANSaya sgt simpati melihat live Iswardy Morni duduk di lantai dan diakhiri live tersebut dia ada menjual t shirt utk mencari dana membeli kembali HP komputer meja dan kerusi Kita tidak perlu menyalahkan pegawai PDRM kerana ia ad...
Video Tidak Boleh Terus Dengan Pkp Dan Biar Rakyat Lapar Anwar

Video Tidak Boleh Terus Dengan Pkp Dan Biar Rakyat Lapar Anwar

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 203 hits
Tidak Boleh Terus Dengan PKP Dan Biar Rakyat Lapar Anwar By 15 June 2021 Pakatan Harapan berpandangan kerajaan tidak boleh meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan penuh
Wahai Pemimpin Jangan Hanya Tahu Upload Gambar Makan Mee Segera Sila Turun Jumpa Rakyat

Wahai Pemimpin Jangan Hanya Tahu Upload Gambar Makan Mee Segera Sila Turun Jumpa Rakyat

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 641 hits
Sumber tiktokJangan jadi manusia hipokrit sila turun kelapangan dan lihat sendiri kesusahan rakyat Mereka tidak malas tapi mereka terhimpit dan tersepit akibat lockdown Janganlah hanya tahu terima elaun dan upload gambar makan mee segera ko...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

12 Taman Taman Negara Di Sarawak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengertian Dari Mesin Slot Online

Sle Autoimmune Disease

2 Koleksi Baru Louis Vuitton M A D Editions Yang Bakal Hebatkan Pengembaraan Anda

Saya Tak Pernah Kena Cakar Atau Terajang Adira Tepis Dakwaan Liar Bekas Madu Suruh Tanya Sendiri

Berita Basi Di Ayer Kuning

Dituduh Jadi Pembelot Bangsa Syahredzan Amp Rara Akan Saman Adun Kuala Sentul