Rakaman Video Tiga Beranak Dihanyutkan Kepala Air Di Sungai Dekat Ulu Yam Ini Nasib Yang Menimpa Mereka


Rakaman Video Tiga Beranak Dihanyutkan Kepala Air Di Sungai Dekat Ulu Yam, Ini Nasib Yang Menimpa Mereka. Orang ramai perlu didedahkan fenomena kepala, pusaran air. Saban tahun setiap kali cuti umum seperti sekarang atau cuti penggal persekolahan dan musim tengkujuh, kita sering dikejutkan dengan berita yang menyayat hati. Kejadian lemas di sungai, kolam, tasik, lombong dan dihanyutkan arus kepala air saban tahun kerap menghiasi akhbar tempatan.
Gesaan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) baru-baru ini kepada pihak kerajaan bagi menubuhkan Majlis Keselamatan Air Negara perlu disokong dan direalisasikan. Mengapa ini terjadi? Adakah faktor alam, peralatan, manusia atau pihak berwajib patut disalahkan?
Saya ingin mengupas fenomena kepala air dan air pusar atau lebih dikenali sebagai ‘hidraulik.’ Pengalaman bergelumang dalam aktiviti sukan air banyak memberi ilmu pengetahuan yang sangat berguna kepada saya. Saya juga berpeluang melihat fenomena kepala air dan pusaran air di jeram.
Fenomena kepala air sering berlaku bila aliran air sungai yang kuat akibat hujan lebat di kawasan anak sungai atau hulu sungai dan mengalir ke sungai utama. Fenomena ini berlaku ketika hujan lebat dan cuaca tidak menentu.
Perlu penjelasan
Kadangkala kawasan hilir sungai tidak berlaku hujan lebat, namun hujan lebat dan luar biasa di kawasan hulu. Keadaan ini juga mengakibatkan berlaku fenomena kepala air. Keadaan ini sangat berbahaya kerana aliran arus dan air yang kuat ini membawa puluhan sampah-sarap seperti daun kering, ranting kayu, kelodak, batu dan sisa batang pokok atau balak yang dibuang di sungai.
Aliran air sungai dan arus yang kuat ini merempuh apa sahaja yang ada di laluannya. Disebabkan aliran yang kuat inilah mangsa tidak dapat berbuat apa-apa ketika aliran air yang kuat ini berlaku.
Berdasarkan kepada pembacaan dan pengalaman saya, air pusar atau ‘hidraulik’ ini berlaku secara semula jadi disebabkan faktor morfologi sungai di kawasan jeram dan faktor ketinggian air. Tidak semua jeram mempunyai pusaran air yang berbahaya. Berdasarkan pengetahuan, pusaran air ini dapat dikelaskan kepada dua, iaitu jenis ‘frowning’ dan ‘smiling.’
Jenis ‘frowning’ ini agak berbahaya kerana pusaran air di dalamnya akan menarik apa sahaja objek yang melaluinya ke tengah jeram, manakala jenis ‘smiling’ ini tidak bahaya kerana objek yang melaluinya dapat keluar dengan mudah dari sudut tepi jeram.
Tanda berlaku fenomena kepala air ini ialah cuaca gelap di hulu sungai (puncak bukit) yang menandakan hujan di kawasan berkenaan. Air yang meningkat naik secara tiba-tiba, air berubah warna kepada kekuning-kuningan secara tiba-tiba dan air sungai berbuih dengan jumlah yang banyak di permukaan. Bagaimanapun, tidak semua tempat atau kawasan seumpama ini mempunyai siren amaran bagi memberi amaran kepada pengguna di kawasan itu.
Pusaran air ini boleh dilihat melalui laluan arus sungai sama ada kuat atau perlahan. Pusaran air ini sering berlaku di kawasan sungai yang mempunyai jeram. Faktor ketinggian air juga memainkan peranan penting kerana jika berlaku kenaikan air akibat hujan pada hari sebelumnya, kawasan pusaran air menjadi lebih kuat disebabkan arus yang menolaknya.
Kaedah menguji pusaran air itu dengan membuang objek seperti ranting kayu ke pusaran, adalah cara yang amat berguna dan sering digunakan oleh penggiat kayak dan rafting arus deras. Jika objek yang dibuang ke dalam pusaran itu tidak ditolak keluar, menandakan pusaran air berkenaan berbahaya kerana pusaran air menarik objek yang melalui kawasan itu.
Akhir sekali, masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat berkaitan kedua-dua fenomena ini. Tahap kesedaran masyarakat masih rendah dalam perkara seumpama ini ketika menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga di kawasan sungai atau aktiviti air yang berisiko. Kajian serius perlu dilaksanakan bagi menangani permasalahan ini oleh pihak berwajib. Tahniah kepada kerajaan kerana berusaha menubuhkan Majlis Keselamatan Air Negara.
Pencegahan jangka pendek Namun, langkah pencegahan jangka pendek seperti meletakkan papan tanda amaran, maklumat berkaitan risiko kemalangan, siren amaran dan pengawal bertauliah, perlu disediakan dalam menangani permasalahan ini. Pihak berwajib perlu menyediakan satu mekanisme pengurusan risiko yang jelas dan garis panduan bersesuaian serta mesra pengguna seperti rekod kemasukan berkaitan penggunaan kawasan aktiviti itu.
Ini amat penting jika berlaku kemalangan. Data dan statistik berkaitan kemasukan pelawat di kawasan itu dapat dipantau dan keselamatan lebih terjamin. Justeru, pembabitan semua pihak dalam menangani isu ini dapat mengelak kejadian seumpama ini pada masa depan.- sumber: sianar harian.

Difahamkan maangsa diselamatkan seorang lelaki dikenali sebagai Bro Ajeeb.
Menurut saudara mangsa, kejadian berlaku pada petang Sabtu dan tiga beranak yang berasal dari Selayang itu terselamat dengan luka ringan.
“Mohon sampaikan salam dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yg sudi membantu pada hari kejadian…moga Allah permudahkan segala urusan wira-wira ini,”katanya.
Original masej:
“Info dr group whatsapp…
Kalau boleh sahabat… jgn bawa family bercuti di tempat2 yg ada kepala air pada musim2 hujan ni ya…sangat bahaya. Termasuk tepi pantai.
Syukur Alhamdulillah…semua selamat.
#Kejadian di Lata Sg Tua, Tmn Eko Rimba, steady Bro Ajeeb berjaya membantu 3 beranak dari lemas dibawa kepala air.
sumber: fb Nur Fitri Damia Via Sinar Harian
VIDEO:1
video 1 The post Rakaman Video Tiga Beranak Dihanyutkan Kepala Air Di Sungai Dekat Ulu Yam, Ini Nasib Yang Menimpa Mereka appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/rakaman-video-tiga-beranak-dihanyutkan-kepala-air-di-sungai-dekat-ulu-yam-ini-nasib-yang-menimpa-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Tiga Wanita Ini Sebelum Mereka Jadi Jutawan Dan Usahawan Berjaya Di Malaysia Rileks Media

Kisah Tiga Wanita Ini Sebelum Mereka Jadi Jutawan Dan Usahawan Berjaya Di Malaysia Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 775 hits
Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian Itulah yang mungkin sesuai dengan 4 orang usahawanita yang hebat ini Mereka adalah antara ikon bisnes yang dikagumi di Malaysia kerana kejayaan dan kelainan yang dibawakan oleh mereka mencetus...
Tiga Hari Pencarian Korban Tenggelam Di Sungai Belot Banyumas Ditemukan

Tiga Hari Pencarian Korban Tenggelam Di Sungai Belot Banyumas Ditemukan

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 272 hits
Koordinator Tagana Kabupaten Banyumas Ady Candra mengatakan TIM SAR gabungan langsung mengevakuasi jenazah dari tengah sungai ke darat Berdasarkan pertimbangan Tim INAFIS jenazah lalu dibawa ke RS Margono untuk dilakukan pemeriksaan
4732 Isu Air Elektrik Dekat Di Hati Masyarakat Berita Harian 6 12 18

4732 Isu Air Elektrik Dekat Di Hati Masyarakat Berita Harian 6 12 18

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 483 hits
BARU BARU ini Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengumumkan peningkatan jumlah penduduk yang semakin tinggi di Selangor menjadi punca skim pemberian air percuma disemak semula dan kumpulan sasarnya hanya kepada golongan 40 peratus teren...
Video Kepala Dilenyek Tayar Treler

Video Kepala Dilenyek Tayar Treler

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 337 hits
Nak memotong tu beringat sikit bai brader ni memotong belah kanan tu betul tapi tak kena tempat ada ke memotong kat laluan sempit goyang rebah pastu kepala dilenyek Treler mana nampak derAkibat memotong dalam lorong yang sempit kepala dilen...
Kepala Polisi Di Papua Terluka Disambar Pesawat Pelita Air

Kepala Polisi Di Papua Terluka Disambar Pesawat Pelita Air

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 231 hits
Kapolda Papua Irjen Pol Martuani Sormin membenarkan insiden yang menyebabkan bagian kepala anggota Polres Puncak Jaya yang bertugas di Distrik Aminggaru terluka
I Nak Isi Minyak Kereta Pun Tak Tahu Teruknya Hidup Netizen Geleng Kepala Tengok Video Keluhan Pelakon Ini

I Nak Isi Minyak Kereta Pun Tak Tahu Teruknya Hidup Netizen Geleng Kepala Tengok Video Keluhan Pelakon Ini

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 486 hits
I nak isi minyak kereta pun tak tahu teruknya hidup Netizen geleng kepala tengok video keluhan pelakon ini Isi minyak kereta pon tak reti demikian tweet respon netizen terhadap video viral seorang pelakon wanita yang mengakui dia tidak pand...
Video Penceramah Di Halang Masuk Masjid Bandar Puteri Jaya Sungai Petani

Video Penceramah Di Halang Masuk Masjid Bandar Puteri Jaya Sungai Petani

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 718 hits
Seorang penceramah bebas didakwa telah dihalang memasuki Masjid Bandar Puteri Jaya Sungai Petani Kedah Penceramah tersebut telah berceramah di dalam gelap berhampiran Masjid tersebut Penceramah memaklumkan telah berjumpa dengan Exco Agama n...
Tiga Hari Terperangkap Dalam Bilik Air

Tiga Hari Terperangkap Dalam Bilik Air

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 336 hits
Keadaan tangan mangsa yang berjaya dikeluarkan Gambar kecil Siti Jauriah SEGAMAT Tanda tanya seorang anak mengenai kegagalan menghubungi ibunya selama tiga hari terjawab setelah wanita itu ditemukan terbaring dalam tandas dengan tangan kiri...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri