Rakaman Drone Bila Ustaz Abdul Somad Dan Ustaz Azhar Idrus Bergabung Limpah Satu Stadium


KOTA BHARU, 15 Februari – Pendakwah Bebas yang berasal dari Pekan Baru, Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad telah menjadi tetamu khas Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu majlis yang diadakan bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV , stadium utama negeri Kelantan untuk permainan bolasepak.

STADIUM SESAK DENGAN KEHADIRAN ORANG RAMAI
Stadium tersebut yang mempunyai tempat duduk berkapasiti 35 000 orang itu walaubagaimanapun dipenuhi disegenap sudut ruang termasuk di atas padang. Anggaran kehadiran pada malam tersebut tidak kurang 100 000 orang hadirin.
Bahkan di perkarangan luar stadium juga sesak dengan kehadiran pengunjung sehingga pihak penganjur terpaksa menyediakan Layar Skrin untuk tatapan bagi yang tidak mampu masuk ke Stadium.

Ustaz Abdul Somad pada malam itu diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan kuliahnya kepada rakyat Kelantan dalam majlis yang digelar sebagai Bicara Agung : Malam Murabbi Ummah. Selain beliau, tetamu yang turut hadir pada malam tersebut ialah Ustaz Azhar Idrus, Pendakwah bebas yang terkenal asal Terengganu Darul Iman.

ANUGERAH BUAT USTAZ SOMAD DAN USTAZ IDRUS
Kejutan Kerajaan Kelantan pada malam tersebut ialah menyampaikan anugerah kepada dua tokoh pendakwah terkenal itu.
Ustaz Abdul Somad telah dianugerahkan sebagai Daei Nusantara manakala Ustaz Azhar Idrus dianugerahkan sebagai Ikon Anak Muda. Pengiktirifan ini adalah sebagai penghargaan besar kepada dua tokoh ini yang sebelum ini amat gigih dan komited dalam menarik masyarakat dalam menyampaikan dakwah Islam. Tambahan Ustaz Azhar Idrus pula yang telah berjaya menarik anak-anak muda untuk kembali cintakan ilmu keagamaan.
HAMPIR 100 RIBU SOLAT HAJAT DAN HADIRI BICARA MURABBI UMMAH USTAZ ABDUL SOMAD DI STADIUM KOTA BHARU
Hampir 100 ribu jemaah muslimin dan muslimat membanjiri stadium Kota Bharu untuk bersama dalam program kemuncak sempena Hari Murabbi Ummah. Suasana meriah ini dapat dilihat semenjak dari pagi lagi apabila pelbagai pengisian diadakan sekitar perkarangan stadium Sultan Muhammad ke-4 sehingga petang.

Majlis pada malam tersebut bermula dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh YB Ustaz Tuan Syarifuddin Tuan Ismail, exco Kerajaan Negeri Kelantan dan diikuti Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani yang bertajuk “Hidup Selepas Mati”.
Jemaah hadirin seterusnya bersolat isyak berjemaah bersama YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan dan diikuti dengan solat hajat royalti yang diimamkan Sahibul Fadhilah Dato Haji Nik Abdul Kadir Nik Mohamad Timbalan Mufti Kelantan.
ACARA KEMUNCAK : ANUGERAH BUAT USTAZ SOMAD DAN USTAZ AZHAR IDRUS
Acara kemuncak Hari Murabbi Ummah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan diikuti oleh tayangan video murabbi Ummah. Sejurus kemudian hadirin berpeluang mendengar Bicara Agung Malam Murabbi Ummah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad Da’ie Nusantara dengan tajuk “Tegakkan Islam Tanggungjawab Ummah.”

Sebelum berakhir, YAB Dato Bentara Kanan MB menyempurnakan majlis dengan penyampaian anugerah kepada tetamu jemputan, iaitu anugerah Ikon Anak Muda yang diberikan kepada Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Juga anugerah Da’ie Nusantara diberikan kepada Al-fadhil Ustaz Abdul Somad. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik walaupun dihadiri oleh hampir 100 ribu jemaah muslimin.

Semoga dengan penganugerahan ini, memberi suntikan semangat kepada Dua Tokoh Pendakwah Indonesia dan Malaysia ini untuk terus mengembangkan dakwah di Nusantara ini. Sekalung tahniah juga diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim kerana telah mengiktiraf dua tokoh ini.
(VIDEO) LIHAT KEADAAN STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE IV YANG SESAK DENGAN KEHADIRAN ORANG RAMAI

Tahniah kepada Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar Idrus !!!
The post (VIDEO) Rakaman Drone : Bila Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar Idrus bergabung, Limpah Satu Stadium appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/video-rakaman-drone-bila-ustaz-abdul-somad-dan-ustaz-azhar-idrus-bergabung-limpah-satu-stadium/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Religious Preacher Ustaz Abdul Somad In Kota Bharu Stadium

Religious Preacher Ustaz Abdul Somad In Kota Bharu Stadium

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 1172 hits
Muslim in Kelantan has hosted an event inside the Sultan Muhammad V Stadium Kota Bharu to remember all the former religious preacher in Islam especially the murabbi former chief minister of Kelantan the late PAS icon Nik Abdul Aziz Nik Mat ...
Jalani Sidang Perdana Penghina Ustaz Abdul Somad Didakwa Melanggar Uu Ite

Jalani Sidang Perdana Penghina Ustaz Abdul Somad Didakwa Melanggar Uu Ite

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 321 hits
Joni Boy terdakwa penghinaan dan pencemaran nama baik Ustaz Abdul Somad menjalani sidang perdana di Pengadilan Negeri Pekanbaru Kamis Joni Boy didakwa melakukan penghinaan kepada Ustaz Abdul Somad dalam posting an di akun Facebook Jony Boyo...
Cara Melaksanakan Sujud Syukur Ustaz Azhar Idrus Rileks Media

Cara Melaksanakan Sujud Syukur Ustaz Azhar Idrus Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 582 hits
as salam ustaz sy nak tanya mcmmana nak buat sujud syukur Dan berapa rakaat Bila masa yg sesuai Cara SUJUD SYUKUR Ustaz Azhar Idrus Jawapan kami Cara Melaksanakan Sujud SyukurSujud syukur boleh dilaksanakan dengan memenuhi rukun rukun dan s...
Bicara Ulama Bersama Ustaz Abdul Somad

Bicara Ulama Bersama Ustaz Abdul Somad

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 662 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Bersama Ustaz Abdul Somad di Universiti Utara Malaysia Kedah Darul Aman
Rakyat Kedah Bersama Dato Seri Mukhriz Di Majlis Ceramah Perdana Ustaz Somad

Rakyat Kedah Bersama Dato Seri Mukhriz Di Majlis Ceramah Perdana Ustaz Somad

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 1008 hits
Selepas ceramah Perdana Al Fadhil Ustaz Abdul Somad semalam di Masjid Al Bukhary hadirin turut mengambil kesempatan bergambar dengan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir
Air Mata Ustaz Somad Menitis Mengenangkan Almarhum Tgna Ini Kisah Mereka Berdua Yang Ramai Tak Tahu

Air Mata Ustaz Somad Menitis Mengenangkan Almarhum Tgna Ini Kisah Mereka Berdua Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 770 hits
Penceramah terkenal nusantara Ustaz Abdul Somad Batubara tidak mampu menahan sebak ketika berkujung ke kediaman almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka hari ini Katanya nama bekas Menteri Besar Kelantan itu mulai mencuri h...
Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku