Air Mata Ustaz Somad Menitis Mengenangkan Almarhum Tgna Ini Kisah Mereka Berdua Yang Ramai Tak Tahu
Penceramah terkenal nusantara, Ustaz Abdul Somad Batubara tidak mampu menahan sebak ketika berkujung ke kediaman almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka hari ini.
Katanya, nama bekas Menteri Besar Kelantan itu mulai mencuri hatinya sejak 1998.
Beliau mula mengenali almarhum Tuan Guru ketika belajar di Kaherah, Mesir.
“ Rakan saya berkahwin dengan seorang pelajar dari Malaysia iaitu dari Kelantan. Suatu hari saya singgah rumah kawan itu dan nampak gambar seorang yang berserban.
Simpan gambar almarhum TGNA di laptop..
“ Bermula saat itu saya mencari artikel berkaitan Tuan Guru di samping menyimpan gambar-gambar Tuan Guru di komputer riba,” katanya ketika mengunjungi kediaman Tok Guru di Pulau Melaka.
Berikutan itu beliau pernah menyimpan angan-angan untuk bertemu almarhum untuk membawa serban dan memakaikannya kepadanya.
” Namun semuanya menjadi kenangan apabila saya menjejak kaki ke kediamannya almarhum telah tiada,” ujarnya sambil mengesat air mata.
Beliau juga berkata, begitu berpuas hati dapat menziarahi keluarga almarhum.
Oleh itu beliau berharap kunjungan itu mendapat rahmat dari Allah Taala serta mendapat ganjaran nikmat dariNya.
Turut hadir pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, anggota Parlimen Bachok Ustaz Nik Aduh Nik Abdul Aziz dan anak serta adik beradik Tok Guru.
Lihat video di bawah
Aura Ustaz Abdul Somad sampai jalan sesak
Terdahulu, jalan-jalan utama menghala ke Masjid Muhammadi di sini sesak teruk menjelang solat Jumaat ekoran kehadiran pendakwah terkenal nusantara, Ustaz Abdul Somad.
Pendakwah terbabit diundang khas menyampaikan kuliah dan berkhutbah.
Kesesakan di Jalan Sultanah Zainab, Jalan Post Office Lama dan Jalan Tengku Putera Semerak bermula jam sekitar 12 tengahari.
Malah petak parkir di segenap ruang di sekitar masjid penuh. Jawatankuasa Masjid Muhammadi terpaksa menghampar tikar di ruang pejalan kaki bagi menampung kehadiran ramai jemaah.
Orang ramai pelik kenapa ramai sangat, tak tahu Ustaz Abdul Somad datang
Seorang warga emas hairan mengapa begitu ramai jemaah hari ini. Beliau tidak tahu kehadiran pendakwah terbabit.
Hadir mengiringi Ustaz Abdul Somad, anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Mohd Nassurudin Daud dan pegawai kerajaan negeri.
Sebelum itu sejurus tiba di Kota Bharu Abdul Somad menziarahi keluarga arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pusaranya di Pulau Melaka.
Keluarga besar Nikmatillah melahirkan rasa gembira dapat menerima kunjungan tetamu istimewa tersebut.
Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, keluarganya begitu berbesar hati menerima tetamu yang diundang kerajaan negeri.
” Kita juga berharap rakyat di negeri ini sentiasa mencintai ulama,” ujarnya.
Ustaz Abdul Somad juga diraikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob pada jamuan tengahari di JKR 10. Hadir sama pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus.
Sumber : Harakahdaily via Newscoviral
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://depalmasp.com/air-mata-ustaz-somad-menitis-mengenangkan-almarhum-tgna-ini-kisah-mereka-berdua-yang-ramai-tak-tahu/