Rakaman Audio Tidak Lagi Relevan Dibahaskan Kata Khalid



KOTA BHARU - Penafian yang dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu rakaman audio membabitkan perbualannya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular sebelum ini dianggap sudah tidak relevan untuk dibahaskan.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, hal ini kerana kedua-dua individu yang didakwa terlibat dalam rakaman itu secara terbuka telah menafikan perkara tersebut.

"Kedua-dua pihak sudah nafi, bagi kami (Amanah) ia tidak lagi menjadi satu isu relevan yang perlu dibincangkan.

"Saya rasa pelik bila dia orang nafi, tapi polis pula nak campur tangan dan sahkan (ketulenan rakaman)," katanya ketika diminta mengulas berhubung isu rakaman audio antara Anwar dan Ahmad Zahid yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Makan Laksa Ambang Ramadan Bersama Masyarakat di Kampung Kubang Kachang di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, isu rakaman audio itu bukan satu jenayah yang perlu dilakukan siasatan oleh pihak polis dan Amanah juga telah bersetuju untuk menganggap perkara itu sebagai satu isu yang tidak perlu dibahaskan.

Katanya, Amanah kini lebih selesa untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) bagi melawan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti selain bertekad untuk membawa dasar-dasar PH yang telah diterima rakyat pada PRU-14 lalu sebelum tumbang menerusi angkara sebuah pengkhianatan.

"PH bukan ditolak oleh rakyat menerusi PRU tetapi pengkhianatan.

"Fokus kita perkukuhkan kerjasama pembangkang untuk lawan PN supaya PH menang," katanya.

Mengulas mengenai saingan tiga penjuru pada PRU-15 nanti, Khalid berkata, PH sudah bersedia sebagaimana yang berlaku pada PRU-14 lalu.

Sinar Harian 7 April lalu melaporkan satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar didedahkan di media sosial.

Video tersebut dipercayai bermula dengan ucapan Ahmad Zahid ketika bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO yang menegaskan bahawa UMNO tidak akan menerima Anwar, DAP dan Bersatu.

Bagaimanapun, dalam video berdurasi 4 minit 17 saat menerusi akaun Facebook Insider Malaysia itu, turut kedengaran suara dipercayai mirip dengan Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO itu menerusi panggilan telefon.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/rakaman-audio-tidak-lagi-relevan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakaman Audio Selepas Dengar 10 Kali Saya Cam Suara Itu Yakin 100 Tulen Kata Annuar

Rakaman Audio Selepas Dengar 10 Kali Saya Cam Suara Itu Yakin 100 Tulen Kata Annuar

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 376 hits
April 8 2021 2 18 PMAnnuar Musa mendakwa rakaman audio dikatakan suara Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim adalah tulen PUTRAJAYA Annuar Musa mendakwa rakaman audio perbualan dua individu dipercayai Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Ket...
Rakaman Audio Tular Zahid Anwar Tak Gadai Semangat Reformasi Kata Ezam

Rakaman Audio Tular Zahid Anwar Tak Gadai Semangat Reformasi Kata Ezam

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 356 hits
April 10 2021 Rakaman audio didakwa melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Umno bukanlah satu isu yang boleh merosakkan semangat reformasi Bekas senator Ezam Mohd Nor yang kini memimpin gerakan longgar yang dijuluki nama Gerak 9...
Rakaman Audio Sahih Saya Bekas Setiausaha Sulit Anwar Kata Azmin

Rakaman Audio Sahih Saya Bekas Setiausaha Sulit Anwar Kata Azmin

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 311 hits
Rakaman audio perbualan telefon dikatakan antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim sahih kata Mohamed Azmin Ali Azmin berkata sebagai bekas setiausaha sulit kepada Anwar beliau yakin ia suara Ketua Pembangkang ...
Rakaman Audio Tunjuk Betapa Gundah Gulana Pimpinan Negara Anwar

Rakaman Audio Tunjuk Betapa Gundah Gulana Pimpinan Negara Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 283 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan bahawa dia adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa klip audio berkenaan merupakan usaha daripada kepimpin...
Umno Cuma Riuh Sahaja Kata Khalid Samad

Umno Cuma Riuh Sahaja Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 373 hits
Kenyataan Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengeluarkan arahan pada bila bila masa kepada pemimpin UMNO di dalam kerajaan PERIKATAN NASIONAL untuk meletakkan jawatan mereka ternyata omong omong kosong sahaja Begitu juga gesa...
Kdn Akan Siasat Ketulenan Dakwaan Rakaman Audio Zahid Anwar

Kdn Akan Siasat Ketulenan Dakwaan Rakaman Audio Zahid Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 428 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat ketulenan rakaman audio dan butiran perbualan yang didakwa antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar ...
Rakaman Audio Anwar Nafi Terlibat Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang Umno

Rakaman Audio Anwar Nafi Terlibat Dakwa Wujud Gerakan Guna Beliau Serang Umno

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 424 hits
PETALING JAYA Selepas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini giliran Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menafikan bahawa beliau adalah pemilik suara yang dirakam dalam perbualan telefon dengan presiden UMNO itu Ketua pemba...
Rakaman Audio Umno Perlu Dapatkan Penjelasan Zahid

Rakaman Audio Umno Perlu Dapatkan Penjelasan Zahid

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 407 hits
TANJUNG MALIM UMNO Perak menyatakan adalah perlu untuk parti mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu rakaman audio yang didakwa mirip suara Presiden UMNO itu bersama Presiden Parti Keadila...
Gampar Pendedahan Rakaman Audio Mirip Suara Zahid

Gampar Pendedahan Rakaman Audio Mirip Suara Zahid

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 383 hits
Politik negara digemparkan dengan pendedahan rakaman suara mirip Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Jika betul rakaman audio itu melibatkan Zahid dan Anwar ia satu malapetaka besar kepad...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram