Rak Tong Sampah Inovasi Etuza
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Semua Yang Dikasihai. Apa khabar anda hari sabtu ini?.
Rak tong sampah yang dicipta oleh Etuza addmin blog ini menggunakan kayu Gaharu
Rak tong sampah untuk digunakan di luar kelas
Sabtu bersamaan 6.07.2025 merupakan hujung Sabtu yang amat bermakna bagi semua orang, dan apatah lagi kepada golongan kakitangan awam yang hanya menikmati santai bersama keluarga pada hari sabtu dan ahad, hari kelepasan bekerja di Sabah dan negeri lain.
Lalu membaca dan klik blog salah satu yang perlu dilakukan. Bagi yang ada blogspot, mencatat sesuatu di wall blog adalah kemestian agar laman atau protal blog tidak akan terbenam di persada maya. Hari ini berbicara tentang Rak Tong Sampah.
Rak Tong Sampah, Inovasi Etuza.
Rak tong sampah daripada bahan besi yang siap untuk dihantar ke sekolah
Rak tong sampah daripada kayu Gaharu
Suatu masa lalu semasa musim PKP ( Covid ) membuatkan kita terperap di rumah dan lingkungan Daerah atau Negari, dimana ada had pergerakan. Hendak hilangkan boring pada masa itu, maka Etuza terfikir bagaimana jika sebuah tong sampah tidak tumbang dan berserakan sampah sarap apabila diselongkar oleh anjing atau kucing liar yang hendak mencari makanan. Ditambah pula dengan angin bertiup menyebabkan sampah seperti kertas dan plastik berterbangan hingga suatu kawasan amat semak dan kotor.
Lalu tercipta lah Rak Tempat Letak Tong Sampah yang Etuza cipta menggunakan kayu Gaharu ( guna ranting-ranting atau dahan) seperti dalam gambar. Dan apa yang menarik ialah sekolah tempat Etuza mengajar telah menerima cadangan Etuza untuk letakkan rak tong sampah ini pada setiap kelas. Mulanya rak tong sampah itu adalah sumbangan ikhlas Etuza dan family Etuza. Hingga pada tahun 2024 PIBGU telah menempah beberapa rak tong sampah tersebut yang direka lebih berkualiti, kukuh dan cantik dari alat/ bahan besi atau bambu, hasil rekacipta anak Lelaki Etuza yang sulung. Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas idea ini dan Dialah yakni Allah yang menghadirkan ilham ini.
Rak tong sampah direka dari bahan besi
Kelebihan Bila Menggunakan Rak Tong Sampah.
~ Anjing liar tidak dapat meneyelongkar tong sampah.
~ Sampah sarap dalam tong sampah tidak berserakan lagi.
~ Kawasan suatu tempat bersih dan indah mata memandang.
~ Dapat mencerikan kawasan atau menceriakan kelas.
~ Kawasan selamat dari pembiakan nyamuk akibat ada longgokan sampah berserakan apabila tong sampah direbahkan oleh anjing.
~ Udara lehih segar dari bau sampah sarap tyang terbiar.
~ Tong sampah lebih tahan lam dan tidak rosak lgi.
Antara Gambar- Gambar Rak Tong Sampah Yang Dicat Baru.
Rak tong sampah yang selesai dicat untuk diagihkan ke luar kelas.
Rak tong sampah yang dicat semula oleh pekerja pembersihan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2025/07/rak-tong-sampah-inovasi-etuza.html