Raja Zarith Kongsi Cerita Kebaikan Rakan India Sedih Insiden Rusuhan
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada hari pertabalan. – Foto Kosmo!
Raja Zarith Sofiah berkata keluarga baginda bersedih dengan isu perkauman yang timbul susulan insiden rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah berkata, masyarakat India menjadi perhatian susulan insiden itu, namun tambah Raja Zarith, keluarga baginda mempunyai hubungan yang rapat dengan ramai individu berketurunan India.
“Dengan rusuhan yang berlaku di kawasan kuil India di Subang Jaya baru-baru ini, di mana seorang anggota bomba cedera parah, dan berlaku ketegangan kau selepas itu, saya terkenang semua rakan-rakan India dan kakitangan yang sudah menjadi sebahagian dari kehidupan harian keluarga kami,” kata baginda melalui kenyataan di Facebook peribadi beliau.
Tambah Zarith, doktor keluarga baginda, Subramanyam Balan dan Singaraveloo bertanggungjawab merawat anak baginda Allahyarham Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang menghidap barah. Pada 5 Dis nanti, genap tiga tahun Allahyarham Tunku Abdul Jalil meninggal dunia.
“Ketika Jalil didiagnosis menghidap kanser hati, dua doktor ini yang Jalil paling selesa. Kerana Jalil sudah biasa melihat dua doktor ini keluar masuk rumah kami sejak kecil. Jalil percaya pada mereka.
“Ketika Jalil menghembuskan nafas terakhir, Balan doktor yang mengesahkan jam kematiannya,” kata Raja Zarith.
Raja Zarith juga berkongsi kisah Mohan, yang menurutnya merupakan jurulatih berenang dan rakan sepermainan anak-anak baginda.
“Ketika anak-anak saya masih kecil, sekiranya suami saya jauh dari rumah, saya akan minta Mohan untuk tinggal di rumah kami kerana saya takut tinggal di rumah sendiri dengan kanak-kanak dan wanita (pembantu rumah).
“Dia tidak akan tidur sehingga kakitangan lain masuk kerja pagi esoknya. Saya percaya dia dengan nyawa saya dan nyawa anak-anak saya,” katanya.
KLIK BACA: Tabung Haji palsukan akaun, dana kurang 4 bilion dari 64 bilion yang dideposit
KLIK BACA: Seleweng dana Tabung Haji, Asyraf Wajdi pergi mana? soal ARMADA Bersatu
KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir
KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu
KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok
KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah
The post Raja Zarith kongsi cerita kebaikan rakan India, sedih insiden rusuhan appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/190565/raja-zarith-kongsi-kisah-rakan-india-sedih-insiden-rusuhan/