Raja Muda Kerajaan Jin Ditahan Di Surau Taman Rimba Bukit Bauk Selepas Dipercayai Amal Ritual Aneh




KEMAMAN - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya mendapat gelaran 'Raja Muda' dari kerajaan jin ditahan di Surau Taman Rimba Bukit Bauk, di sini, kerana dipercayai mengamalkan ritual aneh yang meragukan dan menghias surau berkenaan umpama istananya.


Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan lapan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada jam 4.45 petang semalam selepas menerima maklumat tentang aktiviti mencurigakan lelaki tersebut di surau berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Mohd Zohan Seman berkata, dalam tangkapan itu pihaknya merampas sebatang kayu mimbar yang dibalut dengan kain kuning dan putih serta dua batu nisan.


Menurutnya, ketika ditahan, lelaki itu mendakwa dirinya digelar 'Raja Muda Abdul Aziz' dan mendapat gelaran itu daripada kerajaan jin yang mendiami kawasan hutan berhampiran.

"Soal siasat lanjut mendapati lelaki yang berasal dari Tanjung Jara, Dungun itu menetap di surau tersebut sejak enam bulan lalu.



"Dia mendakwa sering melakukan pertemuan bersama jin dan orang bunian yang mendiami kawasan tersebut pada setiap malam di surau terbabit untuk menyampaikan taklimat pengurusan dan pentadbiran kerajaan bayangannya," katanya

Kata beliau, surau itu dijadikan seperti istananya dan dihias dengan aneh.

Kelakuan pelik lelaki itu menyebabkan orang awam tidak berani untuk singgah solat di surau berkenaan yang menjadi kawasan tumpuan untuk beriadah.



Dengan tangkapan itu, lelaki berkenaan dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut dan kes kemudian diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah Dungun untuk tindakan selanjutnya.

Susulan itu, sepasukan enam pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan Pejabat Agama Daerah Dungun bersama sepasukan anggota polis melakukan siasatan di surau itu kira-kira jam 8.45 malam tadi bersama suspek.



Setibanya di surau itu, di temui sebuah sofa yang dijadikan kerusi takhtanya sebagai 'Raja Muda', payung tergantung, kitab dan beberapa barangan lain yang disyaki untuk aktiviti pemujaan.

Lelaki terbabit juga didapati menampalkan perkataan 'Istana Raja Muda Abdul Aziz' di dinding surau terbabit kerana mendakwa dia dilantik dan ditabalkan sebagai raja muda, dua bulan lalu.

Selepas selesai pemeriksaan dan siasatan dalam surau itu, lelaki terbabit turut berkelakuan aneh dengan melaung perkataan daulat tuanku beberapa kali ketika dia dibawa keluar dari surau.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Pejabat Agama Daerah Dungun dan semua barangan mencurigakan dalam surau berkenaan turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Sumber : sinar harian © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/raja-muda-kerajaan-jin-ditahan-di-surau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Muda Dari Kerajaan Jin Ditahan Di Bukit Bauk

Raja Muda Dari Kerajaan Jin Ditahan Di Bukit Bauk

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 418 hits
DUNGUN Seorang lelaki yang mendakwa dirinya mendapat gelaran Raja Muda dari kerajaan jin ditahan di Surau Taman Rimba Bukit Bauk di sini kerana dipercayai mengamalkan ritual aneh yang meragukan dan menghias surau berkenaan umpama istananya ...
Polis Tahan Lelaki Dipercayai Letak Patung Berhala Di Surau Ditahan

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Letak Patung Berhala Di Surau Ditahan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 482 hits
KLANG Seorang penganggur diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam dua kejadian meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda Taman Pendamar Indah Pelabuhan Klang di sini minggu lalu Lelaki berusia 37 tahun ditahan kira kira pukul 6 15...
Ibu Ditahan Kerana Serang Pemandu Bas Selepas Suruh Anaknya Kencing Dalam Bas

Ibu Ditahan Kerana Serang Pemandu Bas Selepas Suruh Anaknya Kencing Dalam Bas

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 311 hits
The ReporterPolis menahan seorang wanita selepas dia menyuruh anak lelakinya berusia dua tahun kencing dalam tong sampah yang tersedia dalam bas dan kemudian menyerang pemandu kerana berang dikata tidak bertamadun Dalam kejadian di Dazhi Hu...
Tabrak Terumbu Karang Di Raja Ampat Kapal Bermuatan Turis Asing Sempat Ditahan Warga

Tabrak Terumbu Karang Di Raja Ampat Kapal Bermuatan Turis Asing Sempat Ditahan Warga

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 297 hits
Kapal bermuatan wisatawan asing diduga menabrak terumbu karang di perairan Pulau Priwen Kabupaten Raja Ampat Provinsi Papua Barat Sabtu
Bapa Ditahan Kerana Dipercayai Mendera Dua Anaknya

Bapa Ditahan Kerana Dipercayai Mendera Dua Anaknya

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 308 hits
Foto Ramdzan MaslamHANYA kerana kesalahan kecil dilakukan dua beradik sering didera bapa mereka hingga lebam mata dan retak rusuk kanan ketika berada di rumah mereka di Taman Tun Sardon Georgetown Tidak tahan didera dua beradik itu melarika...
Kerajaan Tidak Kata Tiada Kenaikan Harga Selepas Sst Guan Eng

Kerajaan Tidak Kata Tiada Kenaikan Harga Selepas Sst Guan Eng

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan tidak menafikan wujudnya masalah dalam pelaksanaan cukai Jualan dan Perkhidmatan kerana ia dilakukan dalam tempoh yang begitu singkat bagi menggantikan cukai Barangan dan Jualan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata ba...
Statut Rome Saifuddin Abdullah Dan Kerajaan Pakatan Perdaya Dymm Agong Dan Raja Raja Melayu

Statut Rome Saifuddin Abdullah Dan Kerajaan Pakatan Perdaya Dymm Agong Dan Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 710 hits
STATUT ROME Tiba tiba sahaja ungkapan atau istilah ini menjadi sangat penting dan menjadi perhatian seluruh negara Apa yang pentingnya STATUT ROME yang telah ditandatangani oleh Menteri Luar Saifuddin Abdullah pada 4 Mac lalu Mengapa sesuat...
Pemberitahuan Aktiviti Gotong Royong Surau Al Ikhwan Taman Kasih Putera Bahau Tahun 2019

Pemberitahuan Aktiviti Gotong Royong Surau Al Ikhwan Taman Kasih Putera Bahau Tahun 2019

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 442 hits
Assalamualaikum wbt Di sini sy ingin memaklumkan terdapat 2 aktiviti yang akan dijalankan di Surau Al Ikhwan TKP PertamaSatu aktiviti gotong royong akan diadakan pada Tarikh 9 Mac 2019Masa 8 00pgSaya ingin mengajak semua warga islam yang be...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Awal Muharram 2025

Maksud Gambar Sekadar Hiasan

Ets Diselenggara Secara Berkala

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around