Raja Burger Malaysia Ini Kisah Pengasas Ramly Burger Yang Ramai Tak Tahu


Raja Burger Malaysia, Ini Kisah Suka Duka Pengasas Ramly Burger Yang Ramai Tak Tahu. Bila bercerita mengenai burger, pastinya kita akan terbayang daging dipanggang yang diletakkan sos, mayonis di atasnya bersama dengan timun, salad, tomato, hirisan bawang besar dan diapit dengan dua bun bijan yang sempurna. Hmm sedapnyaa! Baunya sahaja sudah memikat selera apatah lagi rasanya.
Kini sudah terdapat pelbagai variasi dan inovasi yang dilakukan kepada makanan enak ini malah banyak restoran francais yang menyediakannya dengan berbagai rupa mahupun resepi.
Memang diakui banyak jenama yang menggunakan burger sebagai ‘tarikan’ utama mereka, namun ada satu jenama lagenda yang semestinya diingati sejak dari generasi 80-an iaitu Ramly Burger. Rata-rata kita membesar ‘sezaman’ dengannya dan menjadikannya jenama kebanggaan seluruh warga Malaysia.
Pernah satu ketika, Ramly Bin Mokni iaitu pemilik kepada Ramly Burger keluar membeli burger dengan peniaga di jalanan yang menggunakan jenama Ramly Burger namun tidak mengenalinya dan buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran pemilik Ramly Burger tersebut. Begitu rendah diri orangnya.

Ramly Burger diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Ramly Bin Mokni adalah seorang tokoh perniagaan yang berasal dari Tanjung Piandang, Perak. Beliau adalah anak yang ke 8 daripada 16 orang adik beradik. Dikatakan, beliau membesar di Sekinchan, Selangor sehingga dewasa dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan.
Kisahnya bermula pada tahun 1978 yang mana pada waktu itu negara kita kecoh dengan isu halal haram berkenaan dengan daging burger ini.

Jadi, Ramly Bin Mokni sebagai pemotong daging mengambil peluang ini untuk buat sendiri dan menjual daging burger dari rumah bersama dengan bantuan isterinya, Shala Siah Binti Abdul Manap.
Dengan berbekalkan modal sebanyak RM2,000 pada waktu itu, mereka suami isteri telah buat sendiri daging burger secara manual dengan tanpa bantuan apa-apa mesin sokongan semata pisau sahaja di rumah mereka disebuah flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru.
Dikatakan pada mula perniagaan mereka dapat kurang sambutan kerana masyarakat di negara Malaysia pada waktu itu tidak gemar makan burger. Namun, berkat kesabaran dan kecekalan pemilik Ramly Bin Mokni dan isteri, mereka tetap terus berniaga dan buka gerai burger berdekatan dengan kawasan Chow Kit.
Sejak dari itu, permintaan terhadap daging Ramly Burger semakin hari semakin bertambah.
Bermula dengan 200 keping daging sehari kemudian mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari.
Pada tahun 1980, mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka telah berjaya membuka sebuah kilang di Bandar Tun Razak dengan menghasilkan kira-kira 10,000 keping dalam 1 hari.
Cabaran Ramly Burger yang paling besar sewaktu mula-mula hendak membangun adalah pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger akan tetapi pihak Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka.
Hari ini, jualan tahunan Ramly Burger mencecah RM1 billion dan daging yang digunakan untuk sehari menghampiri 1.5 tan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk jenama Ramly.
Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.
Sumber : Orang Perak
The post Raja Burger Malaysia, Ini Kisah Pengasas Ramly Burger Yang Ramai Tak Tahu! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/raja-burger-malaysia-ini-kisah-suka-duka-pengasas-ramly-burger-yang-ramai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Kisah Lagenda Hantu Yang Menyeramkan Di Malaysia Dan Masih Segar Sehingga Kini

5 Kisah Lagenda Hantu Yang Menyeramkan Di Malaysia Dan Masih Segar Sehingga Kini

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 715 hits
Sejak kanak kanak lagi kita dah terbiasa mendengar cerita cerita seram dari mulut ke mulut Kadang kadang kita mendengar sendiri pengalaman seram dari rakan rakan mahupun ahli keluarga sendiri Mungkin kisah seram sebegini menjadi budaya hibu...
Kisah Durian Musang King Atau Raja Kunyit Yang Ramai Tidak Tahu

Kisah Durian Musang King Atau Raja Kunyit Yang Ramai Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 865 hits
Ramai yang tidak tahu durian paling sedap di dunia iaitu Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit sebenarnya berasal dari Kelantan Pohon induk asalnya dipercayai tumbuh di Pulau Raya berhampiran dengan pekan Tanah Merah Kelantan Pokok ters...
Kisah Rafael Caro Quintero Raja Dadah Paling Berkuasa Kartel Guadalajara

Kisah Rafael Caro Quintero Raja Dadah Paling Berkuasa Kartel Guadalajara

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 423 hits
Rafael Caro Quintero adalah salah seorang ketua kartel dadah Mexico pertama yang paling berkuasa dan dianggap sebagai Raja Dadah Narco of Narcos sentiasa dahagakan darah kerana berasakan bahawa dia tidak dapat disentuh Rafael Caro Quintero ...
Tak Percaya Suami Raja Malaysia Sebenar Isteri Sultan Muhammad V Garap Momen Cinta Buat Tatapan Rakyat

Tak Percaya Suami Raja Malaysia Sebenar Isteri Sultan Muhammad V Garap Momen Cinta Buat Tatapan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 716 hits
Permaisuri kepada Sultan Kelantan Rihana Oksana Petra dilihat semakin aktif berkongsi perkembangan hidupnya bersama Sultan Muhammad V melalui media sosial Terkini bekas ratu cantik Moscow itu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pada 21 ...
Raja Malaysia Tuai Pujian Karena Bantu Korban Kecelakaan Di Jalan

Raja Malaysia Tuai Pujian Karena Bantu Korban Kecelakaan Di Jalan

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 400 hits
Korban kecelakaan di Putrajaya Malaysia kemarin tak menyangka akan menerima bantuan dari sosok tak terduga yakni Raja Malaysia Sultan Abdullah Ahmad Shah tengah bepergian melewati tempat kejadian ketika dia melihat kecelakaan itu
4969 Baju Sepasang 2 Balang Kuih Sambut Aidilfitri Malaysia Gazette 05 06 2019

4969 Baju Sepasang 2 Balang Kuih Sambut Aidilfitri Malaysia Gazette 05 06 2019

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 535 hits
KLANG Sama seperti tahun tahun lalu Rohana Anna Abdullah bersama dua cucunya Dayyan dan Diana Azman tetap mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri biarpun serba kekurangan Kehadiran MalaysiaGazette ke muka pintu rumahnya disambut senyuman walaup...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp