Raikan Ramadan Dan Hari Raya Bersama California Raisins


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa di sini pencinta kismis, sila angkat tangan?! Ya, aku sendiri merupakan pencinta dan peminat kismis. Masih ingat lagi ketika di sekolah rendah dan menengah, bila tiba musim peperiksaan pastinya berkotak-kotak kismis dihabiskan mengharapkan supaya kismis tersebut dapat menjadikan minda lebih sihat dan dapat mengingati apa yang dipelajari

Baiklah, kali ini aku bukannya nak ceritakan tentang peperiksaan tetapi mengenai kismis. Alhamdulillah, baru-baru ini aku sempat menyertai satu acara penuh informasi tentang kismis dan in shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan tentangnya. Selamat Membaca

{tocify} $title={Kandungan}
RAIKAN RAMADAN DAN HARI RAYA BERSAMA CALIFORNIA RAISINS
Baru-baru ini telah berlangsungnya acara The Flavors of Festivity: Epicurean Delights for Raya serta sambutan pra-Ramadan yang dianjurkan oleh California Raisins. Acara ini telah berlangsung di Texture by C3 Lab di Atria Shopping Mall. Untuk maklumat, acara ini merupakan pameran meriah tentang kebaikan dan kelebihan California Raisins, bertepatan pada masanya untuk Ramadan dan juga musim perayaan

Baiklah, acara pada pagi tersebut dimulakan dengan pengenalan tentang California Raisins, menekankan tentang perjalanan dari ladang anggur yang subur untuk menjadi bahan utama dalam masakan perayaan dan masakan setiap hari. Terkenal dengan kemanisan semulajadi dan kandungan nutrisinya, California Raisins diraikan sebagai bintang utama acara pada hari itu


Alhamdulillah, pada pagi tersebut, kami dihidangkan pastri dan minuman yang dibuat dengan California Raisins. Selain itu, kami juga menerokai Raisins Garden yang disediakan khas untuk meneroka dan merasai pelbagai jenis California Raisins. Pengalaman menyeronokkan ini menyerlahkan kepelbagaian rasa dan daya tarikan masakan kismis


MERAIKAN RESIPI CALIFORNIA RAISINS - RASA YANG MANIS SEMULAJADIWalaupun saiznya kecil, kismis penuh dengan tenaga dan kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Kismis secara semula jadi manis dan tinggi dalam gula dan kalori, tetapi ia memberi manfaat kepada kesihatan kita apabila dimakan secara sederhana. Malah, kismis boleh membantu penghadaman, meningkatkan tahap zat besi, dan memastikan tulang anda kuat

Baiklah, acara pada hari tersebut diteruskan lagi dengan demonstrasi pelbagai ciptaan kulinari bertemakan kismis yang dihasilkan oleh dua orang tukang masak pastri terkenal Malaysia. Demonstrasi ini memberikan kami semua idea resipi yang inovatif, menggabungkan rasa tradisional dengan teknik masakan kontemporari

DEMONSTRASI OLEH CHEF AISON
Pertamanya, demonstrasi oleh Chef Aison. Chef Aison merupakan seorang pakar roti yang mahir dengan latar belakang masakan yang pelbagai, dan terkenal dengan kreativitinya dalam menghasilkan roti yang dibakar dengan cukup baik. Beliau menggunakan bakatnya untuk mencipta beberapa pastri California Raisins yang unik, termasuk California Raisin Hazelnut Babka, California Raisin Kouign-Amann, dan California Raisin Carrot Cinnabon

DEMONSTRASI OLEH CHED LAWRENCE BOBO
Demonstrasi seterusnya diteruskan lagi oleh Chef Lawrence Bobo yang juga dikenali sebagai 'The Mad Scientist'. Beliau digelar sebegitu kerana pandangan uniknya tentang pastri dan kuih-muih. Di sini, beliau menggunakan bakatnya dalam patisserie untuk menghasilkan satu siri hidangan manis termasuk California Raisin Apple Tarte Tatin, Kek Oren Coklat Kismis California dan California Raisin Vanilla Petit Gateau

MAKAN TENGAH HARI BERSAMA MENU CALIFORNIA RAISINS
Alhamdulillah, pada sebelah tengah hari pula, kami dapat menikmati pengalaman penuh kenikmatan semasa makan tengah hari. California Raisin & Calamansi Spritzer, dan California Raisin Waldorf Salad sebagai pembuka selera. 

Kemudiannya beralih ke hidangan utama, yang terdiri daripada hidangan panas yang lazat dan bakar menggunakan California Raisins. Menu utamanya adalah Smoked California Raisins Beef Brisket, California Raisins Briyani Rice, dan juga California Raisins Sambal with Fried Quail Eggs


Akhirnya, makan tengah hari berakhir dengan manisan iaitu California Raisin Apple Tarte Tatin, diikuti oleh California Raisin Chocolate Cake dan California Raisin Vanilla Cake sebagai petit fours


KISMIS, PILIHAN UNTUK RAYA YANG LEBIH MENYERONOKKAN 
Acara pada hari tersebut menekankan faedah gaya hidup menggabungkan California Raisins ke dalam diet harian, terutamanya semasa musim perayaan. Sebagai pemanis semulajadi dan snek mudah, California Raisins selaras dengan aspirasi orang ramai yang mana mementingkan kesihatan

Acara Flavors of Festivity adalah lebih daripada pameran kulinari; ia adalah meraikan gaya hidup seimbang dan ceria yang disokong oleh California Raisins. Alhamdulillah, acara pada hari tersebut membuatkan para hadirin terinspirasi dan bersedia untuk meraikan perayaan hari Raya dengan kemanisan semula jadi California Raisins

Diraikan kerana kualiti premium dan boleh diguna untuk pelbagai perkara, California Raisins adalah antara makanan dalam dapur yang mementingkan kesihatan. Menawarkan alternatif yang sihat kepada gula yang diproses, menjadikannya ramuan yang sempurna untuk masakan perayaan dan juga masakan setiap hari

KESIMPULANNYA : California Raisins pastinya satu bahan masakan yang kita boleh gunakan dalam masakan melalui pelbagai cara. Banyak sebenarnya cara untuk memasukan kismis ke dalam masakan, yang penting perlu bijak untuk mengolah menu dan resipi

Oh ya, bukan hanya dalam resipi makanan tetapi minuman juga boleh menggunakan kismis sebagai salah satu bahannya. In shaa Allah untuk Ramadan kali ini, selain kurma, aku juga akan cuba untuk memasukkan kismis sebagai salah satu bahan untuk berbuka, sahur dan sebagainya

CALIFORNIA RAISINSLAMAN WEB : https://caraisins.com/FACEBOOK : https://www.facebook.com/racasean/INSTAGRAM : https://www.instagram.com/california.raisins.asean/
#CaliforniaRaisins #RaisinsRaya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/02/raikan-ramadan-raya-bersama-california-raisins.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Perkara Wajib Wanita Lakukan Untuk Persiapan Hari Raya

7 Perkara Wajib Wanita Lakukan Untuk Persiapan Hari Raya

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 197 hits
7 Perkara Wajib Wanita Lakukan Untuk Persiapan Hari Raya Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang pasti dinanti nanti oleh umat Islam Apa tidaknya selepas satu bulan menjalani ibadah puasa...
Foto Semarak Parade Tarian Ogoh Ogoh Menjelang Hari Raya Nyepi Di Bali

Foto Semarak Parade Tarian Ogoh Ogoh Menjelang Hari Raya Nyepi Di Bali

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 226 hits
Masyarakat Bali mengadakan parade tarian Ogoh Ogoh untuk menyambut merayakan Hari Raya Nyepi tahun 2024 pada 11 Maret 2024 mendatang
Settle Baju Raya Sebelum Ramadan

Settle Baju Raya Sebelum Ramadan

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 283 hits
Settle Baju Raya Sebelum Ramadan Siapa geng Sebenarnya aku ambil pengajaran dari tahun lepas bila baju yang aku nak saiz habis Yang ada saiz pula sisa sisa baki yang tak laku sebab kurang lawa Yang lawa dan ada saiz mestilah harga pula leve...
Jelang Perayaan Hari Raya Galungan Pln Imbau Masyarakat Perhatikan Jarak Aman Pasang Penjor

Jelang Perayaan Hari Raya Galungan Pln Imbau Masyarakat Perhatikan Jarak Aman Pasang Penjor

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 144 hits
Jelang Perayaan Hari Raya PLN mencatat terdapat sebanyak 9 kasus gangguan listrik akibat penjor yang menyentuh kabel listrik di tahun 2023
Foto Makna Mendalam Hari Raya Galungan Yang Dirayakan Umat Hindu Bali Hari Ini

Foto Makna Mendalam Hari Raya Galungan Yang Dirayakan Umat Hindu Bali Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 187 hits
Hari Raya Galungan dirayakan oleh umat Hindu Bali setiap 210 hari sekali menggunakan perhitungan kalender Bali
Airasia Mounts Over 22 000 Seats At Fixed Low Fares For Hari Raya

Airasia Mounts Over 22 000 Seats At Fixed Low Fares For Hari Raya

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 219 hits
Balik kampung to Sarawak at RM298 and to Sabah at RM348 only for one way flights YB Datuk Haji Hasbi Bin Haji Habibollah Deputy Minister of Transport Malaysia YB Loke Siew Fook Minister of Transport Malaysia Tony Fernandes CEO Capital A Bo ...
Raikan Suasana Bulan Ramadan Di The Light Hotel Penang S Semarak Nusantara

Raikan Suasana Bulan Ramadan Di The Light Hotel Penang S Semarak Nusantara

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 238 hits
Raikan Suasana Bulan Ramadan Di The Light Hotel Penang s Semarak NusantaraPulau Pinang Malaysia 29 Februari 2024 The Light Hotel Penang yang terkenal dengan layanan yang luar biasa dan hebat masakannya dengan sukacitanya mengumumkan Bufet R...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi