Rahsia Kenapa Anak Anak Michael Jackson Bertopeng Terbongkar


Paris Jackson yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, mendiang Michael Jackson akhirnya mendedahkan punca dia dan dua saudara kandungnya memakai topeng selama bertahun-tahun semasa mereka masih kecil, lapor akhbar New York Daily News.


Paris Jackson berkata, dia mahu menggunakan sebahagian daripada harta pe­ninggalan bapanya untuk membina se­mula Neverland, khusus untuk menghibur kanak-kanak kurang bernasib baik.

Pelajar itu berkata demikian ketika menceritakan saat bahagia yang dikongsinya dengan bapanya yang mati ketika berusia 11 tahun.

Dia mengunjungi kediaman zaman kanak-kanak­nya dua tahun lalu dan terkejut melihat roda Ferris yang menjadi tarikan utama di situ sudah ditanggalkan.

“Saya menangis dan menangis. Roda Ferris itu memang sesuai di situ. Tetapi ia sudah tiada,” katanya.

Paris berkata, ia perlu dipasang semula untuk faedah kanak-kanak kurang bernasib baik. Dia merancang memulakan projek itu sebaik mencapai usia dewasa.

Kenyataannya pasti me­ngejutkan jutaan peminat Michael Jackson yang pernah melihat impian superstar itu untuk membina tempat istimewa bagi kanak-kanak musnah.

Paris yang kini berusia 15 tahun juga merancang memberi penghormatan kepada mendiang bapanya de­ngan mentatu kata-kata yang pernah diucapkan Jackson kepadanya pada pergelangan tangannya apabila dia dewasa kelak.

Ketika ini, dia me­ngenang bapanya de­ngan meletakkan gambar Jackson di bilik tidurnya di rumah besar yang didiami bersama dengan abang, Prince, 16, dan adik, Blanket, 11, di atas bukit di Los Angeles. Mereka dijaga oleh ibu Jackson, Katherine, 82.

“Saya mempunyai ba­nyak kenangan bersama bapa. Dia bapa yang menakjubkan. Kami akan menyayanginya hingga mati. Dia sentiasa cuba mendidik kami seboleh yang mungkin.

“Dia sentiasa mengawasi dan melindungi kami,” kata Paris.

Gadis itu menjelaskan alasan Jackson memaksa mereka bertopeng apabila berada di tempat awam.

“Dia tidak mahu sesiapa melihat rupa kami. Dengan cara itu kami memperoleh apa yang tidak pernah diperolehnya kehidupan seperti kanak-kanak biasa.

“Dia juga cuba memberi keluarganya satu kehidupan seperti kanak-kanan lain walaupun mengadakan pementasan di luar daerah atau negara.

“Ini termasuk me­ngubah kamar hotel menjadi pawagam de­ngan projektor mudah alih,” katanya.

Cerita Paris itu menyerlahkan perkara baru dalam kehidupan penuh kompleks Jackson dan sekali gus mendedahkan kasih sayangnya terhadap Prince dan Paris yang dilahirkan oleh bekas isterinya, Debbie Rowe serta Blanket oleh seorang ibu tumpang.

Kehidupan ketiga-tiga anak Raja Pop itu kini dibiayai oleh Yayasan Keluarga Michael Jackson.

Yayasan berkenaan juga bertanggungjawab membayar gaji 15 kakitangan sepenuh masa, termasuk pengawal peribadi, tukang masak, dua pengasuh, pembantu rumah dan tukang kebun di kediaman yang disewa dengan harga AS$26,000 (RM78,000) sebulan itu.

Kediaman mereka dikawal ketat dan kalis paparazi dan antara jiran mereka ialah Justin Bieber dan Britney Spears.

Meskipun kaya dan dari keluarga yang terkenal, Paris belajar di sekolah biasa.

“Saya mahu mempunyai pe­ngalaman bersekolah sama seperti orang lain,” kata­nya yang kini menganggotai pasukan sorak dan mewakili sekolahnya dalam sukan bola sepak selain menceburkan diri dalam bidang fotografi.

Dia turut mewarisi minat bapanya dalam bidang muzik dan mendedah mendiang bapanya pernah mengajar­nya menari.

Namun, Paris tidak merancang menjejaki bapanya dalam dunia hiburan. Impian gadis itu ialah untuk menjadi pakar bedah jantung.

“Saya mahu membantu orang ramai. Itu saja,” katanya.

Dia mendedahkan perkara itu dalam wawancara dengan majalah Event ketika keluarga Jackson bersiap sedia untuk mengemukakan saman berjumlah AS$40 juta (RM120 juta) terhadap AEG, promoter konsert Michael Jackson, ‘This Is It’ di Arena 02 London.

Menurut dokumen mah­kamah, Katherine menuduh AEG mementingkan keuntungan besar hasil daripada konsert itu tanpa mempedulikan kesihatan dan keselamatan Jackson.

Paris dan abangnya dijangka memberi kenyataan untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi bapa mereka apabila kes itu dibicarakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Misteri Artifak Firaun Seiras Michael Jackson10 Lagu Terbaik Karya Michael Jackson!
sumber: arituarini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/04/rahsia-kenapa-anak-anak-michael-jackson.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan Lepas Bersalin Kembali Seperti Anak Dara

Wanita Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan Lepas Bersalin Kembali Seperti Anak Dara

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 337 hits
Kelihatan cantik menawan memang sesuatu yang menjadi idaman setiap wanita untuk meningkatkan keyakinan diri masing masing namun masalah berat badan sering menjadi halangan utama untuk para wanita untuk tampil menawan Masalah berat badan yan...
Biarkan Balita Main Gadget Orangtua Menyesal Saat Tahu Anak Alami Rabun Jauh Yang Tak Bisa Sembuh

Biarkan Balita Main Gadget Orangtua Menyesal Saat Tahu Anak Alami Rabun Jauh Yang Tak Bisa Sembuh

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 244 hits
Seorang balita didiagnosa rabun jauh karena sering memainkan telepon seluler selama kurang lebih satu tahun Dikutip dari China Times Xiao Man asal Jiangsu Cina dibiarkan keluarganya untuk bermain gadget selama berjam jam karena dia tenang d...
Ayah Mohon Maaf Sebab Ini Pesan Pu Abu Kepada Anak Yang Baru Lahir

Ayah Mohon Maaf Sebab Ini Pesan Pu Abu Kepada Anak Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 336 hits
PENDAKWAH muda yang lahir dari program realiti Pencetus Ummah Mohamad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau lebih dikenali dengan panggilan PU Abu Sufyan berkongsi khabar gembira mengenai kelahiran anak sulungnya Ayah mohon maaf sebab Ini pe...
Anak Anjing Dikatakan Ayam Goreng

Anak Anjing Dikatakan Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 2095 hits
Penglihatan kita sentiasa tertipu dengan pandangan pertama Tambah lagi jika dalam keadaan tidak teliti dan kita sudah mempunyai tanggapan atau keputusan terhadap sesuatu apa yang dilihat Cuba lihat sepintas lalu gambar di atas Apa yang anda...
Cara Handle Anak Semasa Raya Dari Puan Asyikin

Cara Handle Anak Semasa Raya Dari Puan Asyikin

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 292 hits
Cara Handle Anak Semasa Beraya dari Puan ASyikin Kalau cerita pasal tantrum anak mengamuk umi pun jadi takut Yelah kadang kadang The post appeared first on
Susun Atur Deko Bilik Anak Anak Dara

Susun Atur Deko Bilik Anak Anak Dara

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 1484 hits
assalamualaikum salam sejahtera tgh mlm tadi sehingga la pagi ni alhamdulillah bumi Melaka hujan sejuk sementara nak proceed dgn solat Dhuha ni ada la ruang dan peluang bercinta dgn blog jap septg semlm sempatlah blogwalking alhamdulillah r...
Tak Tega Lihat Anak Sakit Selvi Kitty Curahkan Isi Hatinya

Tak Tega Lihat Anak Sakit Selvi Kitty Curahkan Isi Hatinya

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 167 hits
Anak pertama Selvi Kitty Abizard Kavin Suseno jatuh sakit Sang putra yang masih bayi pun harus menjalani perawatan di salah satu rumah sakit di Jakarta
E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Adik Wanie Feat Adam Zbp Dudo Sengat Jando Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

New Environment

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Punca Otot Kejang

Aktiviti Majlis Forum Dan Pelancaran Buku Halatuju Nasionalis Ppim 18 05 2024

Status Hartanah Hakmilik Sementera Kekal Freehold Leasehold