Rahsia Inti Kuih Koci Yang Cantik Dan Sedap



Tak susah pun untuk menyediakan inti kuih koci yang sedap. Manisnya semua orang boleh buat ikut citarasa masing masing. Pendek kata semua orang boleh buat. 
Sebelum kita citer lanjut bab inti kuih koci dan rahsianya, meh kita citer bab lain dulu. Hmm kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita meninggalnya ramai orang yang masih muda. Antaranya ialah bekas pembantu peribadi Dato Aliff Syukri. 
Saya tak pasti dengan orang lain, tapi saya setiap kali membaca berita seperti ini, akan terasa insaf. Semua orang tahu setiap yang hidup pasti merasai mati. Cuma bila, itu yang menjadi rahsia. Yang penting bagi insan yang masih hidup ialah membuat bekalan untuk persediaan selepas mati. Perbanyakkan amalan dan sedekah jariah. 
Sebagai manusia, pengakhiran lah yang paling baik. Jangan berbangga andai sekarang anda diberikan petunjuk ke jalan kebaikan. Jangan memandang rendah pada orang lain yang nampak seperti jahil. Hadis riwayat Al Bukhari (3036) dan Muslim (2643) antaranya menyebut sesungguhnya antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka, Sesungguhnya antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka hingga jarak antaranya dengan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga. Semoga menjadi peringatan buat saya dan kita semua

Teringat bait bait lagu Selimut Putih yang satu masa dulu menakutkan bila kita mendengarnya. Lagu ini jika dihayati boleh mengingatkan diri kita. Telah tiba waktunya untuk kita perkemaskan rukun Islam kita. 
Islam dibina atas 5 perkara iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad utusan Allah, mendiirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan Haji dan berpuasa di bulan Ramadhan. 

OK sekarang kita masuk semula bab inti kuih koci. Ada rahsia untuk menjadikan inti kuih koci lebih cantik. Nak tahu? Haa kalau nak tahu, kenalah baca sampai habis.  
Inti kelapa ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis kuih seperti kuih koci, kuih badak berendam, kuih tepung bungkus, kuih ketayap dan macam macam kuih yang menggunakan inti kelapa.
Saya memang suka mencuba pelbagai resepi. Sukatan bahan yang berbeza memberi rasa yang berbeza. Saya akan cuba dan cuba sehingga apa yang terhasil bukan sahaja sedap tapi cantik. Baru lah puashati saya. 
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. 


Inti Kuih Yang SedapOleh: Azie Kitchen 

Bahan Inti:
2 biji kelapa parut muda - 450 gram
400 gram gula putih
200 gram gula merah
1-2 sudu kecil kicap pekat - utk warna
1 sudu kecil garam
400 ml air
4-5 sudu besar tepung gandum

Cara cara:
Masak gula, air, kicap dan daun pandan sehingga mendidih, baru masukkan kelapa parut. 

Kacau kelapa dan air gula atas api perlahan sehingga hampir kering.


Bila ditolak inti dengan senduk, kelihatan sedikit berbuih buih di dasar kuali, menandakan inti hampir kering.


Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya inti jadi lebih kental. Tutup api dan biarkan sejuk. Boleh dimasukkan dalam peti sejuk seketika untuk cepat sejuk dan mudah dibentuk.


Ambil inti seberat 10 gram dan bulat bulatkan. Kemudian disimpan semula dalam peti sejuk untuk mudah dimasukkan dalam doh badak berendam atau kuih koci atau apa apa kuih yang disukai. 


Nota:
Lebihan inti boleh disimpan di dalam freezer untuk kegunaan di masa hadapan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/09/rahsia-inti-kuih-koci-yang-cantik-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kuih Bom Sedap Lembut Gebu Hanya Guna 4 Bahan

Resipi Kuih Bom Sedap Lembut Gebu Hanya Guna 4 Bahan

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 422 hits
Kalau minum petang memang sedap kalau dapat makan Kuih Bom panas panas Teksturnya yang lembut dan gebu kalau setakat sebiji je memang tak cukup Bagi anda yang nak resipi Kuih Bom yang terbaik resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni an...
Kuih Angku Tanpa Acuan Sedap Mudah Disediakan

Kuih Angku Tanpa Acuan Sedap Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 469 hits
Sedapnya Kuih Angku ni Ia adalah kuih kegemaran ramai terutamanya bagi Peranakan Baba dan Nyonya Kuih ni ada acuan dia sebenarnya tapi boleh je hasilkan jika tiada acuan tersebut Guna je apa yang ada Janji sedap dan membuka selera Jom cuba ...
Resepi Kuih Lopes Pulut Sedap Buat Cara Mudah Dan Cepat

Resepi Kuih Lopes Pulut Sedap Buat Cara Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 1007 hits
Setelah lama jumpa dan tak makan kuih lopes pulut ini aku tergerak hati untuk membuatnya sendiri Taklah susah sangat untuk membuatnya tapi kalau ikut cara tradisional memanglah renyah sikit kerjanya Tak apa kita buat kuih lopes pulut sedap ...
Resepi Apam Inti Kacang Merah Kuih Tradisi Orang Melayu

Resepi Apam Inti Kacang Merah Kuih Tradisi Orang Melayu

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 1251 hits
Resepi Apam Inti Kacang Merah Kuih Tradisi Orang MelayuApam sangat sinonim dengan masyarakat orang Melayu namun begitu apam juga adalah kegemaran orang Cina
Resipi Kuih Seri Muka Mini Sedap Mudah Tak Perlu Kukus Lama

Resipi Kuih Seri Muka Mini Sedap Mudah Tak Perlu Kukus Lama

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 889 hits
Bagi yang baru nak belajar buat kuih Seri Muka boleh cuba resipi ni Caranya mudah dan boleh kukus guna acuan kuih lompang Senang kan Jom lihat bahan bahan yang diperlukan CARA MASAK KUIH SERI MUKA MINI GUNA ACUAN LOMPANGBAHAN BAWAH 1 cawan ...
Ikuti Tips Cara Memasak Nasi Kukus Supaya Rasanyalebih Sedap Dari Nasi Biasa

Ikuti Tips Cara Memasak Nasi Kukus Supaya Rasanyalebih Sedap Dari Nasi Biasa

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 612 hits
Ikuti Tips Cara Memasak Nasi Kukus Supaya RasanyaLebih Sedap Dari Nasi BiasaKenapa sedap sangat nasi kukus berbanding dengan nasi biasa yang anda makan Pernah tak kamu terfikir mengapa rasa nasi yang di masak secara kukus lagi sedap berband...
Kerabu Pucuk Paku Menu Kampung Sedap Mesti Cuba

Kerabu Pucuk Paku Menu Kampung Sedap Mesti Cuba

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 697 hits
KERABU pucuk paku ini sesuai dijadikan lauk sampingan untuk makan tengah hari Selain mudah disediakan ia juga mampu menaikkan selera makan Bahan utama kerabu pucuk paku ini adalah pucuk paku yang dicelur digabungkan dengan kelapa yang telah...
Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 350 hits
Bagi penggemar Rojak Mi resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba Menurut beliau resipi ini adalah yang biasa beliau buat hasil tunjuk ajar dari arwah ibunya yang merupakan peniaga makanan Macam macam menu yang dijual Bagi ...
Jom Buat Japanese Milk Bread Sedap Sungguh Roti Ni

Jom Buat Japanese Milk Bread Sedap Sungguh Roti Ni

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 365 hits
Melalui facebook page Rasa Share Resipi Iedaa Jahaya berkongsi membuat Japanese Milk Bread Bahan bahannya tidak susah Nampak pun sedap Sesuai untuk dimakan ketika waktu santai seperti minum petang Jom try buat JAPANESE MILK BREADBAHAN BAHAN...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord