Rahsia Fail Merah Terbongkar Menteri Kewangan



PUTRAJAYA: Rahsia 'fail merah' yang sebelum ini hanya boleh diakses pihak tertentu terbongkar apabila mengandungi penyelewengan dan skandal membabitkan syarikat 1MDB

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu wawancara berkata, beliau sangat terkejut apabila mengetahui kandungan fail merah itu yang sebelum ini cuba disorok oleh kerajaan BN

Beliau berkata, sebelum ini kesemua fail tersebut tidak boleh diakses kerana kerajaan BN menghalang auditor dan pegawai yang bertanggungjawab untuk menelitinya secara profesional dan integriti

“Fail-fail merah yang sebelum ini begitu sulit telahpun dibuka. Saya sangat terkejut kerana fail tersebut mengandungi banyak skandal termasuk pembayaran hutang untuk 1MDB

"Rupa-rupanya hutang-hutang 1MDB sebelum ini dibayar oleh kerajaan. Padahal sebelum ini 1MDB beritahu mereka bayar sendiri. Mereka tak bayar satu sen pun hutang-hutang mereka," katanya kepada Sinar Harian semalam

Pada hari pertama di kementerian itu, Guan Eng berkata beliau diberitahu Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mod Desa dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad mengenai kedudukan semasa kewangan negara, dan pendedahan yang mengejutkan bahawa mereka tidak dapat mengakses akaun dan laporan tertentu

Menyifatkannya sebagai skandal paling besar di dunia, Guan Eng berkata, sebanyak RM7 bilion telah dibayar dan lebih menyedihkan kerajaan terpaksa menanggung beban membayar RM38 bilion lagi sehingga 2039

Katanya, jumlah tersebut juga belum dikira faedah, jadi boleh dinilai betapa besar kerugian dan kehilangan sumber pendapatan rakyat untuk membayar hutang 1MDB sahaja

“Bayangkan sekiranya wang ini boleh dilaburkan digunakan untuk rakyat. Bukankah kita boleh menyelesaikan sebahagian besar masalah kita, tapi ternyata skandal 1MDB ini telah memberi impak negatif ke atas keadaan ekonomi kita

“Saya berterus terang soal ini. Sebab itu kita terpaksa ambil langkah-langkah bagi mengurangkan mengurangkan impak negatif tersebut,” tegas beliau

Guan Eng turut mendedahkan hasil siasatan mendapati bahawa 1MDB sebagai syarikat pelaburan strategik hanyalah rekaan semata-mata

“Satu rekaan yang betul-betul jahat... tak ada langsung. Kita akan siasat dengan lebih teliti supaya rakyat tahu penyelewengan melalui 1MDB ini

"Kita akan cuba atasi kerana 1MDB ini adalah sejarah hitam yang kita akan ingat buat selama-lamanya," katanya

Setiausaha Agung DAP itu berkata, fail-fail merah itu turut mengandungi kontrak-kontrak yang mempunyai syarat-syarat yang agak luar biasa yang merugikan kerajaan

“Ada beberapa kontrak di mana pembayaran dibuat walaupun kemajuan kerja hanya 10 hingga 15 peratus. Lebih dua pertiga nilai kontrak ataupun jumlah kontrak telah pun dibayar

“Kita sedang siasat perjanjian-perjanjian yang agak luar biasa ini. Biasanya kalau kerja siap 30 peratus, kita akan bayar 30 peratus. Tetapi ini tidak diamalkan

"Kerja baru siap 30 peratus tetapi sudah dibayar 70 peratus. Mengapa? Kerana perjanjian dibuat bergantung kepada tempoh masa iaitu pembayaran dibuat setiap enam bulan, tak kira ada buat kerja atau tak buat kerja,” katanya

Walaupun begitu katanya, pihaknya tidak boleh mengatakan perbuatan itu salah kerana telah termaktub dalam kontrak

“Kita akan siasat dan tanya mengapa mereka buat kontrak macam ini yang tidak memihak kepada kepentingan negara. Itulah yang kita kena siasat," katanya. 
Sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://duadz.blogspot.com/2018/06/rahsia-fail-merah-terbongkar-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbekal Kewangan Rm450 Juta Menteri Kewangan Yang Kelakar

Berbekal Kewangan Rm450 Juta Menteri Kewangan Yang Kelakar

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 431 hits
Menteri Kewangan kita kelakar Dia bercakap seolah olah Kerajaan berhenti menerima hasil sejak 9 Mei Harungi 5 bulan mencabar berbekalkan RM450 juta Hasil Kerajaan 2018 Januari RM18 9b Februari RM11 5b Mac RM24 0b April RM17 6b Mei RM20 8b J...
Laporan Ekonomi Dan Kewangan Jadi Bahan Mainan Ini Jenis Menteri Haprak Dr Puad

Laporan Ekonomi Dan Kewangan Jadi Bahan Mainan Ini Jenis Menteri Haprak Dr Puad

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 275 hits
Semakin menjadi jadi perangai haprak menteri menteri Kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi Katanya selain timbul warna stokin pelajar sekolah terbaru Menteri Pertahanan Mohamad...
Lge Isu Bayar Gaji Nak Kata Tak Cerdik Dah Jadi Menteri Kewangan Pun

Lge Isu Bayar Gaji Nak Kata Tak Cerdik Dah Jadi Menteri Kewangan Pun

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 463 hits
Sabah dan Sarawak tak pernah minta peruntukan daripada persekutuan untuk bayar gaji tak seperti sesetengah negeri yang ada hitam dan putih permintaannya Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng Tuan Menteri yang dihormati Sabah dan Sarawak dapat pe...
Guan Eng Digesa Henti Blaming People Portfolio Menteri Kewangan Perlu Otak Dan Kepakaran

Guan Eng Digesa Henti Blaming People Portfolio Menteri Kewangan Perlu Otak Dan Kepakaran

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR 17 Okt 8220 Sudah sampai masa Menteri Kewangan berubah sikap menjadi menteri yang lebih bertanggungjawab dan berhenti mengamalkan sikap menyalahkan orang lain 8221 ujar Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa
Masya Allah Rahsia Wany Hasrita Dan Jihan Muse Terbongkar

Masya Allah Rahsia Wany Hasrita Dan Jihan Muse Terbongkar

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 563 hits
Siapa je yang tak kenal dengan bintang terpopular si wany hasrita ohh angin ni kan Kini rahsia beliau dah terbongkar seantero Malaya Rupa rupanya selama ni amal makan vitamin c plus dari shaklee Patutlah kulit cantik Patutlah menang paling ...
Jika Kit Siang Mahu Bukti Tanya Menteri Kewangan Kata Hadi

Jika Kit Siang Mahu Bukti Tanya Menteri Kewangan Kata Hadi

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 380 hits
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa pemimpin DAP Lim Kit Siang bertanyakan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung dakwaan kepimpinan parti itu tidak bersetuju dengan cadangan mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengg...
Kata Menteri Kewangan Lim Guang Eng Gst Lebih Telus

Kata Menteri Kewangan Lim Guang Eng Gst Lebih Telus

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 386 hits
Walaupun tidak dinafikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan bakal memberi impak namun kesannya jauh lebih kecil berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bertegas bahawa pelaksanaan SST tidak akan membebankan rakyat ...
Rahsia Gadis Cantik Ini Akhirnya Terbongkar Anda Pasti Menyesal Mengetahuinya

Rahsia Gadis Cantik Ini Akhirnya Terbongkar Anda Pasti Menyesal Mengetahuinya

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 352 hits
Nama samaran gadis cantik Ini ialah Mikuru atau nama sebenar beliau ialah Jason Beliau sebenarnya seorang lelaki yang berasal dari Sweden Dengan menggunakan teknik mekap beliau kelihatan lebih comel dari gadis cantik sumber diarishare
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force