Rahsia Dan Personaliti Tarikh Kelahiran Bulan Oktober
Rahsia Dan Personaliti Tarikh Kelahiran Bulan Oktober - Hai Oktober! Selamat datang dalam dunia kami. Dunia manusia yang sibuk! Moga bulan Oktober bukanlah bulan yang anda tidak suka...
Bulan Oktober adalah bulan istimewa bagi semua orang yang lahir di dalamnya. Mestilah istimewa kerana kelahiran ke dunia ini merupakan satu rahmat buat kita juga. Bila kita dilahirkan orang yang paling gembira tentulah kedua orang tua kita.
Sebab itu kita diberikan nama yang indah, diberikan didikan yang sempurna dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Seharusnya kita menghargai kelahiran kita itu bersama-sama mereka yang kita sayangi.
Rahsia Personaliti Wanita Lahir Bulan Oktober
Seorang wanita yang dilahirkan di dalam bulan Oktober memiliki ciri-ciri personaliti seperti berikut:
1. Pandai berbicara/ berbual - Wanita yang lahir di dalam bulan Oktober dikatakan agak peramah dan pandai berbual. Maknanya mereka bukan sahaja boleh diajak berbicara tentang kecantikan dan fesyen tetapi juga pandai berbual tentang sukan dan perniagaan. Bagus kan, jika ada kawan perempuan yang lahir dalam bulan Oktober.
2. Cerdas dan baik hati - Wanita Oktober juga merupakan seorang yang serdas dan baik hati. Mereka mudah menghulurkan bantuan, ambil berat dan selalu membelanja kawan-kawannya. Apabila diberikan sesuatu tugasan, mereka seorang yang pantas menyelesaikannya.
3. Memiliki tekad yang kuat - Wanita kelahiran Oktober memiliki tekad dan semangat hidup yang kuat. Mereka tidak mudah patah semangat selagi apa yang dilakukan itu masih lagi di dalam lingkungan kudrat mereka. Wanita kelahiran Oktober memiliki semangat yang tidak pernah mengalah!
4. Boros dan tidak sabar - Namun begitu, ada sisi lainnya yang anda harus perhatikan dengan wanita kelahiran bulan Oktober ini. Mereka dikatakan agak boros dan kurang penyabar. Banyak melakukan pekerjaan dengan tergesa-gesa. Jika berbelanja, suka ikut perasaan. Wanita kelahiran bulan Oktober perlu memilih rakan yang tepat dan sesuai agar dapat memantau aktiviti berbelanjanya.
5. Fikirannya tidak tetap dan selalu berubah-ubah - Satu lagi personaliti wanita bulan Oktober yang kurang baik adalah mereka mudah berubah-ubah pendirian. Mungkin dalam masa 1 jam, mereka boleh mengatakan tidak kepada perkara yang baru dipersetujui. Dengan golongan sebegini, kita kena sentiasa berwaspada untuk mencatatkan apa sahaja perbincangan agar sesuatu pekerjaan tidak tertangguh kerana sifat-sifat yang kurang baik tersebut.
Rahsia Personaliti Lelaki Lahir Bulan Oktober
Manakala seorang lelaki yang dilahirkan di dalam bulan Oktober memiliki ciri-ciri berikut:
1. Suka berbual - Personaliti lelaki yang lahir di dalam bulan Oktober adalah sama seperti wania juga iaitu suka berbual. Jika anda mendapat rakan lelaki sama bulan, hidup anda pasti tidak sunyi dan sentiasa ada benda yang diperkatakan. Dan, masa paling senyap bagi anda adalah ketika anda tidur!
2. Suka disayangi - maksudnya bila kita tunjukkan sayang kita kepadanya, dia akan menghargai dan menunjukkan yang dirinya suka diperlakukan begitu. Tak sorok daripada kita.
3. Mudah rasa simpati - Lelaki bulan Oktober suka mementingkan kawan-kawannya hinggakan dia sendiri pokai pun tak apa! Mereka suka membantu kawan yang memerlukan bantuan meskipun kawan tersebut bukanlah kawan baiknya.
4. Suka kegiatan luar - Hah! Yang ini sangat sesuai dengan lelaki Oktober. Kebanyakan rakan lelaki saya yang dilahirkan dalam bulan Oktober sukakan aktiviti di luar rumah dan yang agak lasak. Bila dah terlibat dengan aktiviti sebegini, sebenarnya terserlahlah sifat dan personalitinya yang suka berkawan.
Rahsia Dan Personaliti Tarikh Kelahiran Bulan Oktober Secara Umum
Secara ringkasnya personaliti orang yang dilahirkan di dalam bulan Oktober adalah seperti yang tersenarai di bawah. Analisis di bawah telah dilakukan oleh Dr Fadzillah Kamsah selama bertahun-tahun....
Suka berbual.Suka orang yang sayang padanya.Suka ambil jalan tengah.Sangat menawan & sopan santun.Kecantikan luar & dalam.Tidak pandai berbohong & berpura-pura.Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.Sentiasa berkawan.Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.Cepat marah.Macam pentingkan diri sendiri.Tidak menolong orang kecuali diminta.Suka melihat dari perspektifnya sendiri.Tidak suka terima pandangan orang lain.Emosi yang mudah terusik.Suka berangan & pandai bercakap.Emosi yang kelam kabut.Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).Suka melancong, bidang sastera & seni.Pengasih, penyayang & lemah lembut.Romantik dalam percintaan.Mudah terusik hati & cemburu.Ambil berat tentang orang lain.Suka kegiatan luar.Seorang yang adil.Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.Mudah patah semangat Apa yang di bincangkan di atas hanyalah sebuah kajian dan pendapat yang diutarakan oleh penulis dari sudut pandangan manusia yang dirangkumkan melalui pengalaman sehari-hari. Jika sama dengan karekter anda yang lahir dalam bulan Oktober, ia hanyalah satu kebetulan
Kerana...yang benar dan tepat datangnya hanya dari Allah. Kita hanya boleh membuatnya jadi elok dan indah dengan usaha dan bertawakkal.
Sebarkan bahagia #aynorablogsSelamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2014/10/rahsia-dan-personaliti-tarikh-kelahiran.html