Rahsia Ayat Laqod Ja Akum Surah At Taubah 128 129
Rahsia Ayat Laqod Jaakum Amalan Rasulullah. Selalu dengar orang baca ayat ini terutama bila usai solat fardhu subuh, dari surau berdekatan rumah. Sambil kita habis solat, duduk sekejap atas sejadah.. dengarlah ustaz ni berdoa, dan antara doanya adalah ayat dari al Quran yang dimulai dengan ayat, LAQOD JA'AKUM.. memang masa tu tak ambil endah sangat. Sebab, kita pun ada banyak rangkaian doa yang ustaz-ustaz pernah ajarkan. Lama-lama terfikir, apa istimewanya ayat ini hinggakan ustaz membacanya banyak kali. Lepas tu, terbaca dalam IG seseorang hamba Allah berkongsi mengenainya. Sekarang dah faham mengapa ayat al Quran yang bermula dengan Laqod Ja'akum ini amat disukai dan diamalkan oleh para solihin.
Ayat Laqod Ja'akum ini adalah dari surah at Taubah ayat 128. Cuba ambil al Quran dan lihat maksud dan kandungan seluruh ayat dari surah at Taubah ni.. sama-sama kita kembali kepada al Quran
Rahsia Ayat Laqod Jaakum Amalan Rasulullah
Amalan rasulullah dalam ibadah harian, antaranya adalah dengan mengamalkan ayat dari al Quran, seperti di bawah.
Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayah, dinamakan 'at Taubah' iaitu taubat, kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yang telah bertaubat dari perbuatan mereka yang salah. Lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya
Ayat Laqod ja'akum dalam rumi
Laqod ja'akum rasuulum min anfusikum 'aziizan 'alaihiMaa 'anittum harisun 'alaikum bil mukminina ra'ufurrahiim.
Fa'inttawallau fadlun hasbiyallahu laailaaha illahuu'alaihitawakkaltu wahuwarabbil arsyil 'adziim
- (Surah at Taubah, ayat : 128 -129)
Maksud ayat 128 - 129 surah at Taubah:
Maksud ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Maksud Ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang tinggi
Khasiat ayat Laqod ja'akum..
1. Jika dibaca 7 kali setiap hari, maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat
2. Jika dibaca pada waktu pagi, ia boleh menjauhkan ancaman pada hari itu. Begitu juga dibaca pada waktu petang. Boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya.
3. Insya Allah, ayat ini juga boleh menambahkan keteguhan keimanan seseorang itu kepada Allah SWT
4. Apabila sampai pada waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir. Dan, pada saat dan waktu itu, kita seakan-akan lupa ayat ini. Itu tandanya ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda Allah beri pada hambaNya yang mengamalkan surah at Taubah ayat 128 - 129 ini.
Semoga perkongsian tentang ayat Laqod ja'akum dan rahsianya dapat mengangkat darjah dan keteguhan iman kita kepada Allah SWT. DIA yang menyimpan segala rahsia hambaNya, hidup, mati, jodoh dan sebagainya.
Apa yang penting adalah bertaubat sebelum terlambat. Usah bertaubat ditangguh-tangguh kerana kita tak tahu pada bila dan di mana masanya kita akan kembali ke tanah
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/09/rahsia-ayat-laqod-jaakum-surah-at.html