Rahman Dahlan Beri Taklimat Sebelum Diasak Pac


Hidir Reduan Abdul Rashid dan Hariz Mohd 
   
KES 1MDB NAJIB l Bekas ketua eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi mengakui dia diajar oleh tokoh perniagaan yang menjadi buruan, iaitu Low Taek Jho, atau Jho Low yang juga mengatur agar dirinya berjumpa dengan beberapa pemimpin BN yang menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum disoal oleh panel itu pada 2010.

Antara pemimpin BN yang juga adalah ahli PAC yang ditemuinya, adalah Ahli Parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan, kata Shahrol kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini semasa perbicaraan 1MDB membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

"Saya juga diberikan ‘talking points’ oleh Jho berhubung maklumat yang akan diliputi semasa mesyuarat PAC.

"Beliau juga telah mengatur supaya saya berjumpa dengan beberapa anggota BN PAC sebelum mesyuarat sebenar.

"Saya berjumpa dengan Rahman Dahlan, yang adalah ahli jawatankuasa ketika itu dan kami berbincang mengenai jenis soalan yang akan ditanya oleh PAC," katanya dalam pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Gopal Sri Ram.

Gopal kemudian menyoal sama ada soalan yang dibincangkan dengan Rahman sebenarnya ditanya semasa dia berdepan PAC. Shahrol menjawab: "Lebih kurang, ya".

Ketika ditanya mengapa beliau diberi taklimat sebelum mesyuarat PAC itu, Shahrol berkata matlamatnya adalah meremehkan peranan Najib dan Low dalam 1MDB.

"Nombor satu, adalah untuk meremehkan Najib dan penglibatan Jho Low dalam membuat keputusan di SRC International dan 1MDB.

"Dan nombor dua, adalah (untuk mengatakan) semua ini adalah serangan politik terhadap perdana menteri," katanya.
Hasan Arifin, bekas pengerusi PACAbdul Rahman dilantik sebagai menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan pada tahun 2013.

Shahrol berkata beliau diasak sekali lagi oleh PAC pada tahun 2015 apabila isu 1MDB meletus dan taklimat turut diberikan kepadanya, kali ini oleh pengerusi PAC Hasan Ariffin, yang adalah ahli parlimen Rompin.

"Mesyuarat sebelum pendengaran PAC tersebut adalah untuk mempersiapkan soalan-soalan yang akan dikemukakan dan untuk membincangkan apa yang akan terkandung dalam laporan itu," katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb, 2011 dan 19 Dis, 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/rahman-dahlan-beri-taklimat-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
After Court Expose Rahman Dahlan Says Impossible To Fix Pac Hearings

After Court Expose Rahman Dahlan Says Impossible To Fix Pac Hearings

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 325 hits
Former BN minister Abdul Rahman Dahlan said trying to predetermine the conduct of Public Accounts Committee hearings is impossible This is after former 1MDB chief executive Shahrol Azral Ibrahim Halmi told the Kuala Lumpur High Court on Tue...
Mustahil Untuk Latih Saksi Atau Wujud Pakatan Kata Rahman Dahlan

Mustahil Untuk Latih Saksi Atau Wujud Pakatan Kata Rahman Dahlan

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 288 hits
MALAYSIAKINI Bekas menteri BN Abdul Rahman Dahlan berkata usaha untuk menentukan keputusan pendengaran Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara adalah mustahil Ini susulan kenyataan bekas ketua eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang memb...
Jho Low Latih Bekas Ceo 1mdb Sebelum Disoal Pac

Jho Low Latih Bekas Ceo 1mdb Sebelum Disoal Pac

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 272 hits
Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB telah diarahkan oleh Najib Razak supaya meninggalkan negara untuk mengelakkan prosiding Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara di Parlimen pada 2015 Mahkamah di Kuala Lumpur diberitahu hari ini Shahrol Azral I...
Kpk Jawab Tudingan Kumpulkan Perwakilan Mahasiswa Sebelum Demonstrasi Di Dpr

Kpk Jawab Tudingan Kumpulkan Perwakilan Mahasiswa Sebelum Demonstrasi Di Dpr

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 150 hits
Hal ini sekaligus menjelaskan terkait video yang beredar seolah olah KPK mengumpulkan Badan Eksekutif Mahasiswa sebelum aksi besar besaran selama Senin hingga Selasa 23 dan 24 September 2019
Aku Bayang Yakjuj Makjuj Keluar Aku Jadi Takut Otak Celaru Kisah Kelam Penghidap Bipolar Dissoder Sebelum Bertaubat

Aku Bayang Yakjuj Makjuj Keluar Aku Jadi Takut Otak Celaru Kisah Kelam Penghidap Bipolar Dissoder Sebelum Bertaubat

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 239 hits
Masalah mental bukanlah sesuatu yang asing lagi didalam dunia yang semakin berkembang pesat dan maju ini Masalah mental ini juga sering dikaitkan dengan tekanan yang melampau terhadap diri seseorang itu sehinggakan ianya memberi kesan ke at...
Milenial Yang Tak Ingin Tua Sebelum Kaya Berikut Langkah Antisipasi Harus Diambil

Milenial Yang Tak Ingin Tua Sebelum Kaya Berikut Langkah Antisipasi Harus Diambil

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 217 hits
Ekonom sekaligus Akademisi dari Universitas Indonesia Fithra Faisal Hastiadi mendorong milenial untuk tidak hanya konsumtif tapi juga lebih giat berinvestasi Investasi menurutnya bisa dimulai dengan nominal yang tidak harus besar Bahkan set...
Kisah Cinta Penuh Dugaan 2 Bulan Sebelum Nikah Pengantin Perempuan Disahkan Hidap Kanser Tahap 4

Kisah Cinta Penuh Dugaan 2 Bulan Sebelum Nikah Pengantin Perempuan Disahkan Hidap Kanser Tahap 4

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 350 hits
Selepas malam pastinya datangnya siang Selepas ujian pasti adanya hikmah yang menanti Itulah kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini Kita hanya merancang selebihnya Allah yang tentukan Dalam sebuah persahabatan jantina bukanlah satu...
Google Pixel 4 Xl Sudah Mula Dijual Di Malaysia Sebelum Pelancaran Rasmi

Google Pixel 4 Xl Sudah Mula Dijual Di Malaysia Sebelum Pelancaran Rasmi

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 259 hits
Sudah menjadi kebiasaan buat telefon pintar flagship akhir akhir ini dimana kerap tertiris rekabentuk atau spesifikasi sebelum pelancaran rasmi Walau bagaimanapun lain ceritanya dengan Google Pixel 4 XL yang bukan sahaja tertiris malah suda...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya