Rahang Jadi Melengkung Gadis Manis Ini Hilang 4 Batang Giginya Akibat Pakai Fake Braces
Dunia pemotoran sinonim dan didominasi oleh kaum lelaki. Namun seiiring dengan peredaran masa, sukan ini sudah mula diceburi oleh kaum hawa. Malah banyak nama besar di kalangan pelumba wanita yang sentiasa beradu di balapan tanpa gentar membelah jalan bersama deruan enjin.
Ini termasuk seorang gadis genit yang berasal dari seberang, Kintan Mary. Beliau mula dikenali di sana awal tahun 2016 lebih-lebih lagi apabila mengenakan hijab. Namun dalam meniti perjalanannya di arena permotoran ada sesuatu yang tak disangka-sangka terjadi.
Peristiwa yang pastinya menjadi pengajaran kepada semua terutamanya anak muda ingin cinta untuk mencuba sesuatu yang baru.
Gadis cantik ini sekarang kehilangan gigi hadapannya.
Tetapi gigi hadapannya hilang bukan kerana kemalangan motosikal, tetapi kerana pemakaian ‘fake braces’ yang berharga 6 juta Rupiah..bersamaan RM1750.
Beliau telah memakai ‘braces’ selama 5 tahun, braces tersebut bukan sahaja perlu dibayar dengan duit, tetapi empat batang gigi terpaksa dicabut kerana rahangnya menjadi melengkung dan senget.
‘Braces’ adalah alat kesihatan yang memerlukan komitmen antara doktor gigi dan pesakit. Doktor gigi adalah individu yang memberi rawatan jangka masa panjang untuk memasang ‘braces’ manakala pesakit perlu mematuhi segala arahan dan pantang larangnya.
Pada sudut tukang gigi semua aktiviti ini bertukar menjadi aktiviti perniagaan jual beli.
Jika pesakit beli ‘braces’, dipasangnya ‘braces’ .
Jika pesakit beli ‘power chain’, maka diberi ‘power chain’.
Apa sahaja kemahuan pembeli, mereka akan jual. Mereka hanya mengikut sahaja permintaan pembeli. Minta tukar getah berwarna pun boleh. Semua boleh! Agak-agak kalau minta getah “bra” berwarna warni pun mereka pasti bagi hahaha
Kisah Kintaan ini..maklum sahaja selama 5 tahun memakai “fake braces” itu, segala aspek kesihatan diabaikan.
Walaupun rawatannya berkala, seorang tukang gigi tidak pernah mementingkan ‘cross infection’ contoh, KEBERSIHAN MULUT. Mereka hanya mahu keuntungan.
Usah ditanya apakah jenis teknik pemasangan ‘braces’nya, sedangkan dari segi kebersihan pun sangat teruk.
Kesan-kesannya pada Kintaan mengakibatkan :
1. Kerosakkan gigi.
2. Keradangan tisu menyokong gigi.
3. Kerosakkan gigi dan keradangan tisu menyokong gigi.
Akhirnya gigi gadis manis ini terpaksa dicabut sebanyak 4 batang gigi hadapan. Dah comel-comel tapi tiada gigi.
Status terkini, Kintaan telah membuat gigi palsu dengan doktor gigi bertauliah. Kos gigi palsu baru pula 5,750,000 Rupiah. Berapa tu? Nak mengira lah tu.
Matawang Malaysia bersamaan RM1,670. Mahal bukan? Lebih kurang kos “fake braces” Kintaan. Tapi dia selebriti memang kaya dan mampu.
Kalau anda yang biasa-biasa ni masih mahu pakai “fake braces”? Berbaloi ke? Mampu tapi gigi asli percuma anugerah Allah sudah hilang akibat tindakan bodoh sendiri?
Maka doktor Azila kerap berpesan fikir-fikirkanlah. Kami doktor gigi tak rugi apa pun, tapi pemakai “fake braces” yang rugi.
Terima kasih kepada Kintan kerana sudi berkongsi pengalaman berharga kepada masyarakat umum. Secantik mana, sekukuh mana pun gigi pengganti, ia tidak akan sama gigi asli.
Sumber : Azila Dentist
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/06/23/kintan-mary-ini-kisah-disebalik-pelumba-wanita-bergigi-bolong-yang-pasti-jadi-pengajaran-seumur-hidup/