Ragam Customer Online Yang Annoying Gila Part 1
Mengah aku asyik cerita dekat orang lain pasal ragam customer-customer aku yang annoying dia tu na'uzubillah. Yela bila dah geram kalau asyik pendam jadi bahaya en so baik lepaskan waktu tu jugak. And cara aku lepaskan geram aku ialah sambil membebel pasal customer aku kat kawan aku yang tak bersalah tapi terpaksa layankan jugak aku yang tengah hangin ni hahaha. Ampunnn
*warning : jangan teruskan pembacaan kalau tak nak stress & sakit hati
Aku start business online since lepas spm. Aku tak kerja lepas spm tapi banyak try try business online. So since lepas spm tu whatsapp aku sentiasa dipenuhi dengan unknown chat. Ok ler tu takdelah lonely sampai nak update kat twitter yang whatsapp aku krik krik kriuk. Macam-macam jenis customer dah aku jumpa setakat ni baik dari budak sek rendah ada, sampai ke bapak-bapak pun hado. Aku sangat suka dengan customer yang senang gila nak deal. Dia bagi salam, tanya harga, mintak number acc, then bank in duit. Aku pos barang. Dia inform barang dah sampai and bagi feedback. I loikeeeee. Tapi langit tak selalunya tak guruh
Aku ni tak reti nak marah orang depan-depan. Walaupun memang salah customer sendiri, but customer always right ennnnnn so diri sendiri as seller adalah sangat perlu untuk dianggap bersalah but at the same time perlu buat customer sedar akan kesalahan diri sendiri pada akhirnya. Bila customer maki hamun aku kat whatsapp aku takkan terus sound dia balik while usually aku akan cuba selesaikan masalah dengan setenang-tenang lautan biru yang luas walaupun pada hakikatnya aku sangat tak boleh tahan kena makiiiiiii tak tentu pasal *cryyy
Aku nak cerita satu kisah ni, ye SATU kisah je untuk entry kali ni, seorang budak darjah berapa ntah whatsapp aku nak order topeng mulut (mask). Mula-mula dia whatsapp aku guna nombor maknya. Bunyi-bunyi conversation nya lebih kurang begini dong, (dah delete chat dgn mak dia sebab geram!)
*C stand for CUSTOMER*M stand for ME
C = Hi, nak beli mask (si anak)M = *bagi details cara pembelian dengan acc numberC = takpe saya tak berminat nak beli mask ni. (si emak rupanya)M = Okay
few minutes later, still number yang sama
C = kak, saya nak beli mask. (si anak)M = *forward balik details tadi dengan acc numberC = kan saya dah kata tadi saya tak berminat nak beli. jangan layan anak saya lagi faham! (si emak)M = baik. maaf
C = kak saya nak beli mask ni. takpe ayah saya kasi belii. *sambil isi details untuk postage even belum bayar lagi (si anak)M = Okay noted. Nanti send resit kat sini ye
C = Maaf saya memang tak berminat nak beli. Jangan whatsapp saya lagi. (si emak)M = *bluetick
Act aku malas nak pertikaikan pasal anak beranak ni. Aku pulak yang kena marah padahal anak dia yang whatsapp aku. Aku pulak macam orang buduh asyik forward benda yang sama. Peduli apa aku. Prinsip aku senang je. Kalau betul bapaknya kasi beli, bapak dia transfer duit kat aku, aku terus pos barang dia. Settle. Kalau tak beli pun aku tak kisah sebab aku tak rugi apa-apa sebab tu aku malas sangat nak masuk campur maknya tak kasi beli, tiba-tiba bapaknya kasi beli ke apa. So aku biar.
Tiba-tiba esoknya dia whatsapp aku guna nombor kawan dia pulok. Aku tahu ni budak yang sama lepas dia bagi aku nama dan alamat yang sama untuk postage lepas dia buat payment. Masa ni aku fikir mungkin bapak dia yang bank in kan untuk anak dia tapi mak dia tak tahu sebab tu diam je kot haha.
Ni first conversation kitorang masa dia guna nombor kawan dia. Sentence last sekali tu buat aku menyirap betul lah dia ingat aku ni hidup hadap whatsapp dia aje tak payah solat, takyah berak, takyah makan, takyah mandi. Tapi aku takdelah reply macam tu kat dia. Aku cakap ''maaf lambat reply'' and bagi details apa semua. Nak marah pun tak sanggup sebab aku tahu dia budak sekolah rendah lagi. Lepas tu dia tanyalah aku macam-macam pasal jenis mask yang aku jual
Ehhhhhhhh dia marah kita macam dia 100% betul pulak. Yela dik customer always right tapi aku yang jual barangnya aku tau lah bendanya sama dik nonnnn *nangisssss. Tapi aku tabah jelah melayan budak ni sebab mana tau ada rezeki aku terselit di sebalik melayan customer yang mencabar jiwa dan raga ni tsk tsk. Rupanya betul wey. Dia order 10 mask dari aku. Rasa dia macam lepas kau pulun semua subject siang malam lepas tu dapat 4 flat. Maka bertambahlah sales aku bulan tu. Aku pun pergi ler pos barang budak tu dengan hati yang girang gembira sebab balik tu fikir dah boleh beli victoria secret mihmih. Lepas tu aku send kat budak tu tracking number tauu. Nanti dia kata kita tak pos barang dia pulak oi. Suddenly.... ada unknown number...
tu diaaaaa. dah berapa minggu ntah budak tu menyepi lepas aku send tracking number aku ingat dia dah dapat barang dia tiba-tiba bapaknya pulak menghantui hidup aku huwaaaaa. aku pun send lah semua screenshot aku dengan anak dia haritu siap forward balik tracking number apa semua. then aku tanya lah takkan tak sampai-sampai lagi dah berapa minggu yang lepas. dia kata belum sampai and pastu nak tuduh aku tak pos barang lagi and then nak report pulis. sabar der. bila aku check tracking number budak tu, ingatkan poslaju tertinggal parcel dia kat stor ke apa rupanya barang tu dah return kat pejabat pos universiti aku balik dah pun! memang tak ler aku perasan barang tu dah return ke apa sebab dia return kat pejabat pos bukan rumah aku.
then aku explain lah kat bapak dia yang mungkin masa poslaju sampai rumah takde orang kat rumah diorang so basically akan ada notis suruh tuntut dekat nearest pejabat pos tapi diorang satu beranak ni takde pegi tuntut pun. then ayah dia be like, ''oh yeke?'' tepuk dahi wey aku. so aku pun terpaksalah pos yang baru kat dia lepas dia bayar duit poslaju yang baru yela takkan aku nak kena tanggung kos poslaju dua kali en. lepas aku bagi tracking number yang baru tu aku siap pesan kat bapak dia siap-siap,
''encik, kali ni check tracking number elok-elok tau. kalau diorang dah sampai rumah tapi takde orang tu pegi tuntut kat poslaju berdekatan sebelum dia return kat saya balik. nanti membazir bayar postage banyak-banyak tapi barang tak sampai-sampai. blablabla..."
aku risau barang dia return balik sebab tu aku bebel agak panjang. lagi pun aku taknak habiskan sisa hidup aku fikir pasal barang budak tu je sedangkan customer aku ramai lagi. lepas tu dia bluetick je aku. maybe bosan kot. takpelah aku assume dia dah paham lah apa yang aku terangkan tu. biasanya customer aku lepas dapat tracking number diorang tahu apa yang perlu dibuat. and kalau diorang tak reti nak check tracking number pun biasanya aku ajar je aku takdelah nak cringe mana pun. Suddenly........ (yeah again!)
beberapa minggu aku fikir pasal parcel budak ni je sampai gila aku. pegi class takde mood, layan customer lain pun takde mood haih. apalah motip saya send tracking number kat encik haritu huwaaaaa. disebabkan aku tahu pakcik ni tak check tracking number langsung, aku pun check kan lah dan screenshot bagi dia. and yeah dalam record tracking poslaju tu memang posmen dah bagi notis untuk tuntut kat poslaju klang (again...) sebab diorang dah sampai rumah tapi takde orang jugak. so aku pun nasihatkan lah encik tu supaya petang ni lepas balik kerja terus pergi ambil barang kat sana before diorang return parcel tu lagi. dia pun okay jelah. then diam sampailah sekarang. so aku assume diorang anak beranak dah dapat parcel tu
ni event paling stress pernah jadi dalam hidup aku dalam melayan kerenah customer. banyak lagi kerenah lain yang agak annoying jugak tapi cukuplah aku dan para pembaca rasa cringe dengan kisah yang SATU ni. kesimpulannya semoga semua online seller di luar sana tabah menghadapi ragam customer yang pelbagai kerenah kerana di setiap ujian pasti terselit rezeki kalian di mana-mana huahuahua.
thank you sebab sudi mengorbankan jiwa raga korang baca entry ni
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.messarah.com/2018/08/ragam-customer-online-yang-annoying.html