Rafizi Ucap Selamat Tinggal


 


23 May 2025

Membaca tulisan panjang Rafizi Ramli yang dimuatkan dalam media sosialnya mengenai kemelut pemilihan PKR di ketika proses pengundian sedang berlangsung di Johor Bahru, dapat dirasakan inilah luahan isi hatinya yang tidak dapat disimpan lagi.

Walaupun tajuk tulisannya untuk memperkatakan tentang HIRUK iaitu  program jelajah yang dicetuskannya sebaik kempen mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR bermula, tetapi Rafizi nampaknya telah meluahkan segala-galanya dalam coretannya kali ini.

Selain mengimbas balik rentetan seluruh peristiwa berserta tarikhnya sekali berkaitan berbagai perkara yang akhirnya membawa Nurul Izzah Anwar tampil sebagai pencabarnya, Rafizi juga mendedahkan bagaimana anak sulung Anwar itu, melalui bantuan Saifuddin Nasutian Ismail, ingin bertemunya ketika kempen sedang hangat berjalan.

Dalam pertemuan itu, Nurul Izzah dilaporkan meminta Rafizi agar terus membantu parti selepas pemilihan selesai dengan gambaran jawatan tertentu bakal ditawarkan kepadanya.

Bagaimanapun Rafizi menyatakan beliau tidak berminat dan menghormati apa jua keputusan pemilihan nanti.

Ini memberi maksud bahawa Rafizi akan tetap meletakkan jawatan jika kalah dan kekal dengan pendirian untuk berada di luar kerajaan.

Apa yang nyata, bilamana  Nurul Izzah ingin bertemu Rafizi dan memintanya terus membantu parti (pertemuan diadakan pada 20 Mei, tiga hari sebelum pengundian), mesej yang jelas daripadanya ialah Puteri Reformasi itu sangat yakin kemenangan akan berpihak kepadanya.

Jika tidak yakin akan menang, mustahil Nurul Izzah datang  merayu kepada Rafizi agar Menteri Ekonomi itu terus membantu parti, sambil memberi gambaran ada tawaran jawatan akan diuruskan kemudian.

Begitu pun, di waktu yang sama, Rafizi turut sedar bahawa kekalahan adalah miliknya dan kemenangan memang bakal berpihak kepada Nurul Izzah.

Sebab itu, beliau menulis di hujung catatannya – “Insya Allah, tanggungjawab itu menjadi tanggungjawab beliau (Nurul Izzah) selepas ini. 

“Allah dan rakyat akan menghakimi kita, melangkaui jeritan reformasi kita di dalam kempen.

“Saya bersyukur saya telah melakukan yang terbaik untuk melepasi ujian kuasa kali pertama ini.”

Dengan bait ayat-ayatnya itu, Rafizi ternampak bukan saja menolak sebarang tawaran jawatan dan enggan membantu parti selepas ini, bahkan juga  sepertinya mahu memisahkan dirinya terus daripada perjuangan PKR.

Walaupun tidak dinyatakan, gambaran tulisannya ialah beliau sedang mengucapkan selamat tinggal.

Seolah-olah apa yang ingin dimaksudkannya  ialah – tugas saya sekarang sudah selesai dan saya bersyukur. – ShahbudinHusin 23Mei2025.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/rafizi-ucap-selamat-tinggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Pkr Ucapan Selamat Tinggal Rafizi

Pemilihan Pkr Ucapan Selamat Tinggal Rafizi

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 197 hits
Hishamuddin AunMenteri ekonomi akur dengan kekalahan jika sistem pengundian sudah menetapkan demikian Sejurus tamat ucapan terakhirnya dalam Jelajah Hiruk Johor pada Selasa malam mereka yang hadir tidak segera bersurai Diminta untuk bergamb...
Tragedi Fru Sembilan Jenazah Pergi Kerana Tugas Tak Sempat Ucap Selamat Tinggal

Tragedi Fru Sembilan Jenazah Pergi Kerana Tugas Tak Sempat Ucap Selamat Tinggal

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 163 hits
Pagi itu mereka keluar seperti biasa Berseragam bersemangat berjuang demi tugas Tak pernah terlintas itu akan jadi pagi terakhir dalam hidup mereka Berita duka yang amat pedih buat seluruh rakyat Malaysia Sekurang kurangnya 9 anggota polis ...
Rafizi Aligned Pkr Women Challenger Wants Debate Invites Nurul Izzah

Rafizi Aligned Pkr Women Challenger Wants Debate Invites Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 281 hits
Rodziah Ismail who is contesting the position of PKR Women s chief has expressed her readiness to debate the incumbent Fadhlina Sidek The Ampang MP aligned with PKR deputy president Rafizi Ramli also extended an invitation to Nurul Izzah An...
Rafizi Rejects Pas Invite Despite Promotion Offer

Rafizi Rejects Pas Invite Despite Promotion Offer

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 154 hits
PKR deputy president Datuk Seri Rafizi Ramli has revealed receiving multiple invitations to join other political parties including PAS lately He said he firmly rejected these offers as he reaffirms loyalty to the party Rafizi noted that suc...
Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 264 hits
Datuk Seri Rafizi Ramli has revealed he received numerous messages inviting him to join other political parties following recent incidents during Parti Keadilan Rakyat s internal elections He said that such invitations came from members of ...
Lirik Lagu Rasa Takdir Nyanyian Amira Othman Dan Irfan Haris

Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Istana Pahang Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Tengku Ampuan Pernah Tawar Sebarang Bentuk Bantuan Di Tiktok

Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Apa Yang Mereka Pentaskan Di Perhimpunan Agung Bersatu

Every Awas Speed Camera Locations Complete List 2025

Pulut Kuning Azie Kitchen Dan Bab Pentaksub

Buku Taubatku Untuk Siapa Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi

The New Jbl Sense Lite

Rumah Perdana Menteri Nepal Dibakar Penunjuk Perasaan