Rafizi Ramli Saya Berdoa Semoga Kes Najib Ini Dibentangkan Fakta Yang Benar


 
Dari Rafizi Ramli

15 Ogos 2022

Saya berdoa supaya kebenaran akhirnya ditegakkan apabila perbicaraan akhir kes SRC bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Inilah tempat terbaik untuk Dato’ Seri Najib Razak membentangkan fakta, bukannya di Facebook seperti yang dia buat selama ini. Di mahkamah ada peraturan yang mengatur penghujahan kita mengikut undang-undang, supaya kita tidak boleh berbohong dan putar alam ikut suka kita.

Saya selalu turun naik mahkamah semasa Najib berkuasa dan diteruskan pula semasa PH berkuasa. Saya menang semua kes-kes saya (14 kes semuanya) berdasarkan hujah perundangan mengikut fakta.

Sebab itu bagi saya, bila ke mahkamah ini kita akan berani jika kita benar.

Semua kes saya melibatkan pembongkaran skandal-skandal kewangan kerajaan bermula NFC, 1MDB, Tabung Haji, MARA dan LTAT. Malah, Najib dan Rosmah sendiri menarik balik saman mereka berhubung dakwaan saya yang dana negara diselewengkan sedang Rosmah bermewah membeli barang kemas mahal.

Jika kita ada fakta, maka mudah bila kita berdepan di mahkamah.

Cuma keadaan saya tidak sama dengan kes-kes Najib. Saya diheret ke mahkamah oleh kerajaan yang ingin menutup penyelewengan mereka yang menyebabkan berbilion wang rakyat hangus. Satu dunia tahu, siap dengan bukti fizikal seperti kondo-kondo, hartanah di Australia, keterangan pesara tentera yang lewat dibayar pencen dan pelaburan-pelaburan Tabung Haji yang hancur.

Kes Najib bersabit pencurian wang pencen rakyat dari KWAP yang masuk ke akaun banknya, lalu dia berjoli sakan membeli barang kemas mewah, membayar kad kredit dan sebagainya. Bukti dari segi “money trail” cukup jelas dan dakwaan wang itu datang dari penderma Arab telah dibuktikan di mahkamah hanyalah pembohongan saja.

Sebab itu saya malu bila ada bekas pemimpin negara sebegini.

Kepada anggota Umno, dia beri arahan menjawab dan membalas setiap pendedahan saya dalam masa 3 jam. Sebab itu akhirnya semua pendedahan saya yang terbaru tidak dijawab, sebaliknya diputar dengan pelbagai tuduhan yang kononnya saya Raja Fitnah (supaya rakyat menolak mentah-mentah tanpa berfikir).

Di mahkamah pula, Najib mencari segala alasan untuk melambatkan kesnya. Di FB tangkas dalam 3 jam, di mahkamah kalau boleh 30 tahun pun lagi mahu dipanjangkan.

Di FB, dia serba tahu dan serba benar. Di mahkamah dia serba tidak tahu dan serba tidak ingat.

Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku sejak 2018, antara yang saya paling banggakan ialah kehadiran hakim-hakim yang bukan saja jujur tetap CERDIK seperti YA Dato’ Nazlan.

Beliau senior saya di MCKK dahulu (walaupun 10 tahun lebih senior dari saya), anak pengetua MCKK yang dikenali seorang yang pendiam dan cerdik dari zaman sekolah. Beliau diterima dan lulus dari Oxford University, seterusnya mempunyai kerjaya yang cukup baik pada umur yang muda.

Tokoh yang begini sepatutnya kita sanjung dan jadi inspirasi kepada anak-anak muda, bahawa kita boleh berjaya dan dihormati tanpa perlu rasuah di negara ini.

Najib yang selalu memainkan sentimen Melayu, bila kantoi di mahkamah, menggerakkan kempen fitnah menuduh YA Dato’ Nazlan sebagai seorang yang terpalit dengan rasuah. Ia diulang-ulang oleh anggota Umno yang mengundang dosa kering setiap hari.

Memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan yang direka, itu boleh diterima kerana saya ahli politik.

Memfitnah YA Dato’ Nazlan, anak Melayu terbilang yang mewakili jati diri orang Melayu, yang dihormati rakyat pelbagai kaum, adalah satu perbuatan terkutuk.

Saya berdoa supaya Allah melindungi hakim-hakim kita yang jujur dan adil. Sama-sama kita doakan supaya hakim-hakim yang jujur dipermudahkan urusan mereka dan kebenaran ditegakkan di negara ini.

Najib pula, apa lagi yang kamu mahu #SayaPutarJibkali ini di mahkamah tertinggi negara? Alasan apa lagi yang kamu fikirkan untuk disebarkan cyber trooper kamu?

Allah telah tetapkan segala-galanya dan Insya Allah ada hikmah dalam setiap yang berlaku.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/rafizi-ramli-saya-berdoa-semoga-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tak Benar Kes Najib Ditangguh Ke 3 Bulan Lagi

Mahkamah Tak Benar Kes Najib Ditangguh Ke 3 Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 221 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 16 2022 4 11 PMMahkamah Persekutuan menolak permohonan terbaru bekas perdana Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran kes rayuan SRC International Sdn Bhd kepada tiga ke empat bulan lagi Ketua Hakim Negara ...
Najib Jangan Perasan Rafizi Ramli

Najib Jangan Perasan Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 146 hits
Dari Rafizi Ramli 1 Ogos 2022 NAJIB JANGAN PERASAN MINAT KERANA NAJIB WAJAR KE PENJARA Walaupun berlagak popular bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak nampak bimbang dengan susunan semula kepimpinan parti parti Pakatan Harapan Keb...
4 5 Juta Rakyat Akan Terputus Maklumat Dan Fakta Dari Najib Mahathir Rafizi Bakal Bermaharajalela

4 5 Juta Rakyat Akan Terputus Maklumat Dan Fakta Dari Najib Mahathir Rafizi Bakal Bermaharajalela

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 308 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Berkemungkinan empat juta rakyat bakal terputus maklumat dan fakta dari Datuk Seri Najib Razak selepas hari Selasa jika niat busuk Mahathir tercapai Facebook Milik DSNR yang sentiasa melondeh temberang Mahathir dan Raf...
Pemimpin Umno Semakin Tak Waras Serang Ketua Hakim Dalam Kes Najib

Pemimpin Umno Semakin Tak Waras Serang Ketua Hakim Dalam Kes Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 161 hits
agendaily com19 08 2022UMNO mempertikai keputusan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Razak Ketua Hakim dalam kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd menjadi sasaran pemimpin UMNO dan penyokongnya yang se...
Mahkamah Benar Najib Pinda Notis Usul Permohonan Masuk Bukti Tambahan

Mahkamah Benar Najib Pinda Notis Usul Permohonan Masuk Bukti Tambahan

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 166 hits
August 15 2022 Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berkait dana SRC International PETALING JAYA Mahkamah Persekut...
Bicara Kes 1mdb Najib Di Mahkamah Tinggi Ditangguhkan

Bicara Kes 1mdb Najib Di Mahkamah Tinggi Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 177 hits
Bicara kes 1MDB Najib di Mahkamah Tinggi ditangguhkan nbsp Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Aug 2022 7 08
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah